web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tealive Jenama Paling Dipercayai di Malaysia

Sebagai pemenang mutlak bagi kategori ‘bubble tea’, Reader’s Digest menyatakan bahawa kemenangan Tealive adalah jelas dengan bilangan undian tertinggi meninggalkan pesaing terdekatnya jauh di belakang. 

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 9:45AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama teh gaya hidup, Tealive, telah diundi sebagai ‘Jenama Paling Dipercayai di Malaysia’ melalui tinjauan bebas dalam kalangan 8,000 pengguna yang merangkumi lima pasaran serantau yang diiktiraf oleh Asia Reader’s Digest.

Dalam menamakan Tealive sebagai pemenang mutlak bagi kategori ‘bubble tea’, Reader’s Digest menyatakan bahawa kemenangan Tealive adalah jelas dengan bilangan undian tertinggi meninggalkan pesaing terdekatnya jauh di belakang. 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo menerima Anugerah Platinum daripada Sheron White yang mewakili Ketua Pengarang Reader's Digest Louise Waterson pada majlis makan malam yang diadakan baru-baru ini.

Mengulas tentang penganugerahan itu, Bryan mengakui dia sebenar tidak menjangkakan kemenangan itu dan berterima kasih kepada pelanggan setia Tealive di Malaysia. Jelas beliau, kemenangan itu didedikasikan kepada ketekunan dan semangat tinggi serta inovatif semua warga kerja dalam keluarga Tealive.

“Ini adalah anugerah yang bukannya dipohon tetapi sebaliknya kami dipilih oleh pengguna melalui kaedah tinjauan.  Kami merasa amat berbesar hati apabila mengetahui Tealive meraih bilangan undian yang jauh lebih besar berbanding pesaing kami yang terdekat. Kami akan terus melaksanakan kelaziman kami, sentiasa melahirkan idea baru dan berinovasi demi memenuhi segala keperluan dan hasrat pelanggan,” ujar beliau.

Sebelum ini Tealive telah menerima anugerah bagi kecemerlangan pemasaran, keunggulan e-dagang, kecemerlangan dalam pengurusan bakat dan pematuhan halal. 

“Kejayaan ini merupakan testimoni bahawa rakyat Malaysia boleh mencipta produk bertaraf antarabangsa, kerana kami merupakan jenama yang ‘Lahir di Malaysia, Dibangunkan untuk Dunia’.  Penganugerahan ini akan menjadi motivasi bagi kami untuk terus berinovasi dan memenuhi keinginan setiap jenis selera melalui kepelbagaian menu yang kami tawarkan,” ujar beliau.

Anugerah Jenama Paling Dipercayai Asia Reader’s Digest adalah berasaskan kepada “Tinjauan Jenama Dipercayai” yang merupakan tinjauan beraudit yang dilaksanakan oleh syarikat penyelidik pasaran bebas, Catalyst Research.

Tinjauan ini mengenal pasti jenama yang paling dipercayai oleh pengguna dan dirujuk sebagai penanda aras di pasaran. Dengan reputasi kukuh, tinjauan ini sudah pasti menjadi mengukur utama dalam menentukan tahap kepercayaan sesuatu jenama di Malaysia dan di seluruh dunia. 

Edisi anugerah kali ini merangkumi saiz sampel seramai 8,000 individu dari seluruh Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong, dan Taiwan.  Pengguna diminta untuk menamakan jenama yang paling mereka percayai berbanding yang lain dan kemudiannya menilai jenama tersebut mengikut enam ciri penting iaitu kebolehpercayaan dan kredibiliti, kualiti, nilai, kefahaman keperluan pelanggan, inovasi dan tanggungjawab sosial.

Memasuki pasaran Malaysia sejak Februari 2017, Tealive kini telah berkembang sebagai jenama teh gaya hidup terbesar di Asia Tenggara.  Hari ini ia memiliki lebih daripada 750 buah cawangan di pelbagai negara, termasuk UK, Australia, Brunei, Myanmar, Kemboja, Vietnam dan Filipina, dan merupakan pembekal minuman ‘dibuat-mengikut-pesanan’ terbesar di Malaysia. - Getaran, 20 Jun 2022

Gambar: Tealive Malaysia

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Kilang Tealive Mampu Hasilkan 400 Tan Boba Sebulan

2

TARA 3 tahun yang lalu

3 Jenama Hasilkan Produk Dan Perkhidmatan Edisi Pertabalan Raja Charles III

3

TARA 3 tahun yang lalu

Minum Teh Herba Bantu Raih Kehidupan Sejahtera

4

Refleksi 3 tahun yang lalu

Golongan Melayu B40 Perlu ‘Fasih Mandarin’ Untuk Kerjaya!

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN