web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2024 4:27PM

Ketua Perangkawan Dr Mohd Uzir Mahidin. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Kekosongan jawatan diiklankan dalam talian merekodkan peningkatan 32.5 peratus dengan 448,181 kekosongan pada suku keempat 2023 (ST4 2023) berbanding 338,305 kekosongan pada suku sebelumnya (ST3 2023) , menurut Analisis Data Raya Job Market Insights dan My Job Profile: Penawaran Pekerjaan Diiklankan Dalam Talian di Malaysia dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata berdasarkan perbandingan tahun ke tahun, bilangan kekosongan jawatan mencatatkan pertumbuhan tiga digit iaitu 119.2 peratus berbanding 77.9 peratus pada ST3 2023.

Katanya, pada ST4 2023, sebanyak 85,814 pertubuhan menawarkan kekosongan jawatan berbanding 77,499 pertubuhan yang direkodkan pada ST3 2023.

"Kekosongan jawatan yang diiklankan dalam talian tertinggi adalah pada Disember 2023 iaitu sebanyak 172,777 kekosongan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai kategori pekerjaan, Mohd Uzir berkata hampir separuh daripada kekosongan jawatan ditawarkan adalah dalam bidang profesional dengan 48.9 peratus atau 218,947 kekosongan pada ST4 2023, diikuti 18.5 peratus (82,950 kekosongan) bagi kategori pengurus dan 17 peratus (76,284 kekosongan) bagi juruteknik dan profesional bersekutu.

Mohd Uzir berkata pekerjaan popular yang mendapat permintaan tinggi adalah profesional pengiklanan dan pemasaran, profesional bersekutu pentadbiran, pengarah urusan dan ketua eksekutif, akauntan, juruaudit serta pembangunan perisian.

Beliau berkata mengenai kekosongan jawatan mengikut sektor ekonomi pula, kebanyakan kekosongan jawatan pada ST4 2023 adalah dalam sektor perkhidmatan iaitu 50.9 peratus atau 228,148 kekosongan.

Menurutnya, perdagangan borong dan runcit mendominasi kekosongan dengan 15.9 peratus atau 71,154 pekerjaan diikuti pembuatan (32,976), aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan (32,113) serta profesional, saintifik dan teknikal (27,757).

Mohd Uzir berkata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan kekosongan jawatan tertinggi iaitu 81,574 atau 18.2 peratus diikuti Selangor 43,673 (9.7 peratus), Johor 19,822 (4.4 peratus), manakala Perlis mencatatkan hanya 79 kekosongan jawatan sahaja. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 300 Juta Kanak-Kanak Berdepan Deraan Seksual Dalam Talian Setiap Tahun

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jumlah Penduduk Malaysia Meningkat 2.3 Peratus, 34 Juta Untuk Suku Pertama 2024

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perbelanjaan Pelancongan Domestik Rekod RM23.8 Bilion

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran