web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Monsta Lancar Mechamato Robot Battle Di Roblox

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 6:54PM

Mechamato Robot Battle - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Studio animasi tempatan, Monsta hari ini mengumumkan pelancaran satu lagi pengalaman mengasyikkan dalam mega-platform metaverse di Roblox yang dikenali sebagai Mechamato Robot Battle.

Ia merupakan ruang permainan dalam talian yang membolehkan peminat dan pemain meneroka dunia terbuka Kota Hilir, sebagaimana yang dilihat dalam Mechamato: The Animated Series sebelum ini.

Ketua Pegawai Operasi Monsta Kee Yong Pin berkata pelancaran permainan baharu di Roblox itu merupakan bukti komitmen Monsta dalam usaha menyelami ruang metaverse untuk memberi kepuasan kepada berjuta peminat sedia ada dan khalayak baharu dari seluruh dunia.

“Roblox adalah satu daripada platform terbesar dan paling pantas berkembang dalam metaverse. Kami sedar bahawa kanak-kanak kini menghabiskan banyak masa di platform tersebut.

“Oleh itu, kami mahu mencipta pengalaman baharu dan mengasyikkan yang akan membuatkan mereka teruja, terutama bagi yang sebelum ini menyukai Mechamato: The Animated Series,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam permainan baharu tersebut, Kota Hilir sebuah bandar yang aman damai telah diserang oleh  sekumpulan robot jahat dan ia memerlukan wira untuk bertempur serta menangkap kesemua robot jahat berkenaan.

Menerusi konsep ini, Monsta memberi lanjutan pengalaman daripada plot utama dalam cerita permainan baharu itu.

Mechamato Robot Battle akan membawa pemain menelusuri pengalaman dunia terbuka termasuk kedai maya barangan unik yang membolehkan pemain mencipta sendiri avatar mereka dan melengkapkannya dengan item ‘berjentera’ yang hebat.

Pemain juga akan dapat bertarung dan menangkap kumpulan robot jahat sebagaimana yang terdapat dalam Mechamato: The Animated Series.  Lencana Boleh Dikunci atau Unlockable Badges merupakan token yang diperoleh menerusi pelbagai cabaran dan pencarian mini yang tersedia dalam permainan itu. - Bernama

Isu Pada

I’m Ready To Romance - Theebaan G

15 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 bulan yang lalu

Pavilion Bukit Jalil Meriahkan Aidilfitri Dengan Adiwira Monsta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 300 Juta Kanak-Kanak Berdepan Deraan Seksual Dalam Talian Setiap Tahun

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel