web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ukir Senyuman Yang Tersayang Dengan Kemanisan Coklat

Cadbury Dairy Milk menyemarakkan semangat memberi rakyat Malaysia dengan kempen ‘Untukmu, Ku Akan’ 

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2024 9:23PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ada banyak cara untuk menunjukan kasih-sayang atau mengukir senyuman di wajah yang tersayang. Tidak semestinya perlu berhabisan atau berbelanja besar untuk tujuan itu, kerana usaha kecil juga mampu mencipta kebahagiaan. Asalkan ia dilakukan dengan seikhlas hati.

Setiap hari, ada sahaja peluang untuk kita membahagiakan keluarga, rakan, bahkan orang yang tidak dikenali. Jadi, sejauh mana anda harungi untuk mengukir senyuman yang tersayang?

Justeru, Cadbury Dairy Milk Malaysia melancarkan kempen ‘Untukmu, Ku Akan’ bagi meraikan sifat pemurah rakyat Malaysia dalam melakukan sekecil-kecil kebaikan yang mampu mengeratkan hubungan sesama kita. 

Inilah sebahagian daripada komitmen berterusan Cadbury Dairy Milk untuk memupuk semangat memberi dengan menggalakkan rakyat Malaysia untuk sama-sama mengekspresikan janji ‘Untukmu, Ku Akan’.

Tidak kiralah sekecil mana sekalipun ‘pengorbanan’ itu, seperti tidak keluar rumah untuk meluangkan masa bersama atuk dan nenek yang tercinta, atau mengurangkan masa melayari media sosial untuk membantu adik menyiapkan kerja sekolah. 

Ia juga semudah membancuh secawan kopi panas untuk rakan sekerja yang kelihatan lesu, atau menemani insan tersayang menghadiri sesuatu acara walaupun ia membosankan.

Pengarah Pemasaran Mondelez Malaysia, Singapura, Mei Sin See, berkata, menerusi kempen ‘Untukmu, Ku Akan’,pihaknya ingin meraikan kebaikan yang sedia tertanam dalam masyarakat dan membudayakan keprihatinan terhadap orang lain. 

“Sama ada mengorbankan masa kita, melakukan sesuatu perkara bermakna untuk orang lain, ataupun keluar dari zon selesa kita untuk mengukir senyuman mereka, sekecil mana sekalipun kebaikan yang dilakukan, ia mampu mencetuskan kegembiraan dan perubahan yang bermakna dalam kehidupan kita serta orang di sekeliling.

“Kami percaya bahawa ada banyak lagi kebaikan yang sedia untuk dikongsikan bersama oleh rakyat Malaysia,” ujar Sin See.

Laman khusus kempen (Cadbury.com.my/messages) membolehkan rakyat Malaysia berkongsi cara mereka membahagiakan orang lain dengan mengekspresikan janji‘Untukmu, Ku Akan’ secara terus pada bungkusan coklat Cadbury Dairy Milk untuk insan-insan tersayang. 

Cadbury Dairy Milk juga telah menghasilkan satu siri filem pendek dan papan iklan yang memaparkan senario cara rakyat Malaysia membahagiakan antara satu sama lain bagi mencetuskan inspirasi kepada rakyat Malaysia yang lain untuk turut sama bermurah hati. 

Bagi menyemarakkan lagi kempen ini, beberapa pempengaruh popular juga akan membuat komitmen mereka bagi menginspirasikan penonton untuk meluangkan masa dan mengeratkan silaturahim dengan insan-insan tersayang. - Getaran, 3 September 2024

Foto : Cadbury

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 3 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 4 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 4 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang