web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Resipi Mudah Untuk Dicuba Di Hujung Minggu

Hanya dengan 25 minit, masakan sudah sedia untuk dihidangkan. Silalah cuba! 

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2023 5:28PM

Gunakan hujung minggu anda untuk menghasilkan dua resipi mudah ini

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hujung minggu tiba lagi. Selain bermalas-malasan di rumah, inilah masanya untuk mengasah skil memasak. Jika anda masih ingat, baru-baru ini kami ada berkongsi artikel tentang kelebihan memasak yang boleh melegakan tekanan. 

Jadi, inilah masanya untuk anda mencuba tip ini. Lagipun dengan kos sara yang hidup yang semakin meningkat, memasak sendiri adalah salah satu cara untuk berjimat. Paling penting, boleh pilih menu kegemaran masing-masing. 

Berikut adalah dua resipi mudah yang disediakan oleh jenama sos premium Hamadaya yang mungkin anda gemari.

Pasta Jepun Dengan Cendawan

Pasta yang dimasak bersama kicap dan sos tiram Hamadaya ini memberikan cetusan rasa umami yang membuka selera.

MASA PERSEDIAAN: 10 minit

MASA MEMASAK: 15 minit

SAIZ HIDANGAN: 2 orang

Bahan-bahan

120 gram pasta ‘angel hair’

1 periuk air

½ sudu besar garam

1 pek cendawan shimeji Jepun

2 sudu besar minyak zaitun

50 gram bawang kuning, dikisar

1 ulas bawang putih, dikisar

1 sudu kecil mentega tanpa garam

50 ml air pasta

1 ½ sudu besar Hamadaya Japanese Soy Sauce

1 sudu kecil Hamadaya Japanese Oyster Essence Sauce

Cara penyediaan

1. Satukan Hamadaya Japanese Soy Sauce dan Hamadaya Japanese Oyster Essence Sauce di dalam satu bekas. Gaul rata, dan ketepikan.

2. Bersihkan dan buang batang bawah cendawan shimeji Jepun dan asingkan.

3. Didihkan air di dalam periuk, masukkan garam. Masak pasta selama 2 minit atau mengikut arahan di pek.

4. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis hingga naik bau.

5. Masukkan cendawan shimeji Jepun dan tumis sehingga lembut. Masukkan campuran sos. Cairkan mentega tanpa garam ke dalam cendawan.

6. Masukkan pasta dan air pasta yang telah dimasak ke dalam sos kemudian masukkan bawang besar yang dihiris.

7. Tos hingga rata dan sedia untuk dimakan.

Salad Quinoa Edamame ini bukan sahaja lazat, malah ia juga mengenyangkan
Salad Quinoa Edamame ini bukan sahaja lazat, malah ia juga mengenyangkan

Salad Quinoa Edamame

Rendah lemak, cepat dan ringkas. Salad quinoa edamame ini merupakan hidangan sihat yang sangat sempurna untuk mereka sedang berusaha menurunkan berat badan.

MASA PERSEDIAAN: 15 minit

MASA MEMASAK: 10 minit

SAIZ HIDANGAN: 2 - 3 orang

Bahan-bahan

200 gram Quinoa, dimasak mengikut arahan pada pek

40 gram lobak merah, dihiris nipis

40 gram isi jagung

50 gra timun Jepun, dihiris nipis

8 biji tomato ceri, dibelah dua

40 gram Edamame

20 gram kobis ungu, dihiris halus

Untuk hiasan – sekeping rumpai laut dihiris halus dan 10 gram kepingan bonito

Untuk dressing (sos) :

60 gram mayonis

25 gram halia, diparut

2 sudu besar Hamadaya Japanese Reduced Salt Soy Sauce

Cara penyediaan

1. Campurkan bahan-bahan untuk sos di dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati. Ketepikan.

2. Campurkan kesemua bahan lain ke dalam mangkuk berasingan dan gaul rata.  

3. Taburkan rumpai laut dan kepingan bonito di atasnya sebagai hiasan.

4. Sedia untuk dihidangkan. Jangan lupa campurkan salad dengan sos yang disediakan tadi.

Selamat menjamu selera! - Getaran, 6 Ogos 2023

Foto : Hamadaya

Isu Pada

Bicara Hati Halim Othman

12 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi