Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


VW Passat Elegance 2.0TSI – Nampak Biasa Tetapi Berkuasa!

Baca ulasan lanjut mengenai Volkswagen Passat Elegance dari Shazreeq Alhadi.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 8:59AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada setahun yang lalu, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan VW Passat Elegance 2.0 TSI, model kesinambungan daripada VW Passat B8 yang telah berada di pasaran sejak 2016.

VW Passat Elegance ini atau dikenali sebagai model Passat B8.5 merupakan model facelift. Di atas kertas, apa yang kita ketahui adalah versi ini merupakan versi 'downgrade' daripada VW Passat B8 HL dan versi 'upgrade' daripada VW Passat B8 CL.

Dalam pemahaman mudahnya, VPCM mengecilkan opsyen pemilihan, pembeli hanya mempunyai satu pilihan sahaja, VW Passat Elegance.

Sebagai pemilik model terdahulu, saya terpanggil untuk memandu uji VW Passat Elegance kerana perasaan ingin tahu amat tinggi. Ihsan daripada rakan di VW Hicom Auto, Zaharruddin Abe, saya dapat memandu uji.

 

PRESTASI DAN PEMANDUAN

Apa yang boleh saya katakan di sini, ya, jentera ini sangat berkuasa. Kuasanya dijana oleh unit enjin EA888 gen-3 (yang digunakan oleh kesemua platform MQB) 2.0 liter turbocas empat-silinder.

Enjin ini menghasilkan 190 PS dari 4,180 hingga 6,500 rpm dan 350 Nm antara 1,500 dan 4,180 rpm. Meskipun mempunyai pengurangan 30 PS daripada versi terdahulu, daya pecutan yang dimiliki amat memberangsangkan.

Pecutan dari 0 hingga 100km/j memerlukan 7.9 saat adalah sesuatu yang boleh diterima, memandangkan ini adalah jentera sedan segmen D.

Kuasa yang dijana oleh enjin 4 silinder ini mampu memberikan anda pengalaman pemanduan yang mengujakan, ditambah dengan kotak gear direct shift klac berkembar basah DSG 7-kelajuan untuk memacu dua roda hadapan.

Sistem suspensi yang lembut juga membantu meningkatkan prestasi pemanduan.

Gabungan suspensi MacPherson Strut (depan) dan Multi-Link (belakang) memberi kelebihan dalam pemanduan lebih-lebih lagi dengan penggunaan tayar Continental ContiMaxContact MC5 bersaiz 235/45 R18.

Untuk penggunaan petrol pula, ianya serendah 6.5 liter/100 km (mengikut risalah yang diberikan).

Untuk pengalaman pemanduan, saya dapat rasakan kekurangan sedikit apabila sistem Dynamic Chassis Control (DCC) tidak didatangkan untuk VW Passat Elegance ini.

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan prestasi.

KESELAMATAN

Sama seperti kebanyakkan model MQB yang lain, VW Passat Elegance ini dilengkapi dengan sistem-sistem keselamatan bertaraf antarabangsa.

Ia dilengkapi dengan rangkaian bantuan pemandu untuk melindungi penumpang. Ini termasuklah ciri Lane Assist, Side Assist dan Driver Alert system bagi memastikan setiap perjalanan kekal selamat.

Ciri Rear Cross Traffic Alert memberi amaran objek yang mendekat dalam sudut 180 darjah, pada jarak sehingga 50 meter dengan kelajuan mencecah 12km/j ketika kereta diundur.

Apa yang kurang pada Passat Elegance ialah sistem keselamatan autonomi (ADAS) yang digugurkan. Tidak ada sistem brek kecemasan autonomi atau kawalan pengekalan dalam lorong.

Ciri keselamatan standard pada Passat Elegnace seperti Electronic Stability Control (ESC), sistem brek anti-kunci (ABS), Brake Assist (BA) dan Hill Assist.

Sistem Pemantauan Tekanan Tayar berperanan memantau tekanan setiap tayar, serta ia dilengkapi dengan enam unit beg udara. Tidak lupa juga, 'Reverse Camera' juga didatangkan untuk kemudahan pemanduan.

