web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Drift' Hyundai Ioniq 5 N Bukan Setakat Lasak Di Lecak Tetapi Juga Mencengkam Permukaan Ais

Kenderaan elektrik (EV) keluaran Hyundai dengan teknologi mod pemanduan drift ini diuji di Hyundai Mobis Proving Ground iaitu di atas permukaan ais yang terletak di Arjeplog, Sweden.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 10:05AM

Kehangatan teknologi mod pemanduan drift ini menjadi buah mulut orang ramai apabila Ioniq 5 N ini diuji di Hyundai Mobis Proving Ground Sweden - Gambar ihsan Hyundai

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Impikan pengalaman drift bersama kereta kepunyaan anda sendiri? Pengeluar kereta dan kenderaan komersial dari Korea Selatan, Hyundai menghasilkan kenderaan elektrik (EV) mereka iaitu Ioniq 5 N yang memiliki mod pemanduan drift. Fuh, memang gempak!

Terlebih dahulu, jika anda lihat dari struktur binaan kereta lain jenis hatchback, Ioniq 5 N ini memiliki saiz yang lebih besar berbading model kenderaan hatchback yang lain.

Malah, model tersebut secara rasmi digelar sebagai crossover utility vehicle (CUV) di mana secara asasnya ia menggabungkan ciri kenderaan kategori SUV dan hatchback.

Kehangatan teknologi mod pemanduan drift ini menjadi buah mulut orang ramai apabila Ioniq 5 N ini diuji di Hyundai Mobis Proving Ground yang terletak di Arjeplog, Sweden sebelum dilancarkan pada Julai depan.

Bukan lecak, pasir atau tanah yang menjadi lapangan pandu uji untuk mod drift ini akan tetapi permukaan ais!.

Ya, ujian tersebut agak unik kerana ia dilaksanakan pada musim sejuk yang terletak berhampiran Garisan Artik dan menawarkan pelbagai keadaan permukaan berais untuk menguji cengkaman pada suhu di bawah 30 darjah Celsius.

IONIQ 5 N dipasangkan fungsi N Drift Optimizer iaitu mod khas untuk drift! Lazimnya teknik pemanduan seperti ini perlu memiliki kemahiran yang sangat tinggi untuk mengelakan sesebuah kenderaan itu tergelincir ketika membelok. Jadi, sistem ini dapat membantu pemandu menikmati aksi drift termasuk individu yang baru pertama kali mencubanya.

Selain itu, sistem tersebut mempunyai kemampuan untuk mengenal pasti cengkaman roda ini yang dilaraskan secara automatik terhadap daya kilasnya.

Dalam erti kata lain, pengendalian di selekoh dan pemanduan kelajuan tinggi di litar dapat dikawal dengan baik walapun dalam cuaca buruk seperti ais yang licin dan salji tebal.

Jadi Ioniq 5 N merupakan sebuah kenderaan EV yang sangat unik dan padu kerana memiliki teknologi mod pemanduan drift. 

Dengan kuasa kuda hp, tork 255 Nm, kapasiti bateri 77.4 kWh dan jarak gerak 430 KM, harga seunit Ioniq 5 N dijangkakan mencecah dari RM199,888 hingga RM259,888 mengikut varian yang ditawarkan.- Getaran, 8 April 2023

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

08 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Angkara Aksi Drift, Lelaki Ditahan

2

TARA 3 tahun yang lalu

Pentingnya Sistem Immobilizer Untuk Sesebuah Kereta, Jika Tidak Ia Mudah Dicuri Seperti Kia Dan Hyundai 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa