web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PolicyStreet Tawar Cukai Jalan Percuma Bagi Pemilik Kereta Nasional Sempena Hari Malaysia

Ia tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah menyokong perjalanan penyedia insurans digital yang semakin berkembang maju itu.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2024 11:31AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Berkereta jenama negara, megah menyusur di jalan raya” – lirik ikonik yang menggetarkan jiwa setiap rakyat Malaysia, membangkitkan rasa bangga setiap kali ia didendangkan.

Sempena Hari Malaysia, PolicyStreet menterjemahkan rasa bangga itu kepada bentuk faedah menerusi kempen ‘Betul-Betul Free Road Tax’ dengan menawarkan cukai jalan percuma kepada semua rakyat Malaysia yang memandu kereta nasional apabila mereka memperbaharui insurans kereta pada 12 dan 13 September.

Kempen Betul-Betul Free Road Tax merupakan tanda penghargaan PolicyStreet kepada rakyat Malaysia yang telah menyokong perjalanan syarikat itu setakat ini, dari permulaan yang sederhana sehingga kini menjadi salah sebuah syarikat insurtech (teknologi insurans) terkemuka di negara ini.

Sokongan rakyat Malaysia telah memainkan peranan penting dalam penerimaan “alam siber, teknologi terkini” yang membolehkan syarikat seperti PolicyStreet terus berkembang.

"'Keranamu kami mendakap tuah’, tanpa sokongan rakyat Malaysia, PolicyStreet tidak akan mampu meraih kejayaan yang dinikmati hari ini.

“Dengan penyelesaian insurans tertanam kami yang menyasarkan komuniti kurang mendapat perkhidmatan, PolicyStreet komited untuk terus memberi semula kepada masyarakat dan memperkukuh ketahanan kewangan di rantau ini,” ujar Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PolicyStreet, Yen Ming Lee.

Yen Ming Lee
Yen Ming Lee

Berdasarkan kejayaan kempen Betul-Betul Free Road Tax yang dilancarkan sempena Hari Merdeka, rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menikmati cukai jalan percuma dengan melawati portal pembaharuan insurans kereta PolicyStreet di car.policystreet.com.

Pengguna hanya perlu memilih tambahan ‘Pembaharuan Cukai Jalan’ semasa pembelian, tanpa memerlukan kod promosi.

Kempen pertama yang berlangsung pada 28 hingga 29 Ogos lalu menawarkan cukai jalan percuma kepada rakyat Malaysia bersempena Hari Merdeka, tanpa sebarang syarat tersembunyi.

Hampir 10,000 sebut harga insurans kereta telah dijana sepanjang kempen ini, menunjukkan sokongan padu komuniti terhadap inisiatif PolicyStreet.

Melangkah ke hadapan, PolicyStreet kekal komited untuk mempertingkatkan penyelesaian dan perkhidmatan insuransnya kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan.

Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, syarikat ini berjanji untuk menawarkan cukai jalan paling murah, atau ‘Cheapest Road Tax in Town’, dengan diskaun sehingga 70 peratus bagi setiap pembaharuan insurans kereta.

Tawaran hebat ini akan bermula pada 14 September, memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati insurans yang lebih berpatutan daripada PolicyStreet.

Sekiranya anda pemilik kenderaan Proton atau Perodua, jangan lepaskan peluang untuk menikmati cukai jalan percuma sempena Hari Malaysia ini.

Bagi rakyat Malaysia yang ingin merebut promosi ini tetapi masih belum boleh memperbaharui insurans kereta, nantikan tawaran ‘Cheapest Road Tax in Town’ yang akan bermula pada 14 September ini.  – Getaran, 9 September, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

2

Semasa 3 tahun yang lalu

MOT Rangka Struktur Baharu Cukai Jalan Kenderaan Elektrik - Loke

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Lebih 2.97 Juta Pengguna Muat Turun, Daftar MyJPJ

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Tak Perlu Lagi Pamer Cukai Jalan, JPJ Laksana Perkhidmatan Digital - Loke

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN