web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Terima Kasih Gordon Ramsay, Datang Malaysia Nanti Saya Bagi Sambal’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 8:14PM

Gordon Ramsay dan Khairul Aming - Tangkapan layar video Instagram Khairul Aming

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkongsian video pempengaruh, Khairul Aming mengenai cara penyediaan pencuci mulut, puding gula hangus kukus mendapat pujian cef selebriti Britain, Gordon Ramsay.

Ramsay yang juga pengusaha Restoran Gordon Ramsay di Chelsea, London teruja melihat Khairul Aming menunjukkan kaedah memasak makanan tradisional suku kaum Maori, New Zealand itu.

Pujian terhadap Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman itu dibuat Ramsay menerusi video duet di TikTok miliknya.

Menerusi video itu, Khairul Aming menyatakan hidangan tersebut merupakan salah satu resipi yang terkandung dalam buku masakan Gordon Ramsay bertajuk Uncharted: A Culinary Adventure terbitan National Geographic.

Menariknya, dalam sesi duet itu, Ramsay menegur sudu kayu ikonik digunakan Khairul Aming.

“Belikan sudu yang lebih besar sempena Krismas… sudu itu terlalu kecil,” kata Ramsay.

Pada masa sama, Ramsay turut teruja apabila Khairul berjaya menghasilkan hidangan itu mengikut segala teknik yang terdapat dalam buku Uncharted: A Culinary Adventure.

Malah beliau juga memaklumkan akan ke Malaysia pada minggu depan.

“Saya akan berada di Malaysia minggu depan dan saya akan tunjukkan sekali lagi. Tahniah,” katanya.

Sementara itu, menerusi video berasingan, Khairul Aming menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas pujian diberikan oleh cef selebriti terkemuka itu.

@khairulaming #duet with @Gordon Ramsay #Duet ♬ original sound - Khairulaming

Khairul Aming berkata, dia hanya menyedari video duet itu selepas menerima notifikasi daripada pengikutnya di media sosial.

“Gordon Ramsay nampak video kita. Terima kasih Gordon Ramsay,” tulisnya menerusi kapsyen pada video yang dimuat naik di TikTok.

Di akhir video, Khairul Aming berseloroh menyatakan dia akan menghadiahkan sambalnya kepada cef berkenaan.

“Oh, datang ke Malaysia nanti saya bagi sambal,” katanya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bangga dan mengucapkan tahniah kepada Khairul Aming kerana berjaya menarik perhatian Ramsay yang juga sinonim dengan komen celupar.

Komen Aznil Hj Nawawi dan Syed Saddiq - Tangkapan layar Twitter
Komen Aznil Hj Nawawi dan Syed Saddiq - Tangkapan layar Twitter

Video itu mendapat reaksi positif bukan hanya daripada pengikutnya tetapi selebriti tanah air serta pemimpin politik yang menyifatkan Khairul Aming berjaya membanggakan negara.

“Kalau Sofyank ada ZachKing, Khairul Aming akan ada Gordon Ramsay, InsyaAllah,” kata Sym Ma.

“Power lahh Ming (Khairul Aming)!! Dia nak datang Malaysia tu katanya, boleh jumpa Gordon Ramsay, bestnya,” kata Najiha Zulkifli

“Dunia beri laluan kepada seorang lagi anak Malaysia,” tulis pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi di ruangan komen di Instagram.

“(Khairul Aming) sentiasa membanggakan Malaysia,” kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. - Getaran, 18 Mei 2023


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad