web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nissan Akan Jual Kilang Selepas Memilih Untuk Keluar Dari Pasaran Rusia

Pekerja di kilang terbabit akan menerima pampasan sehingga 12 bulan. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 10:00AM

Kilang Nissan di St Petersburg dibina pada tahun 2009. - Gambar dari motor1.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, telah menyebabkan pengeluaran kereta Nissan di negara itu tergendala dan operasinya sepatutnya disambung semula pada bulan September ini.

Menerusi pengumuman yang dibuat pada bulan lalu, penggantungannya dilanjutkan sehingga akhir 2022.

Namun, dalam perkembangan terbaharu pada bulan lalu, ia mungkin tidak akan berlaku juga kerana pembuat kereta kini telah memutuskan untuk keluar terus daripada pasaran Rusia.

Ini bermakna semua operasi tempatan di bawah Nissan Manufacturing Russia LLC (NMGR) akan dijual kepada NAMI, Institut Automobil dan Enjin Penyelidikan dan Pembangunan Pusat.

Bukan sekadar di bahagian pengeluaran dan kemudahan R&D di St Petersburg sahaja, malah ia termasuk pusat Pemasaran dan Penjualan yang terletak di Moscow. Ia akan dijual menggunakan nama yang berbeza di bawah pemilikan baharu.

Penjualan akan dijalankan dalam beberapa minggu akan datang dan pampasan 12 bulan gaji akan dibayar kepada pekerja yang terkesan.

Di dalam kontrak penjualan itu juga menetapkan Nissan mempunyai pilihan untuk membeli semula ke semua aset-aset mereka dalam tempoh enam tahun yang akan datang. 

Jadinya dalam tempoh sehingga 2029, terdapat kemungkinan Nissan akan kembali ke Rusia dan mengambil semula pemilikan terhadap entiti dan operasi kereta buatan mereka ini.

Keputusan itu dibuat susulan langkah sama yang diambil pakatan rakan kongsi Renault, yang menjual 67.7 peratus kepentingannya dalam Avtovaz - pembuat model Lada - kepada NAMI pada Mei. 

Pada masa yang sama syarikat automotif Perancis itu juga berkemungkinan akan membeli semula kepentingan dalam tempoh enam tahun akan datang.

Selain itu, terdapat juga khabar angin mengatakan Mitsubishi juga turut sedang memikirkan untuk keluar dari pasaran Rusia.

Kembali kepada Nissan, syarikat kenderaan ini mula menubuhkan kilangnya di St Petersburg pada tahun 2009. Pekerja yang bekerja di sana bertanggungjawab memasang model SUV X-Trail, Qashqai, dan Murano.

Rekod pembuatan ditubuhkan pada 2018 apabila 56,525 kenderaan dihasilkan, dengan lebih 350,000 unit siap pada awal 2019.

Susulan daripada keputusan untuk keluar daripada pasaran. Rusia, Presiden dan CEO Nissan, Makoto Ichida mengisytihar: “Bagi pihak Nissan, saya ingin berterima kasih kepada rakan sekerja Rusia di atas sumbangan kepada perniagaan ini selama bertahun-tahun.

“Kami tidak dapat meneruskan operasi di pasaran ini dan menemui jalan penyelesaian terbaik untuk menyokong kakitangan kami.” - Getaran, 16 Oktober 2022

Sumber: https://www.motor1.com/news/615552/nissan-exit-russia-sell-factory/

Isu Pada

I’m Ready To Romance - Theebaan G

15 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

REDLINE Fitness Games Powered By NISSAN Menguji Stamina, Janji Pengalaman Mendebarkan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Seorang Lelaki Maut Dalam Kemalangan Babitkan 3 Treler, 2 Kenderaan Di Slim River

3

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Tamat 30 Jun

4

Semasa 4 tahun yang lalu

3,725 Kenderaan Chevrolet, SAAB Di Malaysia Dipanggil Balik Bagi Penggantian Inflator Beg Udara

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi