web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kilang Tealive Mampu Hasilkan 400 Tan Boba Sebulan

Kilang Loob akan meningkatkan pengeluaran tiga kali ganda kepada 300 Tan sebulan, juga bakal memperluas variasi pengeluarannya

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2023 8:35AM

Pihak media diberi penerangan tentang proses pembuatan boba semasa lawatan baru-baru ini

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemilik jenama teh gaya hidup Tealive, Loob Holding, baru-baru ini membina sebuah kilang boba bernilai RM10 juta di Malaysia dan syarikat ini berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran sehingga 300 tan sebulan, bagi memastikan bekalan bahan minuman Tealive dapat memenuhi permintaan pasaran bermula Disember.

Pengasas dan Ketua Eksekutif Loob, Bryan Loo semasa sesi lawatan kilang bersama media baru-baru ini memaklumkan, kilang tersebut akan memperluaskan variasi pengeluarannya tahun depan untuk menghasilkan bahan-bahan Tealive yang lain.

"Kapasiti pengeluaran kilang kami adalah sebanyak 400 tan sebulan. Saat ini, kami hanya menghasilkan kira-kira 100 tan sebulan. Namun, pada akhir tahun, kami berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran menjadi tiga kali ganda, iaitu 300 tan sebulan yang mencukupi untuk kegunaan dalaman," katanya.

Beliau menambah, kilang akan segera memperluaskan variasi pengeluaran kepada bahan-bahan lain yang diperlukan bagi penyediaan rangkaian minuman Tealive yang popular. Rakan kongsi Loob, Zhejiang Boduo International Trade Co Ltd dan Shanghai Panfei International Trade Co Ltd, adalah antara pengeluar bahan minuman terbesar di dunia.

Bryan Loo memberi taklimat kepada media sebelum lawatan kilang bermula.
Bryan Loo memberi taklimat kepada media sebelum lawatan kilang bermula.

Dengan visi yang kukuh dan komitmen terhadap kecemerlangan, transformasi, dan inovasi dalam industri minuman di Malaysia dan di seluruh dunia, Loo bertekad untuk menjalin kerjasama yang lebih erat dengan rakan kongsi dari China.

"Loob yakin bahawa pelaburan semula di peringkat tempatan dapat membantu mengubah Malaysia menjadi pusat kecemerlangan dalam industri makanan dan minuman. Dengan sokongan rakan kongsi kami di China, kami telah membawa pelabur asing ke Malaysia untuk membantu memajukan industri ini.

"Kami yakin bahawa kerjasama ini akan menjadi lebih erat di masa depan. Dengan kepakaran, teknologi, dan jangkauan pasaran mereka, serta warisan halal kami yang kukuh, kami yakin dapat bekerjasama untuk meneroka lebih banyak pasaran, terutamanya dalam penghasilan bahan halal," ujarnya.

Kilang Loob juga akan mula mengeksport boba mereka ke beberapa negara pada tahun depan, dengan memasuki pasaran Filipina terlebih dahulu.

Teh boba diminati di seluruh dunia di mana kekenyalan mutiara ubi kayu ini menambah keenakan dan kegembiraan pada setiap sedutan. Walaupun begitu, masih ramai peminat teh boba yang tidak mengetahui tentang proses unik penghasilan boba ini.

Ketika lawatan media tempoh hari, peserta diberi penerangan daripada A-Z tentang proses pembuatan boba iaitu daripada proses mengadun sehinggalah ke pembungkusan. 

“Misi Tealive adalah untuk mencipta pengalaman menyeluruh yang terbaik bagi semua pelanggan melalui minuman berkualiti tinggi. Pembinaan kilang bebola mutiara ubi kayu ini sejajar dengan usaha kami untuk mencapai kecemerlangan.

“Dengan mengawal keseluruhan proses pengeluaran, dari mendapatkan bahan terbaik hingga pengeluaran bebola mutiara ubi kayu istimewa kami, Tealive memastikan bahawa setiap  minuman kami mencerminkan kesempurnaan kualiti dan rasa. Kami akan meneruskan pelaburan selanjutnya – seperti pemasangan teknologi pembungkusan automatik sepenuhnya pada tahun depan," kata Loo. - Getaran, 3 Disember 2023

Foto : Tealive

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Raikan Merdeka Dengan Kopi Percuma dan Sandwic Citarasa Malaysia

2

Selera 4 tahun yang lalu

Tealive Jenama Paling Dipercayai di Malaysia

3

Selera 4 tahun yang lalu

Berehat Sebentar Bersama Smoothie Edisi Terhad

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Tealive Lancar Penggunaan Cecair Sanitasi Tangan Di Semua Cawangan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 15 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN