Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Tip Penjagaan Barang Antik

Sesetengah barang antik boleh mencecah harga jutaan ringgit kerana nilai dan kelangkaannya. 

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 6:00PM

Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Barang antik merujuk kepada barang yang berasal dari zaman dahulu atau lampau sebagai perbandingan dengan zaman moden.

Barang antik juga dianggap mempunyai nilai kerana kepentingan estetik atau sejarahnya, dan sering ditakrifkan sebagai sekurang-kurangnya 100 tahun (atau beberapa had lain), walaupun istilah itu sering digunakan secara longgar untuk menerangkan sebarang objek yang sudah lama.

Sesetengah barang antik boleh mencecah harga jutaan ringgit kerana nilai dan kelangkaannya. 

Kata antik berasal daripada bahasa Latin iaitu anntiqus yang bermaksud tua.

Terdapat sesetengah individu yang sanggup berhabis wang untuk mendapatkannya kerana nilai sentimental yang ada pada barang tersebut. 

Namun bagaimanakah cara untuk mengekalkan struktur dan ketahanan sesebuah barang antik supaya tidak dimamah usia?

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi lima tip penjagaan barang antik supaya ia bertahan dengan lebih lama dan kekal cantik.

Lindungi Barang Antik Dari Unsur Bahaya

Unsur bahaya yang dimaksudkan merujuk kepada lokasi barang antik diletakkan. 

Elakkan ia dari berada di posisi laluan orang ramai supaya barang tersebut tidak dilanggar dan menyebabkan ia jatuh pecah atau rosak. 

Selain itu, kedudukan barang tersebut juga perlu jauh daripada unsur haba panas. Keadaan ini boleh menyebabkan barang antik yang diperbuat terutamanya daripada bahan kayu seperti perabot menjadi kering seterusnya merekah.

Ini termasuklah pancaran matahari secara terus kerana sinaran tersebut boleh memudarkan dan mencacatkan warna antik pada permukaan objek itu.

Bersihkan Habuk Dan Debu

Membersihkan habuk dan debu yang jatuh melekat di permukaannya perlu diterapkan selalu. 

Malah terdapat sesetengah penggemar membersihkannya setiap hari untuk menjaga kualiti dan kekemasan barang yang dipamerkan.

Pastikan anda menggunakan kain lap yang lembut dan bersih semasa melakukan proses ini untuk mengelakkan ia daripada tercalar. 

Adalah lebih baik jika tidak mencampurkan kain tersebut untuk penggunaan yang lain dan mengkhususkannya untuk mengelap barang antik sahaja.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

 

Elakkan Daripada Semburan Air dan Minyak

Mungkin ramai yang tidak mengetahui semburan air dan minyak boleh mencacatkan permukaan sesetangah barang antik. 

Terutamanya semburan yang mengandungi bahan silikon boleh menjadikan objek atau perabot tersebut nampak kusam serta usang.

Minyak pula boleh menyebabkan permukaan kayu itu meresap ke dalam ira kayu lalu teroksida dan menjadikan ia kusam serta hitam. 

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Penggunaan Syelek Atau ‘Wax’

Syelek atau ‘wax’ adalah antara bahan yang sering kali dipakai oleh pengumpul atau pemilik barang antik. 

Ia boleh disapukan pada barang untuk mengekalkan warna antik serta menjadikan ia tahan lama. 

Hasilnya, brang antik akan lebih utuh dan berkualiti  walaupun sudah menjangkau usia yang lama.

Pastikan ia dibersihkan terlebih dahulu dengan sempurna sebelum bahan ini disapu bagi mengelakkan habuk atau debu yang melekat bersama. 

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Elakkan Penggunaan Bahan Pengilap Besi

Sesetengah barang antik mempunyai kombinasi pemasangan bahan besi seperti almari baju, tombol pintu, penyangkut baju dan seumpamanya.

Untuk mengekalkan sesebuah kualiti barang antik, jangan gunakan bahan pengilap besi pada permukaan kayu. 

Ini kerana ia bersifat menghakis gara-gara tindak balas kimia pada kayu dan boleh mencemarkan kualiti barang antik tersebut. 

Adalah lebih baik untuk mengasingkan atau menutup bahagian kayu dengan satu lapisan lain ketika mengilap bahan besi agar tidak terkena pada permukaan kayu. - Getaran, 29 Jun 2022

Sumber: skicountryantiques.com

Berita Berkaitan

1

Budaya 8 bulan yang lalu

Kayuh Basikal Klasik Dihiasi Jalur Gemilang Bangkit Semangat Patriotik

2

TARA 10 bulan yang lalu

Kereta Klasik Beetle, Van Kombi Volkswagen Kini Koleksi Berharga

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Ne-Yo Bawa Peminat Berparti, Mengimbau Kembali Lagu-Lagu R&B Dan Club Music Nyanyiannya Yang Klasik

4

Selera 1 tahun yang lalu

Kopi Jiran Imbau Nostalgia Zaman Dahulu

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY

Jelajah 4 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

Diiktiraf sebagai pertunjukan lampu hiasan terbesar di Malaysia, Luna Lights Wonderland meneruskan siri jelajah dan kini tiba di Terengganu 

oleh Wartawan Getaran