KABIN

Ruangan kabin sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan kereta VW Passat B8 milik saya.

Ruang kabin amat selesa dengan balutan kulit pada kerusi serta stereng dan sentuhan futuristik menambahkan kehebatan reka bentuk kabin. Tempat duduk ErgoComfort dibalut dengan sempurna oleh kulit Vienna.

Pemandu turut ditawarkan dengan ciri bantuan pemandu yang juga inovatif, intuitif dan boleh diubah suai.

Semua maklumat boleh diakses dengan mudah menerusi Digital Cockpit dan sistem infohibur Discover Pro (9.2 inci) yang kini menawarkan ketersambungan Apple CarPlay tanpa wayar.

Cuma agak sedih buat pengguna Android, Android Auto masih memerlukan sambungan kabel. Pemandu boleh mengakses maklumat pemanduan menerusi enam pilihan skrin dan lebih 30 gabungan, ini termasuklah navigasi 2D dan 3D serta paparan peta penuh 100%.

Suasana mewah ruang kabin ditingkatkan dengan lampu ambien bersama pilihan 30 warna yang boleh dilaras kepadatannya.

Sistem pendingin hawa ‘Climatronic’ tiga zon baharu juga boleh dikawal menerusi sentuhan pada panel kawalan. Konsol tengah direka khas dengan warna 'Piano Black'.

Tidak lupa juga, paddle shifters juga disertakan untuk pemanduan yang tangkas. Untuk ruangan penumpang belakang, terdapat juga aircond vents serta arm rest bersama pemegang cawan untuk penambahan keselesaan. 

 

REKA BENTUK

Jika diletak VW Passat B8 bersebelah dengan VW Passat Elegance ini, tidak nampak perbezaannya dari segi reka bentuk.

Gaya maskulin serta aerodinamik ditonjolkan dengan penambahan sudut-sudut elegan. Cuma lampu depan dan belakang serta bampar depan dan belakang diberi sedikit sentuhan pembaharuan.

Dilengkapi sistem lampu utama LED sepenuhnya, lampu hadapan itu juga dipasang dengan ciri Dynamic Cornering Lights.

Ia merupakan lampu terbaharu ciptaan VW yang dinamakan sebagai IQ Light LED. Lampu utama ini juga disertakan dengan DRL.

VW Passat Elegance juga dilengkapi dengan sepasang lampu belakang LED yang menarik dan bergaya, sambil meningkatkan keselamatan untuk bila-bila masa sepanjang hari.

Lampu belakang LED juga menggabungkan penunjuk dinamik dan pencahayaan khas. Ruangan but juga sangat luas (586 liter). Sebagai tambahan, ciri Easy Open and Easy Close membolehkan but dibuka tanpa sentuhan tangan dan but ditutup lebih perlahan.

Ini membolehkan pemandu untuk mengeluarkan barangan menggunakan kedua-dua belah tangan dengan lebih mudah. Tidak lupa juga, VW Passat Elegance tampak lebih bergaya dengan rim aloi 'Liverpool' berukuran 18 inci.

Harga bermula pada RM 182,878.64 dengan pengecualian cukai jualan sebelum insurans. Ia hadir bersama penyelanggaraan percuma selama tiga tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

Warna-warna yang ditawarkan: Aquamarine Blue, Deep Black, Oryx White, Manganese Grey, Reflex Silver dan Tamarind Brown.

Untuk lebih info, layari https://www.volkswagen.com.my/ atau berhubung terus dengan Zaharruddin Abe untuk tawaran lebih hebat. - Getaran, 9 Oktober 2021

Semua gambar: Shazreeq Alhadi

Isu Pada

Ummi Nazeera: Tak Pernah Berhenti

09 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 10 bulan yang lalu

Kereta Klasik Beetle, Van Kombi Volkswagen Kini Koleksi Berharga

2

TARA 1 tahun yang lalu

Nissan Akan Jual Kilang Selepas Memilih Untuk Keluar Dari Pasaran Rusia

3

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Tamat 30 Jun

4

Semasa 1 tahun yang lalu

3,725 Kenderaan Chevrolet, SAAB Di Malaysia Dipanggil Balik Bagi Penggantian Inflator Beg Udara

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi