web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘High Council’: Macam Mana Boleh Bocor Dua Episod? Mungkin Strategi Pemasaran

Ada banyak sebab dan tempat yang memungkinkan drama atau filem dibocorkan seperti salinan drama yang dihantar ke Lembaga Penapisan Filem telah disalahgunakan atau tujuan pemasaran.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 8:19PM

Terdahulu, kecoh di media sosial dua episod 'Projek High Council' yang belum ditayangkan di Astro telah dibocorkan pihak yang tidak bertanggungjawab - Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki tidak menolak kemungkinan dua episod drama yang didakwa telah dimuat naik secara haram di laman sosial hanyalah sebuah strategi pemasaran oleh pihak produksi. 

Ada banyak sebab dan tempat yang memungkinkan drama atau filem dibocorkan seperti salinan drama yang dihantar ke Lembaga Penapisan Filem telah disalahgunakan. 

Namun begitu, kadangkala isu ini sengaja diciptakan untuk tujuan pemasaran agar ia dibincangkan secara meluas di laman sosial. 

“Banyak sebab dan tempat yang mungkin boleh menyumbang kepada kebocoran maklumat kandungan drama. Boleh jadi salinan yang dihantar ke Lembaga Penapisan Filem disalah guna. 

“Namun pelik sebenarnya macam mana pula boleh bocor sampai dua episod? Saya tak tahu, mungkin saya salah, namun saya tidak menolak kemungkinan boleh sahaja ini merupakan strategi pemasaran. 

“Mungkin drama itu kurang sambutan dan ini merupakan kaedah pemasaran agar lebih ramai orang bercakap tentang drama ini. Strategi ini tidak salah,” katanya ketika ditemui Getaran ketika sidang akhbar malam gala filem Imaginur.

Afdlin Shauki - Gambar oleh Wafa Aula
Afdlin Shauki - Gambar oleh Wafa Aula

Menurut Afdlin, strategi sebegini pernah digunakan ramai penggiat seni termasuklah filem Pulau yang telah mengundang reaksi yang luar biasa daripada warganet. 

“Samalah kes ini dengan cerita Pulau. Bila saya borak dengan penerbit, dia kata babak-babak panas yang ada di dalam sedutan, tidak ada pun di dalam filem. 

“Sedutan itu dihasilkan untuk ‘dijual’ kepada khalayak antarabangsa. Dia siarkan di YouTube yang merupakan platform antarabangsa. Namun orang kita tengok dan borak mengenai filem ini. Hasilnya, Pulau dapat promosi percuma.

“Inilah dunia media sosial melihat betapa senangnya kita dimanipulasi. Bila dah ramai yang bercakap di media sosial, maka portal berita akan ambil pula isu ini untuk dibincangkan.

“Tapi tak tahulah kalau memang berlaku kebocoran. Kemungkinan juga strategi pemasaran dan semoga ia dapat menambah rating drama berkenaan apabila kita bercakap tentang drama ini,” tambahnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial dua episod 'Projek High Council' yang belum ditayangkan di Astro telah dibocorkan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Klip episod berkenaan telah dimuat naik secara haram dan tersebar di beberapa platform seperti Telegram dan di TikTok seterusnya menimbulkan rasa kecewa dan marah dalam kalangan para penggiat seni tanah air. – Getaran, 22 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Keselamatan, Kerahsiaan Maklumat PADU Terjamin Daripada Kebocoran

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa