Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Raikan Merdeka Dengan Kopi Percuma dan Sandwic Citarasa Malaysia

Sempena sambutan bulan kemerdekaan kali ini, pelbagai tawaran menarik yang boleh direbut. Berikut adalah dua tawaran menjamu selera yang anda tidak mahu lepaskan!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 10:00AM

Gambar hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena sambutan bulan kemerdekaan kali ini, pelbagai tawaran menarik yang boleh direbut. Untuk penggemar kopi, jangan lupakan tandakan kalendar anda dengan tawaran menarik daripada Tealive Malaysia.

Pada 17 dan 18 Ogos ini, jenama kegemaran ramai ini akan menghidupkan semangat Merdeka dengan laungan ‘Kopi Merdeka’ di premis Tealive stesen minyak Petronas di sekitar Lembah Klang.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo, berkata, Tealive menjemput pelanggannya yang bersemangat patriotik untuk tampil ke mana-mana kedai Tealive pada hari Rabu, 17 Ogos, dan melaungkan ‘Kopi Merdeka’ sebanyak tiga kali sebagai tanda semangat cinta kepada negara, dan menerima kopi percuma Tealive sebagai ganjaran untuk aktiviti tersebut.

“Ini merupakan salah satu inisiatif Tealive untuk membangkitkan semangat patriotik sempena sambutan Merdeka tahun ini.

“Selain kopi percuma, Tealive juga akan memberikan diskaun sebanyak 31 peratus bagi pilihan ‘Kopi Signature’ sehingga 31 Ogos sebagai tanda penghargaan kepada peminat setia Tealive.

Pada masa yang sama, Bryan juga mengumumkan bahawa bermula 17 Ogos ini, menu kopi Tealive akan mempunyai lebih banyak pilihan dan menggunakan biji kopi Arabica premium, supaya dapat menepati citarasa setiap penggemar kopi.

“Kami sedar bahawa rakyat Malaysia kini berhadapan dengan cabaran dan ketidaktentuan ekonomi, tetapi untuk ulang tahun kemerdekaan ke-65 ini, kami di Tealive yakin jika kita bersatu padu, segala cabaran akan dapat tempuhi bersama. Ini selaras dengan misi kami untuk memperkenalkan ‘Kopi untuk semua’,” ujar beliau.

Sementara itu, jika kopi bukanlah minuman pilihan anda, mungkin menu sandwic sempena merdeka daripada Subway Malaysia ini boleh memuaskan selera. Lebih-lebih lagi jika anda seorang penggemar kari dan mementingkan pilihan makanan yang lebih ‘hijau’ dan ‘ringan’.

‘Curry Sub’ serba baharu diperkenalkan sebagai meraikan perisa yang sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Bahkan, rangkaian restoran ini juga turut melancarkan pembungkus sandwic tempatan pertama di dunia dengan ‘Sub Wrapper’ bertemakan Malaysia. Pembungkus sandwich ini akan tersedia sehingga 31 September 2022.

Curry Sub merupakan interpretasi kari daripada Subway. Menikmati sandwich ini, deria rasa anda terbuai dengan aroma wangi, sos manis berperisa dan semestinya perisa kari klasik yang digemari rakyat Malaysia.

Dilancarkan pada 3 Ogos lalu, Curry Sub terdapat dalam dua pilihan iaitu ayam dan daging lembu. Malah ia juga boleh disediakan dengan pilihan ‘wrap’ atau salad.

Sedikit tentang ‘Sub Wrapper’, kertas pembalut yang direka  Ernest Ng ini dihiasi dengan imej ikonik Malaysia yang memperlihatkan bunga kebangsaan Malaysia, Bunga Raya, mercu tanda ikonik negara dan maskot Subway, Sabweh yang bertujuan menyebarkan keceriaan semangat patriotiknya. Kertas pembalut ini tersedia sehingga 30 September.

“Subway berbangga meraikan warisan dan budaya Malaysia. Kami sentiasa mencari cara untuk berhubung dengan pelanggan tempatan. Menerusi inisiatif terbaharu ini, kami berusaha untuk membangkitkan nostalgia dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati perisa sandwic yang dekat di hati mereka,” ulas Pengarah Negara (Country Director), Subway, Asia Tenggara, Hong Kong & Macau, Samad Mohd Shariff.

Selamat meraikan Hari Merdeka! - Getaran, 14 Ogos 2022

Foto : Tealive & Subway

Isu Pada

Rizman Ruzaini Membina Empayar

13 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 4 bulan yang lalu

Kilang Tealive Mampu Hasilkan 400 Tan Boba Sebulan

2

TARA 5 bulan yang lalu

Rayakan Deepavali Dengan Pelbagai Promosi Makanan, Minuman

3

TARA 7 bulan yang lalu

Golden Screen Cinemas Tiup Semangat Patriotisme

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

‘High Council’: Macam Mana Boleh Bocor Dua Episod? Mungkin Strategi Pemasaran

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini