Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 5 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 5 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 5 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Kopi Jiran Imbau Nostalgia Zaman Dahulu

Antara menu popular di Kopi Jiran pula katanya, ada nasi lemak daun pisang, roti bakar, lempeng pisang, pastri, scones, roti pelangi, croissant dan kuih lopes.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2022 8:00AM

Pemilik warung Kopi Jiran, Wan Atiqah Misha sedang menyediakan kopi buat pelanggannya - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Di sebalik deretan rumah teres setingkat di Taman Kantan Permai di sini, tersembunyi sebuah warung kopi yang dihiasi dengan himpunan pelbagai barangan antik dan vintaj berusia puluhan tahun.

Bukan sahaja perabotnya malah cawan, pinggan, mangkuk tingkat, meja daripada kaki mesin jahit antik dan botol-botol kaca digunakan untuk menyimpan makanan, kesemuanya kelihatan klasik dan dapat mengimbau nostalgia zaman 1960-an ditambah dengan alunan lagu-lagu lama yang diputarkan.

Pemilik warung dinamakan Kopi Jiran itu, Wan Atiqah Misha Mohd Hairul, 26, berkata semua barangan antik yang menghiasi warung itu adalah sebahagian daripada koleksi peribadi ibu dan bapanya yang dikumpul sejak 2013.

"Sebenarnya, ibu bapa saya sudah lama menyimpan impian untuk membuka sebuah kafe. Jadi, apabila saya dan sepupu menyatakan hasrat untuk membuka Kopi Jiran, mereka sangat menyokong dan berkongsi idea dalam aspek dekorasi.

"Kami bawakan konsep hiasan oriental bertujuan mengembalikan memori zaman dahulu kepada generasi hari ini supaya mereka juga dapat merasai suasana ketika era itu. Alhamdulillah ramai pelanggan suka dengan suasana dibawakan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Wan Atiqah  berkata perniagaan yang diusahakan bersama dua sepupunya, Sofia Zaireen Mohd Kamal, 36, dan Sofia Mariah Mohd Kamal, 23, itu mula beroperasi ketika Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara iaitu 31 Ogos 2021.

“Sasaran kami ketika itu penduduk kawasan sekitar sahaja supaya mudah untuk mereka menikmati secawan kopi dalam suasana santai tanpa perlu keluar jauh memandangkan keadaan pandemik ketika itu.

"Tetapi kami tidak sangka sambutan diterima sangat menggalakkan termasuk daripada pelanggan luar dan terus menjadi bualan dalam kalangan peminat kopi sehingga tular di media sosial," katanya.

Menurutnya, Kopi Jiran dibuka pada setiap Khamis hingga Ahad bermula 11 pagi hingga 5 petang, boleh memuatkan 30 hingga 40 pelanggan pada satu-satu masa dan menerima 100 hingga 200 pelanggan dalam sehari.

Beliau yang telah menetap di Kajang lebih 20 tahun berkata, mereka terpaksa mengehadkan waktu operasi Kopi Jiran bagi menghormati kawasan kejiranan dan tidak mahu jiran sekeliling merasa kurang selesa.

Mengenai menu ditawarkan pula, Wan Atiqah Misha berkata Kopi Jiran menyajikan pelbagai minuman berasaskan kopi menggunakan kopi kampung lantaran keunikan dan aromanya yang memikat serta rasanya lebih segar.

"Istimewanya, kopi kampung seperti Kopi 132 dan Kopi 133 menjadi identiti Kopi Jiran dan ia dibancuh dengan menggunakan tapis mengikut cara tradisional.

“Kami turut menawarkan pelbagai jenis minuman lain seperti americano, mocha, caramel latte, caramel macchiato, teh, coklat dan sebagainya. Kami mahu pelanggan merasai pengalaman seperti meminum kopi jenama mahal,” katanya.

Antara menu popular di Kopi Jiran pula katanya, ada nasi lemak daun pisang, roti bakar, lempeng pisang, pastri, scones, roti pelangi, croissant dan kuih lopes.

“Selain dibuat sendiri, makanan itu turut disediakan oleh jiran sekeliling sekali gus menjadi platform menjana pendapatan sampingan mereka,” katanya yang merancang untuk meluaskan perniagaannya di bandar itu, tahun depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Raikan Pengalaman Krismas Anda Di 8 Pusat Beli-Belah Malaysia

2

TARA 1 tahun yang lalu

Semai Cintakan Negara, Sejarah Melalui Barang Antik

3

Gaya 1 tahun yang lalu

8 Tip Menghias Ini Mampu Ubah Bilik Kecil Agar Nampak Luas Bergaya

4

TARA 1 tahun yang lalu

Nikmati Juadah Tradisi Sambil Menggamit Memori Di Wak Private Kitchen

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selera 8 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Refleksi 18 jam yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Jelajah 3 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

Kempen ‘Kiriman Raya’ bersama Pos Malaysia itu mencipta ‘Malaysia Book of Records’

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran