web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Honda N-Van EV Bakal Diuji Sebagai Kenderaan Komersial Dan Dilancarkan Pada 2024 

Van berkuasa elektrik hasil keluaran daripada kerjasama Honda Jepun dan Yamato Transport bakal diuji sebagai kenderaan komersial.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2023 8:00AM

Ia bakal diuji sebagai kenderaan komersial pada Jun sehingga Ogos tahun ini. - Gambar Honda

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebelum ini, penulis sering kali berkongsi artikel tentang kenderaan berkuasa elektrik (EV) khusus kepada kereta misalnya Tesla, Hyundai dan banyak lagi memandangkan kenderaan jenis ini sedang hangat di pasaran di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Kali ini penulis ingin berkongsi sebuah lagi jenis kenderaan yang sama namun ia bukanlah dalam bentuk kereta tetapi van!. Ya, sebuah van EV yang dikenali sebagai Honda N-Van EV hasil keluaran daripada kerjasama Honda Jepun dan Yamato Transport. Ia bakal diuji sebagai kenderaan komersial pada Jun sehingga Ogos tahun ini.

Usaha sama kedua syarikat dalam penghasilan van EV ini akan dinilai untuk menguji prestasi dan keberkesanannya dalam meminimumkan kesan terhadap alam sekitar untuk dijadikan sebagai kenderaan penghantaran.

Selain itu, antara komponen yang menarik yang dipasangkan dalam van ini ialah dua unit teknologi peti sejuk mudah alih kecil D-mobico khas untuk barangan sejuk beku dan ujian tersebut akan dijalankan di sekitar kawasan Suginami Ward (Tokyo), Utsunomiya City (Tochigi Prefecture) dan Kobe City (Hyogo Prefecture). 

Malah, D-mobico ini menggunakan teknologi bateri kecil dan tidak memerlukan sebarang ais kering untuk bekas tersebut kekal sejuk menjadikannya lebih mesra alam.

Pengujian van ini telah dilaksanakan dengan pelbagai keadaan persekitaran termasuklah pemanduan dan pengecasan di kawasan sejuk. Perkara ini bertujuan untuk memastikan ketahan dan keupayaan kenderaan tersebut untuk digunakan pada musim sejuk

Kelebihan lain yang ada pada reka bentuk Honda N-Van EV ini ialah saiz pintunya yang besar dan luas serta tempat duduk yang boleh dibaringkan rata atas lantai seterusnya menjadikan van ini boleh mengangkut pelbagai jenis muatan.

Akhir sekali, kenderaan ini mensasarkan kemampuan jarak gerak sejauh 200 km untuk sekali cas penuh dengan harga jualan bermula dari 1,000,000 yen (RM32,894) dan dijangka bakal dilancarkan pada 2024. Jadi inilah salah satu cabang baharu kenderaan EV yang akan menghangatkan lagi dunia automotif tidak lama lagi. - Getaran, 25 April 2023 

Sumber: Global.Honda

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

M’sia Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Wujud Pertumbuhan Mampan Dengan Bahrain - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

Sorotan

1

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

2

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

3

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

4

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

5

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

6

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

Disyorkan untuk anda

Gaya 3 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN