web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penipuan Pelaburan: Polis Sahkan Terima Laporan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2024 12:09PM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menerima laporan berkaitan penipuan pelaburan membabitkan 26 mangsa kerugian RM550,000 selepas melabur dalam sebuah syarikat kitar semula di Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika dihubungi BERNAMA berkata, siasatan awal mendapati kes tersebut menjurus kepada kesalahan dibawah Seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, iaitu satu bidang kuasa di bawah pihak Suruhanjaya Sekuriti.

Beliau sehubungan itu, menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati apabila berurusan dengan pelaburan yang meragukan dan menyemak segala urusan pelaburan terlebih dahulu dengan Suruhanjaya Sekuriti serta tidak menyertainya sewenang- wenangnya.

Seorang daripada mangsa Pang Kong Fen, 49, mendakwa dia dan beberapa rakan telah melabur dalam sebuah syarikat kitar semula yang menawarkan pulangan dividen yang lumayan serta dijanjikan saham berkenaan disenarai di sebuah pasaran saham terkemuka.

"Kami tertarik dengan syarikat kitar semula ini kerana, selain dijanjikan mendapat pulangan lumayan, ia juga boleh membantu menjaga alam sekitar. Selain itu, syarikat ini juga mengemukakan syarat yang istimewa iaitu saham itu akan disenarai di Nasdaq," katanya kepada BERNAMA.

Pang yang juga ejen pengurusan insurans berkata, mereka mula berasa curiga dan cuba menyemak saham berkenaan pada Oktober hingga Disember tahun lalu, namun saham itu didapati tidak wujud.

"Kami telah meminta pihak berkenaan untuk memberikan bukti tetapi sehingga kini (setahun) tiada sebarang sijil saham diterima," katanya menambah mula membuat pelaburan pada awal 2022 dan kerugian kira-kira RM100,000.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, setakat ini 26 individu yang menjadi mangsa penipuan pelaburan saham berkenaan dengan mendakwa kerugian RM550,000, tampil membuat beberapa laporan polis.

"Syarikat itu bertindak sebagai pengurus proses urusan pelaburan dan mereka menggunakan wang pelaburan yang dilabur oleh mangsa di dalam sebuah syarikat yang beroperasi melakukan kerja-kerja kitar semula," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

2

Semasa 2 tahun yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Google Sahkan Komitmen Pelaburan AS$2 Bilion Ke Malaysia - PM

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad