web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas 5 Kenderaan: 4 Sekeluarga Maut, 2 Cedera

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2026 5:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat sekeluarga dari Terengganu maut dalam satu kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan berhampiran Penjara Simpang Renggam tengah hari tadi, antara nahas yang disifatkan terburuk di Johor tahun ini. 

Nahas yang berlaku di Jalan Renggam–Simpang Renggam sekitar jam 1 tengah hari itu melibatkan sebuah Toyota Vios, Perodua Alza, Proton Wira, Mercedes-Benz dan BMW.

Kesemua empat mangsa yang maut berada dalam Toyota Vios dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Mereka dikenal pasti sebagai Semek Mat Soh, 73; Aiman Mohd Rashid, 36; Nor Azlina Abd Latip, 33; dan Nur Airish Syifa Sidek, 10.

Difahamkan, semua mangsa merupakan penduduk Taman Setia, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.

Nahas berkenaan turut mengakibatkan seorang daripada mangsa tercampak keluar dari kenderaan, sebelum jatuh ke atas bumbung sebuah Mercedes-Benz yang turut terlibat dalam insiden tersebut.

Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Ismail Mamat, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.16 petang sebelum lima anggota ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati kemalangan membabitkan lima buah kenderaan,” katanya.

Getaran diberitahu, nahas turut mencederakan dua individu lain iaitu pemandu Perodua Alza, Husnizam Hisamudin, 38, serta pemandu BMW yang identitinya masih belum dikenal pasti.

Sementara itu, lima lagi individu terselamat tanpa mengalami kecederaan serius, terdiri daripada pemandu Proton Wira, Muhammad Amirul Hazim Misnon, 22, serta empat penumpang Mercedes-Benz iaitu Mohd Azhar Ahmad, 63; anaknya Muhammad Hariz Mohd Azhar, 23; Rahimar A. Rahman, 57; serta seorang penumpang wanita yang identitinya masih belum disahkan.

Pasukan bomba dan penyelamat telah mengawal keadaan di lokasi kejadian serta membantu operasi mengeluarkan mangsa, manakala pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Setakat ini, perincian kejadian yang membawa kepada tragedi tersebut masih dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.

Rakaman video di lokasi kejadian boleh disaksikan di pautan https://www.facebook.com/share/r/1NgmueVrkh/?mibextid=wwXIfr - Getaran, 1 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

4

Politik 5 hari yang lalu

Bersama Hanya Pemecah Undi, Beri Kelebihan Kepada BN - Tony Pua

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad