web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Perlu Lagi Pamer Cukai Jalan, JPJ Laksana Perkhidmatan Digital - Loke

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2023 11:56AM

JPJ akan melaksanakan perkhidmatan digital di mana kenderaan persendirian milik rakyat tempatan tidak lagi perlu mempamerkan pelekat cukai jalan mulai hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kenderaan persendirian milik rakyat tempatan tidak lagi perlu mempamerkan pelekat cukai jalan mulai hari ini.

Ia susulan pelaksanaan perkhidmatan digital oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah tersebut akan diperkenalkan secara berperingkat, bermula dengan kenderaan persendirian milik rakyat tempatan, termasuk motosikal.

Anthony Loke
Anthony Loke

Menurut beliau, pelaksanaan perkhidmatan tersebut bermakna Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) yang mewajibkan pemandu atau penunggang motosikal mempamerkan cukai jalan masing-masing tidak lagi terpakai.

“Peraturan ini tidak tertakluk kepada kenderaan bermotor yang dimiliki oleh syarikat, rakyat asing, kenderaan komersil atau pengangkutan awam,” katanya hari ini.

Loke berkata, rakyat digalakkan memuat turun aplikasi telefon bimbit MyJPJ atau melayari portal awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mendapatkan paparan digital cukai jalan mereka. 

“Untuk pemandu yang masih belum bersedia menggunakan paparan digital itu, mereka masih boleh mempamerkan pelekat cukai jalan atau lesen memandu buat sementara.

“Dengan perkhidmatan digital ini, kesesakan di kaunter JPJ dapat ditangani, sekali gus meningkatkan produktiviti serta keselesaan pengguna,” katanya. 

Masalah melibatkan pelekat cukai jalan yang mudah rosak sering dibangkitkan pengguna.

Antara rungutan termasuk ia mudah kabur sebelum tarikh luput dan kesan gam yang berbekas di atas cermin apabila cuba ditanggalkan. - Getaran, 10 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad