web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muslim Insiders Harap Lebih Banyak Bank Negara Islam Melabur Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2023 3:18PM

Presiden Dewan Perniagaan Muslim Insiders, Prof (Adj) Adam Richman ketika menyampaikan ucapan pada Persidangan Pemerkasaan Ekonomi Muslim 2024 hari ini. gambar FB Muslim Insiders

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Dewan Perniagaan Muslim Insiders (Muslim Insiders) berharap lebih banyak bank dari negara-negara Islam akan melabur, termasuk membuka cawangan di Malaysia bagi meningkatkan peluang usahawan tempatan menceburi dan mengembangkan perniagaan.

Presidennya, Prof (Adj) Adam Richman berkata pembukaan bank-bank dari Qatar dan Dubai yang turut menyediakan produk pelaburan Islam, akan memberi laluan kepada kalangan usahawan serta ahli Muslim Insiders untuk melabur tanpa perlu mengeluarkan modal sendiri.

“Usaha perniagaan tanpa mengeluarkan modal sendiri adalah sesuatu yang diamalkan.

“(Pada masa sama, kehadiran) pelabur yang melabur ini akan turut memberi motivasi atau faktor pendorong bagi usahawan terbabit meningkatkan jualan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan di Program Persidangan Pemerkasaan Ekonomi Muslim 2024 di sini, hari ini.

Persidangan sehari anjuran Muslim Insiders itu berperanan sebagai platform penting untuk rangkaian, kerjasama dan pertumbuhan perniagaan dalam landskap Ekonomi MADANI di Malaysia dan senario perniagaan bagi 2024.

Muslim Insiders antara lainnya mengangkat usaha-usaha bantuan dalam mendapatkan dana dan suntikan pelabur perniagaan, bantuan guaman, bantuan pengiklanan di media massa serta pelbagai sessi latihan untuk pekerja. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

2

Semasa 1 tahun yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Google Sahkan Komitmen Pelaburan AS$2 Bilion Ke Malaysia - PM

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad