web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NCER Disasar Catat RM367.8 Bilion Pelaburan Direalisasi Menjelang 2030 - PM

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2024 5:05PM

Gambar - Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyasarkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) mencatatkan RM367.8 bilion pelaburan direalisasi menjelang 2030 dan menjadi hab ekonomi dan teknologi bertaraf dunia menerusi tiga bidang tumpuan baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiga bidang tumpuan baharu tersebut adalah Perkhidmatan Termaju, Pembuatan Bernilai Tinggi dan Pertanian Moden.

Beliau berkata dua pemacu perubahan yang akan menyokong perancangan tersebut adalah amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan pelaksanaan penggunaan digital.

Anwar berkata Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Ke-31 yang dipengerusikannya hari ini telah meneliti beberapa perkara utama berkaitan dengan Pelan Pembangunan Strategik NCER 2024-2030.

"Bagi tempoh 2021 hingga 2022, NCER telah menyumbang 34 peratus (RM197 bilion) daripada jumlah pelaburan yang diluluskan," kata beliau menerusi hantaran di laman X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) hari ini.

Perdana Menteri berkata mesyuarat itu juga membincangkan tentang inisiatif "Facilitation@NCER" dalam usaha memacu dan merealisasikan pelaburan di wilayah koridor berkenaan.

"Ini akan melibatkan koordinasi dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi tujuan kemudahan akses maklumat, pengurusan perhubungan pelaburan, penyesuaian perkhidmatan dan guna pakai platform pengurusan digital On-Track," katanya.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta barisan Menteri Besar yang berkenaan sebagai Ahli Majlis NCIA. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM