web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

Dua resipi mudah yang boleh dicuba apabila punya masa untuk memasak. Kedua-dua resipi ini menggunakan ‘Hamadaya Japanese Oden Soup Base’.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 6:10PM

Oden Hotpot dan Sup Nasi Salmon Jepun - Gambar ihsan Hamadaya Sauces

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sepanjang bulan Syawal yang baharu berakhir, hidangan bertemakan hari raya sentiasa boleh dinikmati. Maklumlah, ada banyak undangan rumah terbuka daripada ahli keluarga, rakan-rakan, mahupun kenalan kerja. 

Ketupat, lemang, rendang, lodeh, serunding sudah tak terkira banyaknya masuk ke dalam perut. Jadi, tidak hairanlah jika ada yang sudah muak dengan semua hidangan raya ini.

Tiba masanya untuk bertukar selera apabila di rumah sendiri. Sediakan menu yang mudah dan ringkas tetapi enak dan membuka selera.

Berikut adalah dua resipi mudah yang boleh dicuba apabila punya masa untuk memasak. Kedua-dua resipi ini menggunakan ‘Hamadaya Japanese Oden Soup Base’.

Seperti yang anda maklum, oden ialah hidangan tradisional Jepun yang disediakan dalam satu periuk untuk dinikmati bersama, terutama pada musim sejuk. 

Dengan adanya produk ‘Hamadaya Japanese Oden Soup Base’ anda bukan sahaja boleh sediakan sup mudah ini, malah boleh juga gunakan kreativiti untuk hasilkan menu yang lain. 

 

Sup Nasi Salmon Jepun

Gunakan lebihan nasi dengan menyediakan hidangan sup mewah dengan rasa umami ini. Mudah dan mengeyangkan.

Masa penyediaan : 5 minit 

Masa memasak : 10 minit

Saiz hidangan : 3 – 4 orang

Bahan-bahan:

2 cawan nasi (beras Jepun)

160 gram ikan Salmon, dihiris nipis

2 biji telur yang dipukul

60 gram lobak merah, dihiris

60 gram cendawan shitake segar, dihiris

4 sudu besar ‘Hamadaya Japanese Oden Soup Base’

750 ml air

Untuk hiasan

Daun bawang

Cara penyediaan:

1. Tuangkan ‘Hamadaya Japanese Oden Soup Base’ ke dalam periuk yang berisi air.

2. Didihkan sup, masukkan lobak merah dan cendawan dan rebus selama 1 minit.

3. Masukkan beras yang telah dimasak dan kacau hingga sebati.

4. Masukkan salmon dan tuangkan telur ke atasnya, tutup dan biarkan mendidih selama 1-2 minit.

5. Tutup api dan angkat. Hiaskan dengan daun bawang.

6. Sedia untuk dimakan.

 

Oden Hotpot

Hidangan satu periuk yang lazat, nikmati kuahnya yang berkhasiat yang mewah dengan rasa!

Masa penyediaan : 5 minit 

Masa memasak : 10 minit

Saiz hidangan : 3 – 4 orang

Bahan-bahan:

350 gram aneka kek ikan dan bebola ikan

10 batang jejari ketam

30 gram ‘money pocket’

5 biji cendawan

1 lobak merah sederhana, potong bentuk bunga

100 gram salad selada

200 gram daikon dihiris

3 tangkai daun bawang

7 ½ sudu besar ‘Hamadaya Japanese Oden Soup Base’ 

½ sudu besar cuka beras

8 cawan air

Cara penyediaan:

1. Tuangkan ‘Hamadaya Japanese Oden Soup Base’ ke dalam periuk berisi air.

2. Masukkan daikon dan daun bawang dan biarkan mendidih selama 10 minit.

3. Keluarkan dan buang daun bawang.

4. Dalam periuk yang sama, tuangkan cuka beras dan pelbagai kek ikan dan bebola ikan, jejari ketam, ‘money pocket’, cendawan, lobak merah, salad, dan biarkan ia mendidih selama 5 minit.

5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba! - Getaran, 22 Mei 2023 

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

2 Resipi Mudah Untuk Dicuba Di Hujung Minggu

2

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Terima Kasih Gordon Ramsay, Datang Malaysia Nanti Saya Bagi Sambal’

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Khairy Jadi Cef Pula? Netizen Puji Versatil, Minta Banyak Video Masak

4

Selera 3 tahun yang lalu

Tiga Bahan Tambahan Mudah Dan Seimbang Yang Anda Boleh Cuba Dalam Masakan Mi Segera

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi