web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berehat Sebentar Bersama Smoothie Edisi Terhad

'Smoothie' pada asasnya, mengandungi buah-buahan, sayuran, sirap gula, susu cair dan juga ais. Teksturnya lebih pekat dibandingkan jus.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2022 8:59AM

Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo dan Pegawai Eksekutif Perniagaan, Malaysia & Singapura, Nestlé Professional, Yit Woon Lai melancarkan minuman Smoothie Wafer Coco Tealive KITKAT®

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minuman yang satu ini tidak pernah tersingkir daripada ‘trend’. Ramai yang menggemarinya kerana smoothie menggabungkan bahan-bahan yang membangkitkan rasa.

Pada asasnya, ia mengandungi buah-buahan, sayuran, sirap gula, susu cair dan juga ais. Jika dibuat perbandingan, tekstur smoothie lebih pekat dibandingkan jus.  

Ada orang membuat smoothie dengan mencampur beberapa jenis buah atau mengkombinasikan buah dan sayuran sehingga tercipta rasa yang lebih mewah dan menarik.  Bahkan, ada juga yang gemar menaburkan potongan buah-buahan, kekacang, biskut atau serbuk coklat di atas smoothie kegemaran. 

Memahami selera penggemar smoothie, jenama teh gaya hidup Tealive bekerjasama dengan KITKAT®, jenama coklat terkenal di dunia memperkenalkan Smoothie Wafer Coco KITKAT® Tealive

Smoothie Wafer Coco KITKAT® Tealive ialah minuman menyegarkan untuk rutin harian anda yang berkonsepkan ‘hirup dan nikmati coklat, gaya smoothie.’

Sebagai jenama minuman pertama di Malaysia yang menawarkan minuman eksklusif menggunakan lepa coklat dengan kepingan wafer KITKAT® serba baharu, Smoothie Wafer Coco KITKAT® Tealive menawarkan rasa coklat istimewa dalam smoothie bersama wafer yang rangup.

“Kolaborasi dengan jenama coklat terkemuka dunia ini sekali lagi membuktikan bahawa Tealive memenuhi janji jenama kami iaitu ‘bukan sekadar teh,” ujar Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd. Bryan Loo.

“Penggemar yang inginkan rasa smoothie yang menyegarkan serta kebaikan coklat susu KITKAT® yang menyelerakan, kini boleh nikmati kedua-duanya sekali gus,” tambah Bryan yang yakin produk menyelerakan ini akan mendapat tempat di kalangan peminat KITKAT® dan penggemar Tealive serta dapat menarik peminat baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols, yang turut hadir pada majlis pelancaran minuman ini baru-baru ini memberitahu pihaknya berharap minuman terbaharu ini boleh memberi inspirasi kepada rakan B2B (business to business) mereka untuk terus berinovasi dalam menghasilkan hidangan yang lazat dan istimewa.

“Sejak dahulu dan bersesuaian dengan slogannya, KITKAT® sentiasa meraikan semua keadaan; sama ada ianya menyeronokkan, secara tiba-tiba, istimewa, mahupun bermanfaat.

“Dengan pelancaran minuman Lepa Coklat KITKAT® terbaharu ini, kami berharap ianya memberi inspirasi kepada rakan B2B kami untuk menginovasi produk mereka dalam menghasilkan hidangan yang lazat dan istimewa yang boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia, bermula dengan kolaborasi bersama Tealive ini,” ujar Juan.

Siri minuman Smoothie Wafer Coco KITKAT® Tealive ini dibuat menggunakan Lepa Coklat dengan kepingan wafer KITKAT® serta ditabur cebisan biskut coklat. Dua minuman baharu yang diperkenalkan ialah Signature Smoothie (berperisa coklat) dan Berry Smoothie (berperisa strawberi).

Majlis pelancaran telah diadakan di kedai konsep baharu Tealive yang dikenali sebagai Tealive+ di Pavilion. Kedai konsep ini menawarkan pelbagai pilihan menu terbaik Tealive yang dihidangkan secara istimewa dan eksklusif, hanya di Tealive+. 

Antaranya adalah Cheese Brulee Milk Tea dengan Brown Sugar Pearls, Bang Cheese Brulee Milk dengan Brown Sugar Pearls, Dragonfruit Lychee Smoothie dengan Cheese Mousse, Avocado Choc Smoothie dengan Cheese Mousse dan pelbagai minuman lain bersama Aren Palm Sugar.

Tealive+ turut menyediakan makanan ringan dan menu harian yang sesuai dipadankan dengan minuman Tealive, seperti Toastea - roti bakar eksklusif Tealive, Mac n Cheese, Lasagna dan Bebola Nasi Italian Berkeju. - Getaran, 2 Mei 2022

Gambar : Tealive

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Kilang Tealive Mampu Hasilkan 400 Tan Boba Sebulan

2

TARA 3 tahun yang lalu

Raikan Merdeka Dengan Kopi Percuma dan Sandwic Citarasa Malaysia

3

Selera 3 tahun yang lalu

Tealive Jenama Paling Dipercayai di Malaysia

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Tealive Lancar Penggunaan Cecair Sanitasi Tangan Di Semua Cawangan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN