web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hidup Ini Satu Pengorbanan, Jadi Jangan Mengeluh

Setinggi mana pun pengorbanan yang perlu anda lakukan, sudah pasti tidak sehebat pengorbanan yang perlu dilakukan oleh junjungan Nabi Ibrahim A.S. 

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 8:24PM

Apabila melakukan pengorbanan, kita hendaklah ikhlas melakukannya hanya kerana Allah SWT semata, bukan kerana yang lain. - Gambar fail

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Hidup ini perlukan pengorbanan”- itu kata-kata yang sering kita dengar. Setiap yang bernyawa pasti melalui situasi yang memerlukan pengorbanan demi kelangsungan hidup. 

Kadangkala pengorbanan yang perlu dilakukan bukan kepalang dan amat pedih untuk dihadapi. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walau sekeras mana pun ujian daripada Allah, sebagai hamba taat, kita perlu ingat setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Sebesar mana pun pengorbanan yang perlu anda lakukan, masih jauh berbanding pengorbanan junjungan Nabi Ibrahim AS. - Gambar hiasan Pexels
Sebesar mana pun pengorbanan yang perlu anda lakukan, masih jauh berbanding pengorbanan junjungan Nabi Ibrahim AS. - Gambar hiasan Pexels

Setinggi mana pun pengorbanan yang perlu anda lakukan, sudah pasti tidak sehebat pengorbanan yang perlu dilakukan oleh junjungan Nabi Ibrahim AS. 

Kalau diperhatikan bagaimana Nabi Ibrahim yang tidak memiliki anak sehingga dikatakan berusia 89 tahun, lalu dikurniakan anak-anak bernama Ismail dan Ishak, tiba-tiba diarahkan untuk meninggalkan isterinya Saidatina Hajar dan anaknya, Ismail di padang pasir Mekah yang kering kontang. 

Setelah Ismail meningkat remaja, Allah uji lagi Nabi Ibrahim dengan memerintahkan pula untuk menyembelih anak kesayangannya itu. Biarpun sangat kasihkan Ismail, Nabi Ibrahim patuh dengan perintah Allah dan sanggup mengorbankan anaknya itu. Namun, Allah akhirnya menggantikannya dengan seekor kibas. 

Inilah rentetan pengorbanan Nabi Ibrahim AS dalam kehidupan baginda dan pastinya pengorbanan Baginda itu tidak akan sia-sia di sisi Allah SWT. Hingga hari ini apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim diikuti oleh seluruh umat Islam dengan menunaikan ibadah korban.

Ibadah korban adalah bukti kesyukuran kita kepada Allah SWT. - Gambar oleh Azim Rahman
Ibadah korban adalah bukti kesyukuran kita kepada Allah SWT. - Gambar oleh Azim Rahman

Ibadah korban itu adalah sebagai bukti kesyukuran kita kepada Allah serta melatih diri agar sanggup berkorban demi Allah.

Apabila kita melakukan pengorbanan, kita hendaklah ikhlas melakukannya hanya kerana Allah SWT semata, bukan kerana yang lain. Apabila kita lakukan kerana Allah, Allah akan memberi kita kekuatan untuk melaksanakannya. 

Nabi Allah Ibrahim kuat ketika meninggalkan anak dan isteri kesayangannya, Siti Hajar juga kuat ketika mendengar mereka diperintahkan oleh Allah untuk ditinggalkan di padang pasir sehingga Hajar berkata “Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan kami”. 

Nabi Ismail juga kuat apabila mendapat tahu Allah memerintahkan ayahnya untuk menyembelihnya dengan berkata “Lakukanlah wahai Ayahanda apa yang Ayahanda diperintahkan dan nescaya Ayahanda akan mendapati aku di kalangan orang yang sabar,” (Surah al-Saffat, 102). Ini semua dapat dilakukan kerana keikhlasan mereka dalam mencari keredhaan Allah SWT.

Dalam kehidupan seharian, kita juga perlu ikhlas dalam melakukan setiap perkara. Jangan suka mengungkit perkara-perkara yang telah anda lakukan. Jika anda sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak kecil yang perlu dijaga, mungkin anda perlu mengorbankan kerjaya untuk memastikan kebajikan anak-anak terjaga. 

Jangan anggap pengorbanan anda itu sia-sia kerana besar pahala yang menunggu anda di akhirat nanti. Begitu juga pengorbanan yang perlu dilakukan demi kesihatan ibu dan ayah.  Mungkin anda perlu korban masa dan wang ringgit untuk memastikan ibu dan bapa mendapat rawatan yang terbaik. Jangan mengeluh kerana itu semua adalah ujian daripada Allah. Allah mahu melihat sejauh mana ketaatan kita kepada Allah SWT.

Orang yang mampu bersabar dalam menghadapi ujian hidup, nescaya Allah SWT akan memurahkan rezeki melimpah ruah baginya. - Gambar hiasan Pexels
Orang yang mampu bersabar dalam menghadapi ujian hidup, nescaya Allah SWT akan memurahkan rezeki melimpah ruah baginya. - Gambar hiasan Pexels

Anggaplah pengorbanan anda itu satu ibadah. Dengan adanya perasaan sebegini maka kita akan mampu mengawal diri agar tidak mudah merasa kecewa dan marah. Ambil iktibar, hidup ini penuh dengan ujian yang menuntut pengorbanan. 

Orang yang baik dan soleh Allah SWT akan sentiasa uji dengan pelbagai ujian. Namun, tidak perlu gusar kerana ujian-ujian tersebut hanya sementara sifatnya, dan selepas itu Allah SWT akan memberikan kesenangan pula kepadanya sepertimana Firmah Allah SWT mafhumnya:

“Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kesenangan, bersama kesulitan itu ada kesenangan…” (Surah al-Insyirah, ayat 6-7). 

Orang yang mampu bersabar dalam menghadapi ujian hidup, nescaya Allah SWT akan memurahkan rezeki melimpah ruah baginya dan memberkati rezeki yang dia berikan itu. 

Hidup ini adalah suatu pengorbanan dan ujian dan beruntunglah bagi mereka yang tidak mengeluh apabila berhadapan dengan ujian-ujian ini dan redha dengan apa yang Allah SWT anugerahkan sama ada baik mahupun buruk. - Getaran, 25 Jun 2023 

Rujukan: ikimfm.my 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

24 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Korban Nahas Kuala Krai Meningkat 4 Orang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Selepas Ular, 6,850 Kura-Kura Hidup Dirampas Dari Bagasi Penumpang AirAsia Ke India

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Korban di Sudan Meningkat Kepada 528 Orang

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi