web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Jenama Hasilkan Produk Dan Perkhidmatan Edisi Pertabalan Raja Charles III

Kenali tiga jenama yang mengambil langkah mengeluarkan produk edisi khas Raja Charles III sebagai lambang penghormatan sempena pertabalan Raja Britain baru-baru ini.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 10:03AM

Majlis Pertabalan King Charles III - Gambar AFP via Getty Images

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Acara pertabalan Raja Charles III atau nama sebenarnya Charles Philip Arthur George sebagai Raja Britain berikutan pemergian mendiang ibunya, Ratu Elizabeth II baru-baru telah menjadi tumpuan dunia. 

Majlis yang menjadi tumpuan dunia ini secara tidak langsung telah mendorong beberapa jenama barangan dan perkhidmatan diluar sana untuk menghasilkan produk edisi khas Raja Charles III.

Berikut adalah beberapa jenama yang terlibat dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan sebagai lambang penghormatan kepada raja tersebut dan sempena mengingati peristiwa bersejarah ini.

 

Cadbury

Gambar Yahoo Finance
Gambar Yahoo Finance

Siapa yang tidak kenal dengan jenama coklat Cadbury yang digemari ramai dan memiliki pasaran yang besar sama ada dalam mahupun luar negara. Syarikat manisan yang berasal dari England ini telah mencipta coklat replika mahkota yang boleh dimakan untuk meraikan pertabalan Raja Britain.

Ia direka menyerupai mahkota St Edward yang merupakan perhiasan di atas kepala raja untuk dipakai ketika pertabalan raja British. Difahamkan bahawa mahkota tersebut dihasilkan pembuat coklat Dawn Jenks dan Donna Oluban. 

Proses pula pembuatannya mengambil masa selama dua hari untuk disiapkan dan coklat mahkota tersebut kebanyakannya menggunakan bahan susu dan coklat putih.

Untuk menambahkan lagi sentuhan kemewahan dan eksklusif pada coklat replika ini, kedua-dua pembuat manisan tersebut telah menghiaskannya dengan salutan emas berkilauan pada bahagian permukaan luaran dan ia masih boleh dimakan.

 

Tomato Heinz 'Kingchup'

Gambar laman web Heinz
Gambar laman web Heinz

Jenama yang terkenal dengan pelbagai jenis perasa sos iaitu Heinz pula telah untuk mengolah perkataan 'Ketchup' di label botol sos menjadi 'Kingchup' sempena pertabalan Raja Britain ini.  

Malah, pihak Heinz juga memaklumkan bahawa botol sos pertama edisi khas ini telah dihantar kepada raja tersebut sebagai tanda penghormatan kepada beliau. Ini termasuklah beberapa produk mereka yang lain bagi meraikan acara yang cukup istimewa tersebut.

Uber

Gambar Telegraph.co.uk
Gambar Telegraph.co.uk

Sungguhpun perkhidmatan Uber sudah tidak digunakan di rantau Asia Tenggara, namun ia masih aktif di beberapa buah negara lain. Syarikat aplikasi perkhidmatan pengangkutan ini juga tidak melepaskan peluang dengan melancarkan sebuah kenderaan khas yang dikenali sebagai ‘coronation carriage' (kenderaan pertabalan).

Ia disertakan bersama seorang pemandu dan sepasukan empat ekor kuda putih yang boleh dinaiki oleh penduduk London. Perkhidmatan tersebut digunakan pada 3 hingga 5 Mei iaitu minggu pertabalan tersebut berlangsung.  

Penduduk di sekitarnya berpeluang merasai pengalaman kenderaan rekaan diraja ini yang dilengkapi dengan hiasan dalaman baldu merah mewah, manakala bahagian luarnya dicat emas sepenuhnya serta perhiasan yang cantik-cantik.

Pengenalan gerabak itu adalah percubaan untuk menyerlahkan lagi rangkaian perkhidmatan Uber yang semakin berkembang termasuk bot, kereta api nasional dan banyak lagi sebagai kenderaan di bawah Uber. - Getaran, 13 Mei 2023 

Sumber: Interactive.com

Isu Pada

Aishwarya Rai - Aura Nandini dan ‘Women Empowerment’

13 May 2023

Berita Berkaitan

1

Selera 1 tahun yang lalu

Ukir Senyuman Yang Tersayang Dengan Kemanisan Coklat

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Terima Sentuhan Peribadi Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rakyat Perpeluang Lihat Alat Kebesaran Diraja Sempena Pertabalan Agong

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Istana Negara Adakan Majlis Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Agong Ke-17

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini