web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebih 2.97 Juta Pengguna Muat Turun, Daftar MyJPJ

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 1:31PM

Sehingga kini JPJ masih mempromosikan kaedah tersebut bagi membolehkan pengguna kenderaan mendaftar melalui aplikasi berkenaan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Sebanyak 2.971 juta pengguna kenderaan sudah memuat turun dan mendaftar melalui aplikasi MyJPJ sejak diperkenalkan pada 10 Februari lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim.

Beliau berkata sehingga kini JPJ masih mempromosikan kaedah tersebut bagi membolehkan pengguna kenderaan mendaftar melalui aplikasi berkenaan. 

"Setakat ini usaha berjalan lancar dan saya menyeru seluruh masyarakat supaya turut sama memuat turun aplikasi ini untuk memudahkan urusan.

"Sekarang ini kita pamerkan untuk membiasakan masyarakat mengenai MyJPJ digital dan menjelang pertengahan tahun ini aplikasi ini akan dinaik taraf untuk menunjukkan dan memperbaharu lesen," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama 40 Anak Yatim dan Asnaf yang turut dihadiri Pengarah JPJ Kelantan Mohd Misuari Abdullah, di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Zailani berkata usaha pendigitalan itu dilakukan kumpulan teknologi maklumat JPJ sendiri tanpa sebarang konsultan. 

"JPJ akan menggunakan alat Smart Management Enforcement Device (SMED) bagi mereka yang ada isu berhubung ketiadaan liputan Internet dan kesukaran penggunaan telefon. 

"Bagi pemandu yang mempunyai masalah untuk mempamerkan lesen memandu dan cukai jalan digital, kita akan menggunakan alat SMED dengan membuat pendaftaran identiti (ID) mereka untuk mengakses lesen dan cukai jalan secara digital," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zailani berkata sempena Aidilfitri, jabatan itu turut membekukan cuti anggota penguatkuasanya bagi menjalankan tugas pemantauan.

"Penguatkuasaan bagi Op Raya akan bermula sebelum, semasa dan selepas Aidilfitri dalam memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan bagi mengelak berlaku banyak kemalangan.

"Pengguna juga perlu merancang jadual perjalanan terutama mereka yang akan pulang ke Kelantan, yang kita jangka akan berlaku kesesakan di Gua Musang susulan penutupan jalan bagi kerja pemasangan cerucuk jambatan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) pakej 3B dan 3C," katanya.

Beliau berharap pengguna jalan raya tidak hanya bergantung kepada laluan berkenaan kerana masih ada beberapa pilihan laluan untuk masuk ke Kelantan bagi mengelak kesesakan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 tahun yang lalu

PolicyStreet Tawar Cukai Jalan Percuma Bagi Pemilik Kereta Nasional Sempena Hari Malaysia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perlu Lesen Sebelum Gajikan Pelakon Kanak-Kanak, Lebih 73 Peratus Syarikat Tidak Tahu - DOSM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad