web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rayakan Deepavali Dengan Pelbagai Promosi Makanan, Minuman

Selain boleh berjimat, inilah masanya untuk menikmati hidangan istimewa yang mungkin tidak tersedia di hari-hari biasa 

Seni & Hiburan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2023 8:06PM

Antara hidangan yang boleh dipesan di Nando's

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Deepavali, juga dikenali sebagai Pesta Cahaya, membawa kegembiraan yang tidak terhingga dan peluang keemasan untuk mencipta kenangan bersama orang tersayang. 

Sempena perayaan ini,  jom rebut promosi makanan dan minuman berikut untuk lebih penjimatan dan menikmati hidangan yang mungkin tersedia hanya pada musim perayaan Deepavali.

1. Nando’s 

Bawa teman-teman dan rakan-rakan ke Nando’s untuk menjamu selera sepuas-puasnya. Dengan perbelanjaan RM100 dalam satu resit anda berpeluang mendapat ‘Wing Roulette’ secara percuma.  Tawaran ini sah pada 12 dan 13 November sahaja dan penebusan hanya boleh dilakukan di kaunter.

2. J.Co Donuts & Coffee

Tahun ini, J.CO membawa pulang donat Deepavali mereka, ‘Dipa Berry’ istimewa untuk mereka yang sudah mula merinduinya. Hidangan istimewa ini tersedia sehingga 13 November sahaja.

3. KyoChon

Beli 6 percuma 3 apabila anda membeli ‘Future Nuggets’ dari KyoChon. Hidangan kegemaran ramai terutama di kalangan kanak-kanak ini tersedia dari 10 - 13 November 2023 dan hanya sah untuk makan di restoran.

4. The Coffee Beans & The Leaf

Penggemar kopi dan teh boleh ajak teman-teman dan ahli keluarga ke The Coffee Beans & The Leaf untuk menikmati tawaran ‘Ice Blended’ yang hanya berharga RM9.90. Bagaimanapun, anda harus beli minuman buatan tangan mereka terlebih dahulu. 

Antara seleksi yang boleh dipilih ialah, Chili Chocolate Ice Blended®, Chili Chocolate Latte, Cold Brew Black with Chili Cream Cap, Double Peppermint Ice Blended®, Double Peppermint Latte dan  Gibraltar Peppermint Latte.

Promosi hanya terpakai di semua cawangan kafe ini di Semenanjung Malaysia dari 10 - 13 November 2023.

5. A&W 

Dapatkan diskaun 50 peratus untuk minuman Root Beer dan hidangan Kentang Popcorn dari 10 hingga 19 November 2023 ini di A&W Malaysia. Anda boleh nikmati tawaran ini di restoran atau memesan melalui aplikasi mudah alih A&W. Tersedia di semua cawangan, kecuali di kawasan Rehat dan Rawat, Express, taman tema, KLIA2 & Sabah.

6. Inside Scoop

Pemanis mulut kegemaran ramai ini menampilkan kek aiskrim berinspirasikan hidangan mangga lassi. Percayalah sebaik sahaja disuap ke dalam mulut, anda akan tersenyum puas. Padankan dengan aiskrim Masala Chai yang akan menghapuskan semua ‘masalah’  anda sebaik sahaja anda merasainya. - Getaran, 12 November 2023

Selamat menjamu selera!

Isu Pada

Sembunyikan Diri, Damaikan Hati di Coconest Langkawi 18 Nov

18 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa