web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ne-Yo Bawa Peminat Berparti, Mengimbau Kembali Lagu-Lagu R&B Dan Club Music Nyanyiannya Yang Klasik

Ne-Yo telah memberikan persembahan penuh bersemangat dan penuh energetik tatkala membawakan lebih 20 lagu-lagu R&B dan Club Music ciptaan dan nyanyiannya yang rata-ratanya hit.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 7:09PM

Konsert Ne-Yo Live In Malaysia sungguh hebat dan 'happening!' - Gambar ihsan Hitman Solutions

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak ada perkataan lain yang mampu menggambarkan suasana dan keadaan di Konsert Ne-Yo Live In Malaysia yang berlangsung di dewan Plenary Hall KLCC, malam Sabtu lalu. 

Ia sungguh hebat dan happening! Dan, Ne-Yo telah memberikan persembahan penuh bersemangat dan penuh energetik tatkala membawakan lebih 20 lagu-lagu R&B dan Club Music ciptaan dan nyanyiannya yang rata-ratanya hit. 

Ya! Dalam konsert selama 90 minit ini, Ne-Yo yang segak dan kemas  dengan ‘signature style’ sut dan topinya tidak membuang masa dan terus  memanaskan suasana apabila membawakan beberapa lagu hits seperti 'Miss Independent', 'She Knows' dan medley 'Because of You / Nobody'. 

Sebaik sahaja beberapa lagu itu berakhir, Ne-Yo kemudian terus berkomunikasi dengan peminat tegarnya yang tidak henti-henti menjerit namanya. 

"Orang Malaysia yang cantik, apa khabar?

"Ini satu penghormatan dan keseronokan untuk bertemu dengan anda! Ne-Yo adalah mengenai muzik. Saya gembira dapat kembali. Terima kasih banyak kerana menunggu. Ini masa untuk berparti!

Ia disambut dengan sorakan peminat yang padat memenuhi dewan Plenary Hall KLCC itu.  Konsert Ne-Yo anjuran Hitman Solutions itu dari awal lagi telah pun ‘sold out’. 

Membuktikan bahawa dia memang sudah punya pengikut yang ramai di negara ini. Namun, ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana Ne-Yo adalah penyanyi-komposer yang hebat, bukan sahaja menerusi nyanyiannya, tapi juga lagu-lagu ciptaannya sendiri serta aksi tariannya yang bergaya di pentas.

Dia telah pun membuktikan kehebatannya itu sewaktu mengadakan konsert di Suwany Lagoon Surf Beach pada 2010 dan kedatangannya semula ke negara ini memang cukup dinantikan. 

Ne-Yo terus beraksi dengan penuh seksi dengan gaya tarinya yang mempunyai pengaruh Michael Jackson (dia memang pernah mengakui Michael Jackson adalah idolanya) dengan beberapa lagu klasiknya yang lain. 

Antara lagu yang dibawanya adalah 'Champagne Life', 'Sexy Love' dan 'One On A Million' sebelum membawakan lagu baharunya, 'You Got the Body' yang dimuatkan dalam album studio baharunya, Self Explanatory

Memahami bahawa lagu-lagu baharu mungkin masih kedengaran asing di halwa telinga peminat tegarnya, Ne-Yo kembali dengan beberapa lagu klasiknya semula iaitu 'U 2 Love' serta lagu yang digilai 'So Sick' serta 'Push Back'. 

Pemenang Grammy ini juga bijak menguasai pentas dengan bantuan beberapa penarinya yang cukup energetik serta bijak bergurau sedang peminat. 

Buktinya, dia juga menduga peminat kalau-kalau mereka mengenali beberapa lagu seperti 'Knock You Down' (Keri Hilson menampilkan Kanye West dan dirinya), 'Take A Bow' (Rihanna) dan 'Irreplaceable' (Beyonce). 

Dia terkejut apabila peminat tegar mampu menyanyikan kesemua lagu-lagu ciptaannya itu untuk Keri, Rihanna dan Beyonce. 

Not bad,” katanya sambil tersenyum. 

Lagu-lagu itu diputarkan selepas dia membawakan segmen akustik menerusi tiga lagu klasiknya 'Do You, Mad' yang mengundang histeria ramai serta 'You Should Let Me Love You' yang membuatkan peminat terus tak mampu lagi duduk. Semua mula menari sakan. 

Momentum konsert Ne-Yo ini semakin memuncak apabila Ne-Yo mempersembahkan beberapa lagu club hits yang popular seperti 'Closer', 'Beautiful Monster' serta 'Play Hard' dan 'Let Me Love You' yang terus membuatkan ramai berparti di situ. 

Ia walaupun konsert itu hanya berlangsung dengan singkat iaitu hanya dua jam tanpa sebarang lagu tambahan, namun ia cukup memberikan kepuasan. Ia memang sebuah konsert yang ‘best’ dan Ne-Yo memang luar biasa! – Getaran, 23 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa