web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MOT Rangka Struktur Baharu Cukai Jalan Kenderaan Elektrik - Loke

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 4:06PM

Anthony Loke - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang meneliti dan merangka struktur baharu cukai jalan bagi kenderaan elektrik (EVs), kata Menterinya Anthony Loke.

Beliau berkata pengumuman mengenai struktur baharu itu dijangka diumumkan hujung tahun ini, selain diberikan perhatian utama dalam inti pati Belanjawan 2024 bagi kementerian itu.

Beliau berkata penstrukturan baharu cukai jalan kenderaan berkenaan penting kerana kerajaan terdahulu hanya memberikan pengecualian cukai jalan EVs sehingga tempoh 2025.

“Rata-rata pengguna bimbang dengan struktur cukai jalan bagi EV kerana kalau kita ikut formula lama (cukai jalan EVs) impak kosnya tinggi dan boleh mencecah RM4,000 hingga RM5,000 setahun.

“Saya sudah arahkan pegawai-pegawai di MOT bagi untuk meneliti hal ini hasil maklum balas syarikat penyedia EVs dan pengguna. Ini juga usaha kita untuk menggalakkan peralihan kepada penggunaan kenderaan itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Mobiliti Hijau dan Pengangkutan, di sini hari ini.

Loke berkata dasar mengenai penggunaan EVs perlu jelas agar usaha kepada pertukaran mod pengangkutan yang lebih mampan dapat dilakukan.

Beliau berkata usaha itu selaras dengan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon yang menyasarkan negara mencapai 15 peratus penggunaan EV dan kenderaan hibrid pada tahun ini dengan penyediaan 10,000 unit fasiliti pengecasan menjelang 2025.

Selain itu, beliau berkata MOT bukan sahaja melihat kepada penerapan konsep mobiliti mampan bagi kenderaan darat, bahkan bagi pengangkutan udara dan maritim.

“Konsep penggunaan bahan bakar yang mampan juga telah mula menjadi pilihan dalam bidang penerbangan dan ini juga perkara menjadi perhatian MOT lebih-lebih lagi pada LIMA 2023 (Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023) ini,” katanya.

Sementara itu, dalam ucaptamanya semasa forum berkenaan, Loke berkata Malaysia akan terus menjalin kerjasama dengan Sweden untuk membolehkan kedua-dua negara belajar dan bekerjasama dalam inisiatif menggalakkan mod pengangkutan mampan.

“Kami boleh memanfaatkan amalan terbaik dan kepakaran Sweden dalam penggunaan EV, infrastruktur pengecasan dan sistem trafik pintar, antara lain untuk mempercepatkan peralihan kepada e-mobiliti di Malaysia.

“Saya percaya kerjasama adalah kunci untuk menyelesaikan cabaran ini dan saya gembira melihat kedua-dua negara memperkukuh hubungan kita dalam sektor pengangkutan, khususnya dalam peralihan hijau, sebagai tambahan kepada perkongsian sebelum ini dalam keselamatan jalan raya,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 17 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad