web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3,725 Kenderaan Chevrolet, SAAB Di Malaysia Dipanggil Balik Bagi Penggantian Inflator Beg Udara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 2:46PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Chevrolet kini melancarkan kempen panggil balik melibatkan 3,725 unit kenderaan Chevrolet dan SAAB di Malaysia bagi menggantikan inflator beg udara pemandu Takata.

Syarikat automotif itu berkata model yang terlibat ialah Chevrolet Cruze (model 2010-2015), Chevrolet Orlando (2013-2015), Chevrolet Sonic (2013=2014), Chevrolet TRAX (2017) dan SAAB 9-3 (2007).

“Inflator beg udara pemandu ini mengandungi tablet bahan rejang PSAN (Ammonium Nitrat Fasa Distabilkan) yang tidak kering, yang mungkin mengalami perubahan selepas terdedah kepada suhu tinggi kitaran suhu siang dalam persekitaran kelembapan tinggi.

“Inflator mungkin pecah jika penjanaan gas melebihi keupayaan inflator untuk mengeluarkan gas,” menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.

Memandangkan Chevrolet tidak mempunyai pejabat di Malaysia pada masa ini, syarikat itu telah melantik dua rakan kongsi tempatan untuk menjalankan kempen tersebut.

Pembaikan panggil balik yang bermula hari ini dan secara percuma itu akan dikendalikan oleh pengedar sah Honda terpilih.

Sementara itu, Saphan9 Engagement, syarikat perunding komunikasi dan kandungan, telah dilantik untuk mengendalikan pengumuman, capaian pelanggan, aset digital, maklumat dan pengurusan data.

Pemilik yang terjejas digalakkan melayari laman mikro panggil balik Chevrolet di www.chevrolettakatarecallmy.com di mana mereka akan dibimbing mengenai langkah-langkah untuk pembaikan panggil balik beg udara itu.

Pemilik kenderaan juga boleh menghubungi +6011 3129 9963 atau +6011 3129 9965. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Honda Bakal Mengeluarkan Kenderaan EV Kategori Skuter Tidak Lama Lagi, Dapat Permintaan Tinggi Di Eropah

2

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Honda N-Van EV Bakal Diuji Sebagai Kenderaan Komersial Dan Dilancarkan Pada 2024 

3

Semasa 3 tahun yang lalu

3 Maut, 3 Cedera Kemalangan Di Sitiawan

4

TARA 3 tahun yang lalu

Nissan Akan Jual Kilang Selepas Memilih Untuk Keluar Dari Pasaran Rusia

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rosmah Mohon Doakan Najib Menjelang Prosedur Perubatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

oleh Sophia Ahmad