web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kereta Klasik Beetle, Van Kombi Volkswagen Kini Koleksi Berharga

Walaupun usia kenderaan sudah menjangkau beberapa dekad lamanya, ia masih gah melalui jalan raya kerana penyelenggaraan kenderaan jenis mekanikal itu lebih murah dan mudah berbanding kenderaan yang ada elektronik.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 8:12AM

Setiap kenderaan klasik Volkswagen sama ada jenis Kombi atau Beetle mempunyai daya tarikan tersendiri bergantung kepada cara “olahan” pada dalaman dan luaran kenderaan - Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pernah popular dan menjadi pilihan di serata dunia kira-kira era 60-an hingga 70-an, kereta jenis Beetle dan van Kombi daripada pengeluar kereta utama Jerman, Volkswagen itu kini menjadi koleksi berharga dan kebanggaan bagi setiap pemiliknya.

Tidak hairanlah sekiranya ia dibaik pulih, diubah suai dengan cara yang betul dan ditambah pula dengan aksesori tertentu yang mampu menaikkan imej supaya tampil lebih klasik, retro sehingga nilainya boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

Berkongsi hobi itu kepada Bernama, pemilik kereta klasik Beetle, Zarak M. Zaim, 47, berkata kenderaan itu sememangnya telah menjadi ikonik dunia, sehinggakan kereta Beetle digunakan dalam filem Hollywood seperti Herbie The Love Bug dan Transformers.

Beliau berkata setiap kenderaan klasik Volkswagen sama ada jenis Kombi atau Beetle mempunyai daya tarikan tersendiri bergantung kepada cara “olahan” pada dalaman dan luaran kenderaan setiap pemiliknya untuk meningkatkan lagi nilai estetika pada sesebuah kenderaan yang telah lama.

“Peminat kereta klasik Volkswagen ini ada pelbagai kategori antaranya ada yang sukakan original, restomod, karat dan racing bergantung kepada minat dan idea pemilik kereta masing-masing. Sekiranya mementingkan aspek original, pemiliknya sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan alat ganti yang tulen.

“Jadi, setiap kategori itu mempunyai tarikan yang akan menjadi identiti kepada pemiliknya sekali gus menjadi perhatian ramai setiap kali memandu di atas jalan raya,” katanya ketika ditemui pada acara LowLife VW Malaya edisi kedua baru-baru ini.

Sekiranya mementingkan aspek original, pemilik kenderaan sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan alat ganti yang tulen - Gambar Hiasan Unsplash
Sekiranya mementingkan aspek original, pemilik kenderaan sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan alat ganti yang tulen - Gambar Hiasan Unsplash

Zarak yang berasal dari Ampang, Selangor turut memaklumkan walaupun usia kenderaan berkenaan sudah menjangkau beberapa dekad lamanya, ia masih gah melalui jalan raya kerana penyelenggaraan kenderaan jenis mekanikal itu lebih murah dan mudah berbanding kenderaan yang ada elektronik.

Seorang lagi pemilik kereta Beetle, Muhammad Fathullah Azmi, 34, berkata kemahuannya untuk memiliki kereta berkenaan kerana mahu menjaga tradisi kereta klasik supaya tidak hilang ditelan zaman bagi tatapan generasi muda.

“Walaupun diakui pemanduan kereta sekarang lebih selesa, memandu kereta klasik seperti Beetle ini mempunyai ‘aura’ tersendiri pada handling dan suspension, ia tidak akan sama dengan kereta lain,” katanya.

Sementara itu, pemilik van Kombi Aizat Abd Rahman, 34, pula berkata beliau sanggup menghabiskan RM70,000 untuk melakukan ubah suai dan restorasi pada van Kombi yang dibelinya supaya ia kelihatan menarik, selesa dan sesuai untuk perjalanan jarak jauh bersama seisi keluarga ketika melancong.

“Van saya ini van lama yang dibeli pada harga RM65,000. Bagi menambah keselesaan, saya lakukan ubah suai seperti tambah penyaman udara, sistem bunyi, ubah suai dalaman dan enjin yang sesuai untuk touring.

“Kini, apabila saya memandu ke mana-mana sahaja ia sentiasa menjadi perhatian ramai seolah-olah sebuah muzium bergerak. Ada yang membunyikan hon dan mahu bergambar dengan van. Apabila melihat orang lain gembira dengan apa saya buat, saya rasa puas,” ujarnya yang telah berjaya memandu vannya itu ke Pattaya dan Bangkok, Thailand tanpa sebarang masalah. - Bernama

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

10 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 tahun yang lalu

Kayuh Basikal Klasik Dihiasi Jalur Gemilang Bangkit Semangat Patriotik

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Ne-Yo Bawa Peminat Berparti, Mengimbau Kembali Lagu-Lagu R&B Dan Club Music Nyanyiannya Yang Klasik

3

Teknovasi 3 tahun yang lalu

5 Tip Penjagaan Barang Antik

4

TARA 4 tahun yang lalu

VW Passat Elegance 2.0TSI – Nampak Biasa Tetapi Berkuasa!

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini