web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Minum Teh Herba Bantu Raih Kehidupan Sejahtera

Teh #GoodnessMadeDelicious daripada Lipton diperbuat daripada herba yang dipilih dengan teliti bagi membantu rakyat Malaysia yang sibuk untuk mencapai kesejahteraan hidup yang lebih baik.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 4:12PM

Teh, minuman yang kaya dengan antioksidan boleh diambil dengan gula, kosong, bersusu, panas atau sejuk - Gambar hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selain kopi, teh merupakan minuman paling popular di dunia. Minuman yang kaya dengan antioksidan ini boleh diambil dengan gula, kosong, bersusu, panas atau sejuk. Jika di Malaysia, teh tarik menjadi hidangan kegemaran ramai.

Sama ada untuk sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam. 

Hakikatnya, pengambilan teh yang ‘fancy’ sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan kerana segala kebaikannya seperti membantu mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan mengawal berat badan tidak dapat dinikmati. 

Kerana apa? Kerana teh tarik, teh boba dan bermacam-macam lagi teh moden yang dipasarkan, tinggi dengan kandungan gula yang menyumbang kepada masalah kesihatan jika diambil berlebihan.

Teh tarik, teh boba dan bermacam-macam lagi teh moden yang dipasarkan, tinggi dengan kandungan gula yang menyumbang kepada masalah kesihatan jika diambil berlebihan - Gambar oleh Azim Rahman
Teh tarik, teh boba dan bermacam-macam lagi teh moden yang dipasarkan, tinggi dengan kandungan gula yang menyumbang kepada masalah kesihatan jika diambil berlebihan - Gambar oleh Azim Rahman

Khasiat kesihatan seuncang teh boleh diperolehi sepenuhnya jika anda mengambilnya kosong tanpa sebarang campuran.

Paling bagus, ambil teh yang kurang pengoksidaan seperti teh hijau dan putih kerana ia mempunyai kadar antioksidan yang lebih tinggi kerana kurang diproses berbanding dengan jenis teh lain.

Selain itu, anda juga boleh memilih pelbagai jenis teh kesihatan yang terdapat di pasaran. Terbaharu, jenama teh popular, Lipton melancarkan rangkaian #GoodnessMadeDelicious terbaharu. 

Rangkaian teh baharu ini diperbuat daripada herba terpilih yang boleh membantu rakyat Malaysia mendapatkan khasiat kesihatan yang diperlukan oleh tubuh badan. Cara penyediaannya juga mudah, hanya mengambil masa 2 ke 3 minit untuk membancuh. 

Rangkaian kesejahteraan Lipton ini dicipta khusus untuk saat dalam kehidupan mereka yang memerlukan sedikit perhatian untuk kesihatan rohani selepas sering terperangkap dengan kesibukan harian. 

Hadir dalam tiga varian berbeza, rangkaian teh baharu ini tidak mempunyai sebarang kalori dan seterusnya dapat membantu mengimbangi pelbagai gaya hidup pengguna. 

Rangkaian kesejahteraan Lipton ini dicipta khusus untuk saat dalam kehidupan mereka yang memerlukan sedikit perhatian untuk kesihatan rohani selepas sering terperangkap dengan kesibukan harian - Gambar ihsan Lipton
Rangkaian kesejahteraan Lipton ini dicipta khusus untuk saat dalam kehidupan mereka yang memerlukan sedikit perhatian untuk kesihatan rohani selepas sering terperangkap dengan kesibukan harian - Gambar ihsan Lipton

Get Fit mengandungi teh hijau dan bahan-bahan utama yang lain untuk membantu menghidratkan badan, mengekalkan kecergasan minda dan memberi sumber tenaga kepada tubuh badan.  

After Meal pula mengandungi bahan-bahan yang melegakan seperti halia yang telah lama digunakan secara tradisional untuk membantu melegakan perut dan penghadaman yang bagus.

Sementara Sweet Nights merupakan kombinasi hebat lavender dan chamomile yang memberi kesan merehatkan dan menenangkan minda setelah melalui hari yang panjang dan kusut.

“Pasaran teh telah berkembang secara dramatik dalam beberapa tahun ini selari dengan gaya hidup pengguna yang sibuk. Hari ini pengguna bukan sahaja menitikberatkan kualiti dan manfaat sesuatu produk, namun mereka akan memastikan ianya enak untuk dinikmati. 

“Rasa yang enak memastikan mereka konsisten dalam perjalanan kesejahteraan mereka, dan ianya telah mendorong permintaan untuk teh yang sihat dan bermanfaat pada masa yang sama,” ujar Pengurus Besar ekaterra Asia Tenggara, Reena Chong.

Khasiat kesihatan seuncang teh boleh diperolehi sepenuhnya jika anda mengambilnya kosong tanpa sebarang campuran - Gambar Hiasan Unsplash
Khasiat kesihatan seuncang teh boleh diperolehi sepenuhnya jika anda mengambilnya kosong tanpa sebarang campuran - Gambar Hiasan Unsplash

“Kami gembira untuk melancarkan rangkaian kesejahteraan baharu Lipton buat pengguna di luar sana. Biar apapun keperluan kesejahteraan anda, kami kini mempunyai produk bagi membantu menjadikannya sebahagian dari rutin harian anda. 

“Dari Get Fit ke Sweet Nights, setiap varian mempunyai tiga bahan utama yang dicipta khusus untuk memberi manfaat kepada kehidupan harian anda. Bukan sahaja ianya enak untuk dinikmati, tetapi setiap cawan boleh melengkapkan diet seimbang seseorang - pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja,” tambah beliau.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian kesejahteraan Lipton dan pameran pengguna yang diadakan, ikuti laman media sosial rasmi Lipton di Facebook dan Instagram.  - Getaran, 31 Disember 2022.

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

31 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Selepas Ular, 6,850 Kura-Kura Hidup Dirampas Dari Bagasi Penumpang AirAsia Ke India

2

TARA 2 tahun yang lalu

Hidup Ini Satu Pengorbanan, Jadi Jangan Mengeluh

3

Selera 3 tahun yang lalu

Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

4

Selera 3 tahun yang lalu

Tiga Bahan Tambahan Mudah Dan Seimbang Yang Anda Boleh Cuba Dalam Masakan Mi Segera

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi