web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Ketepatan dan kelajuan 5G boleh mengubah juga sektor pembuatan dan logistik

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2024 9:42AM

Nilai sebenar 5G bukan sahaja terletak pada kelajuan semata-mata - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Teknologi 5G, generasi kelima teknologi telefon selular, telah menjanjikan kelajuan sepantas kilat dan aplikasi yang berupaya mengubah kehidupan seharian kita melangkaui apa yang mampu kita impikan. Namun demikian, adakah ia benar-benar satu keperluan, atau hanya satu lagi kata kunci pemasaran untuk memujuk kita memilih pelan bulanan yang lebih mahal dan canggih? Mari kita kaji dengan lebih mendalam.

Walaupun 5G membolehkan kelajuan data sehingga 100 kali lebih pantas daripada jaringan 4G yang sedia ada, nilai sebenar 5G bukan sahaja terletak pada kelajuan semata-mata, tetapi pada keupayaannya untuk menyambungkan sejumlah besar peranti serentak dengan kependaman (latency) yang sangat rendah. Ini bermaksud masa di antara kita berinteraksi dan kita mendapat balasan sangat singkat dan hampir tiada kelewatan. Kelebihan inilah yang bakal membuka jalan kepada teknologi-teknologi masa depan seperti:

Internet Pelbagai Benda (Internet of Things IOT)

Bayangkan dunia di mana pelbagai peranti telefon pintar, kenderaan, peralatan rumah dan pejabat yang saling berhubung sesama sendiri. Bandar pintar dengan sistem pengurusan trafik mengoptimumkan aliran, kenderaan autonomi yang mampu memandu tanpa pemandu manusia berkomunikasi dengan lancar dan kilang dengan robot bekerjasama dalam masa nyata. 5G adalah kunci untuk membuka kunci potensi ini. 

Revolusi Penjagaan Kesihatan

Teleperubatan, pembedahan jarak jauh dan pemantauan pesakit sepanjang masa akan menjadi kenyataan dengan peningkatan prestasi rangkaian yang ditawarkan 5G. Ini boleh meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan terkini dengan ketara, terutamanya di kawasan luar bandar di mana doktor-doktor pakar berupaya memeriksa dan merawat pesakit di mana sahaja. Contohnya robot pembedahan dapat dikawal doktor pakar yang berada ratusan kilometer dari pesakit dengan adanya sistem komunikasi 5G di mana setiap pergerakan doktor dapat ditiru robot pembedahan tanpa kelewatan. 5G mampu mengurangkan kelewatan sehingga 1ms berbanding 30-40ms untuk rangkaian 4G.

Industri 4.0

Ketepatan dan kelajuan 5G boleh mengubah juga sektor pembuatan dan logistik. Bayangkan kilang dengan robot yang berkomunikasi dengan robot-robot dan sistem-sistem lain di dalam kilang dengan sempurna, mengoptimumkan hasil pengeluaran dan meminimumkan pengeluaran tergendala. Sekali lagi, kepantasan dan kekurangan kelewatan rangkaian 5G ini yang memungkinkan sistem-sistem yang kompleks seperti kilang Industri 4.0 beroperasi pada tahap kecekapan yang tinggi.

Cabaran Dan Pertimbangan

Melaksanakan 5G bukanlah sesuatu yang mudah. Iamemerlukan pelaburan semula infrastruktur secara besar-besaran merangkumi menara baharu, sel pemancar dan penerima kecil dan kabel gentian optik. Ini disebabkan teknologi 5G memerlukan jauh lebih banyak pemancar dan penerima berbanding 4G. Faktor-faktor lain yang perlu diberi keutamaan ialah mengimbangi liputan bandar dan luar bandar, memastikan caj penggunaan bersesuaian kemampuan untuk pengguna, dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar.

Kesemua peralatan dan infrastruktur ini memerlukan pelaburan yang sangat besar dari syarikat telekomunikasi yang pastinya perlu menjana pulangan di dalam bentuk caj penggunaan bulanan ataupun caj pre-paid yang lebih tinggi. Maka timbulah persoalan sama ada kita sebagai pengguna betul-betul memerlukan perkhidmatan 5G atau adakah ianya helah perniagaan untuk mengaut kentungan semata-mata?

Perkhidmatan 4G yang sedia ada memadai untuk kebanyakan aplikasi pengguna seperti melayari laman web, media sosial, e-dagang dan penstriman video tanpa masalah. Applikasi yang paling memerlukan sambungan internet yang pantas dan stabil adalah menonton video di mana sistem 4G masih mampu membawa video berkualiti full HD pada kelajuan 5Mbps. Mungkin ada yang menonton Netflix dengan kualiti 4K di telefon pintar mereka tetapi jumlahnya amat kecil.

Applikasi yang benar-benar memerlukan sambungan 5G seperti kenderaan tanpa pemandu, internet pelbagai benda  (IoT) dan teleperubatan masih belum sedia untuk dipasarkan untuk penggunaan umum buat masa ini.

Banyak negara, termasuk China, Amerika Syarikat (AS), Korea Selatan dan negara Eropah, sedang aktif menggunakan 5G. Walaupun memastikan infrastruktur komunikasi kita kekal berdaya saing adalah penting, adakah kita perlu mengejar teknologi ini secara membuta tuli tanpa mengira kos dan faedah?

5G mempunyai potensi yang besar, tetapi keperluannya adalah bersyarat. Kita mesti mengutamakan penggunaannya dalam sektor yang benar-benar mampu mengubah kehidupan - penjagaan kesihatan, pembuatan dan pembangunan bandar pintar. Pada masa yang sama, kita mesti mengimbangi keperluan ini dengan kemampuan dan juga tahap kesediaan tempatan kita. Terapkan 5G secara strategik, bukan hanya untuk mengikut trend. Mari kita pastikan ia menjadi teknologi yang meningkatkan kehidupan kita, bukan sekadar helah agar kita membeli gajet terkini. - Getaran, 1 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 minggu yang lalu

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

2

Kolum 2 minggu yang lalu

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

3

Kolum 4 minggu yang lalu

Krisis Negeri Sembilan: Seruan Kepada Kerajaan Untuk Bertindak

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang