web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 300 Juta Kanak-Kanak Berdepan Deraan Seksual Dalam Talian Setiap Tahun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2024 1:27PM

Gambar hiasan – Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lebih 300 juta kanak-kanak menjadi mangsa eksploitasi dan penderaan seksual dalam talian setiap tahun, menurut penyelidik dari Universiti Edinburgh yang dipetik oleh media antarabangsa.

Menurut anggaran global pertama mengenai skala krisis itu yang diterbitkan hari ini, tiap satu daripada lapan (bersamaan dengan 12.6 peratus) orang kanak-kanak di dunia menjadi mangsa kepada perbualan tanpa izin, perkongsian dan pendedahan kepada imej dan video seksual tanpa persetujuan dalam setahun lepas, yang dianggarkan berjumlah 302 juta kanak-kanak.

Selain itu 12.5 peratus kanak-kanak di seluruh dunia (300 juta) dianggarkan telah mengalami permintaan seksual dalam talian, seperti perbualan seksual yang tidak diingini, yang boleh termasuk sexting tanpa persetujuan, soalan-soalan seksual yang tidak diingini dan permintaan perlakuan seksual yang tidak diingini oleh orang dewasa atau remaja lain.

Kesalahan ini juga boleh berbentuk 'sextortion' (pemerasan seksual), dengan pemangsa meminta wang daripada mangsa untuk memastikan imej peribadi, dan penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI) untuk mencipta bahan-bahan palsu.

Walaupun masalah ini wujud di seluruh dunia, penyelidikan mencadangkan bahawa Amerika Syarikat adalah negara berisiko tinggi, dengan satu daripada sembilan lelaki di Amerika Syarikat (hampir 14 juta) mengakui pernah melakukan kesalahan dalam talian terhadap kanak-kanak.

Inisiatif Childlight Universiti Edinburgh yang bertujuan memahami kelaziman penderaan kanak-kanak menerusi indeks global baharu "Into The Light", juga mendapati bahawa tujuh peratus lelaki British (1.8 juta), serta 7.5 peratus lelaki di Australia, mengaku pernah melakukan kesalahan yang sama.

Ketua Eksekutif Childlight Paul Stanfield dalam mendedahkan betapa meluas bahan penderaan kanak-kanak tersebar menyatakan bahawa "bahan penderaan kanak-kanak sangat berleluasa, hinggakan fail secara purata dilaporkan kepada organisasi pemerhati dan kepolisan adalah sekali setiap saat."

"Ini adalah pandemik kesihatan global yang terpendam terlalu lama. Ia berlaku di setiap negara dan berkembang pesat, yang memerlukan tindak balas global. Kita perlu bertindak segera dan menganggapnya sebagai isu kesihatan awam yang boleh dicegah, tidak boleh tunggu lagi,” katanya.

Laporan itu susulan amaran polis United Kingdom (UK) berhubung kumpulan penjenayah di Afrika Barat dan Asia Tenggara yang menyasarkan remaja Britain dalam penipuan pemerasan seksual dalam talian bulan lepas.

Agensi National Crime Agency (NCA) Britain (NCA) turut mengeluarkan amaran kepada ratusan ribu guru, menggesa mereka supaya peka dengan ancaman yang mungkin dihadapi oleh murid mereka.

Penipu sering menyamar sebagai orang muda lain untuk membuat hubungan di media sosial sebelum beralih ke aplikasi pesanan ‘encrypted’ dan menggalakkan mangsa berkongsi imej intim.

Mereka biasanya membuat tuntutan menerusi ugutan dalam masa sejam selepas dihubungi dan biasanya mengambil tindakan yang didorong oleh ugutan bagi memeras wang sebanyak mungkin daripada mencari kepuasan seksual, menurut NCA. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar