Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


REDLINE Fitness Games Powered By NISSAN Menguji Stamina, Janji Pengalaman Mendebarkan

Pertandingan hebat untuk pengunjung gimnasium dan peminat aktiviti  kecergasan dengan peluang memenangi NISSAN Almera serba baharu

Gaya Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2023 8:29AM

REDLINE Fitness Games Powered by Nissan bakal berlangsung 23 hingga 24 September ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines. gambar Redline Fitness

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perhatian buat semua pengunjung gimnasium (gim) dan penggemar aktiviti kecergasan sekalian. Bersiap sedialah untuk pertandingan kecergasan berskala besar, REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN yang dinanti-nantikan dan bakal mengegarkan Malaysia buat julung kalinya.

Keterujaan mencapai kemuncaknya apabila pihak penganjur mengumumkan pemenang cabutan bertuah berpeluang membawa pulang NISSAN Almera serba Baharu.

Peserta berpeluang memenangi NISSAN Almera serba baharu. gambar Redline Fitness
Peserta berpeluang memenangi NISSAN Almera serba baharu. gambar Redline Fitness

Dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 24 September ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC), acara hebat ini bakal menjadi satu pertandingan kecergasan terbesar yang pernah diadakan di negara ini. Bertujuan untuk menguji dan mengukur tahap kecergasan, kesemua peserta boleh menjangkakan satu pengalaman yang mencabar, mendebarkan dan sukar untuk dilupakan.

“Kami merasa amat teruja untuk menganjurkan REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN yang pertama di Malaysia dan ia bakal menghimpunkan peminat kecergasan tempatan serta antarabangsa.

“Acara ini bukan sekadar satu pertandingan, malah ia adalah suatu pengalaman transformatif yang akan membakar semangat peserta, mencabar diri mereka untuk melangkaui had yang mereka tetapkan selama ini dan menemui ‘REDLINE’ masing-masing,” ujar Pengarah Acara REDLINE, Callum Meehan.

Pengarah Acara REDLINE, Callum Meehan. gambar Redline Fitness
Pengarah Acara REDLINE, Callum Meehan. gambar Redline Fitness

Menurut Meehan, sejak tiket penyertaan awal atau early bird dilancarkan bulan lalu, sambutan dan sokongan yang diterima adalah di luar jangkaan.

“Kami tidak sabar untuk menyaksikan keseronokan, tenaga dan semangat yang akan dibawa oleh peserta ke acara ini pada bulan September nanti.

“Di NISSAN, kami bukan sekadar pengedar kereta. Kami juga membawakan keceriaan, keyakinan dan senyuman kepada setiap pemandu untuk menikmati keseronokan baharu dalam setiap perjalanan.

“Oleh itu, kami amat berbangga untuk menjadi sebahagian daripada acara ini kerana ia mencerminkan komitmen kami untuk membawakan keterujaan dan pada masa yang sama, menggalakkan gaya hidup sihat serta mendorong orang ramai untuk terus mencabar kemampuan masing-masing,” ulas Pengarah Jualan dan Pemasaran, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Christopher Tan.

Pengarah Acara REDLINE, Callum Meehan serta Pengarah Jualan dan Pemasaran Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Christopher Tan pada majlis pelancaran baru-baru ini. gambar Redline Fitness
Pengarah Acara REDLINE, Callum Meehan serta Pengarah Jualan dan Pemasaran Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Christopher Tan pada majlis pelancaran baru-baru ini. gambar Redline Fitness

Selain itu, REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN adalah satu pertandingan kecergasan yang memberikan individu peluang eksklusif untuk menyerlahkan potensi kecergasan sebenar masing-masing dalam satu acara kecergasan yang hebat dan menyeronokkan.

Acara ini akan dilaksanakan melalui laluan yang direka dengan teliti yang terbahagi kepada 12 stesen ujian kecergasan, seperti cabaran kardio yang mendebarkan di stesen Ski-erg sehingga cabaran kudrat Dead Ball Burpees, setiap stesen menjanjikan pengalaman yang mencabar setiap aspek kecergasan.

Uji ketangkasan diri anda dengan Agility Chamber yang mendebarkan dan melalui cabaran Sled Push, yang memerlukan tenaga bukan kepalang. Selain daripada itu, terdapat juga tiga cabaran Zon Merah NISSAN yang membolehkan  peserta menguji ketahanan kardiorespiratori dan otot mereka.

Namun begitu, keterujaan tidak berhenti setakat itu sahaja. Sebagai sebahagian daripada pengaktifan acara kemuncak, empat peserta terhebat akan berpeluang untuk menguji kekuatan dan daya ketahanan masing-masing dengan menarik sebuah trak NISSAN Navara.

Stesen-stesen kecergasan yang direka khas ini akan menguji kekuatan fizikal dan mental anda, mendorong anda untuk melangkaui had anda selama ini dan memperoleh tahap pencapaian baharu.

Peserta juga boleh memilih daripada pelbagai kategori yang mendebarkan untuk menyerlahkan kehebatan diri mereka, iaitu kategori perseorangan lelaki dan wanita (divisyen terbuka dan kompetitif), kategori beregu (beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran) dan pasukan berganti-ganti (lelaki, wanita dan campuran dengan dua lelaki serta dua perempuan).

Cenderahati yang disediakan kepada peserta. gambar Redline Fitness
Cenderahati yang disediakan kepada peserta. gambar Redline Fitness

Tanpa mengira tahap kecergasan anda atau kategori pertandingan yang menjadi pilihan, pastinya terdapat kategori yang dapat mencabar dan memberi inspirasi kepada anda untuk melakukan yang lebih baik berbanding dengan prestasi sebelum ini.

REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN dengan bangganya dibawakan kepada anda oleh rakan penaja utama rasminya, NISSAN dan turut disokong oleh FLY FM, 100 Plus, Fitness First, Celebrity Fitness, CHI Fitness, Optimum Nutrition, Aviron Racing, Concept 2, dan Savage Gears.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, anda boleh layari www.redlinefitnessgames.com - Getaran, 25 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Seorang Lelaki Maut Dalam Kemalangan Babitkan 3 Treler, 2 Kenderaan Di Slim River

2

TARA 1 tahun yang lalu

Nissan Akan Jual Kilang Selepas Memilih Untuk Keluar Dari Pasaran Rusia

3

TARA 1 tahun yang lalu

Monsta Lancar Mechamato Robot Battle Di Roblox

4

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Syarikat Permainan Malaysia Catat Jualan Eksport RM124.67 Juta Di Tokyo Game Show

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

oleh Rahayu MN

Selera 1 jam yang lalu

Grand Hyatt Kuala Lumpur Lancar Edisi Kedua #DinewithChef

Menggabungkan pelbagai hidangan dari seluruh dunia, pesta makanan ini berlangsung selama sebulan.

oleh Rahayu MN

Gaya 21 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

oleh Rahayu MN