web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Honor X9 Untuk Pemula Pada Tahap Sederhana

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi ulasan penulis setelah menggunakannya selama seminggu.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2022 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Honor, jenama telefon pintar yang berasal dari China telah mengeluarkan siri X terbaharu iaitu Honor X9. 

Rentetan pengeluaran siri Honor bermula dengan siri 2X. Siri 9X pula dilancarkan pada tahun 2019 dan Honor X 9 5G telah dikeluarkan bagi memberi kualiti dan pengalaman yang sempurna buat pengguna dengan harga yang mampu milik. 

Tetapi adakah ia masih menepati citarasa pengguna telefon pintar?

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi ulasan penulis setelah menggunakannya selama seminggu.

Model ini adalah seberat 189g dan mempunyai saiz yang berukuran 166.1 x 75.8 x 8.1mm. Jadi ia masih menggunakan saiz seakan-akan sama seperti jenama yang lain dan mempunyai resolusi 1080 x 2388 HD pada paparan skrin. 

Sistem sentuh layar peranti ini juga meliputi seluruh permukaan layar yang berukuran 6.81 inci dengan kadar penyegaran semula sebanyak 120Hz.

Ia masih menggunakan chipset Snapdragon 695 5G (6 nm) dan kebanyakan pengguna memang mengharapkan teknologi ini ada pada peranti mereka. 

Namun chispset ini sebenarnya lebih sesuai untuk permainan dalam talian kerana ia tidak akan menghadapi sebarang masalah jika permainan yang dimuat turun itu memerlukan data yang besar. 

Walau bagaimanapun, penulis menjangkakan bahawa, jika jumlah aplikasi permainan dimuat turun dengan jumlah yang banyak, ia mungkin tidak dapat ditampung oleh sistem yang ada dalam badan peranti. 

Sedikit sebanyak ini akan mengganggu dan memberatkan kelancaran ketika menggunakannya.

Seterusnya, model ini menggunakan sistem rangkaian 5G dan dipasangkan dengan teknologi android 11. 

Di samping itu, ia dilengkapi dengan storan sehingga 128GB + 8GB RAM dan bagi sebuah model telefon yang mempunyai sistem teknologi di tahap sederhana seperti ini, ia merupakan storan yang boleh dianggap agak besar. 

Penulis sangat pasti pengguna tidak akan mempunyai masalah untuk menyimpan maklumat atau dokumen dalam jumlah banyak.

Beralih pula kepada bahagian kamera, ia hanya mempunyai prestasi di tahap yang sederhana rendah dan sesuai untuk digunakan oleh golongan pemula. 

Resolusi yang ada pada kamera utama hadapan hanyalah 48MP, dan 2MP bagi kamera mod makro dan dalaman. 

Manakala bagi swafoto, ia dipasangkan dengan resolusi sebanyak 16MP. 

Menariknya ia juga boleh mengambil swafoto dengan menunjukkan tapak tangan saja pada layar seperti beberapa jenama telefon pintar tertentu.

Sebaik sahaja tapak tangan ditunjukkan pada layar dalam mod swafoto, penggera waktu atau timer akan muncul di layar untuk memberitahu berapa saat akan diberi sebelum gambar diambil.

Untuk bahagian rakaman pula, ia hanya terhad kepada resolusi sebanyak 1080p HD sahaja. 

Jadi, ia agak kurang sesuai sebagai peranti suntingan video pada tahap yang sederhana atau lebih tinggi.

Kemudian untuk bahagian audio pula, prestasinya boleh dikatakan berada di tahap standard namun masih mampu mengeluarkan bunyi yang jelas. 

Paling penting sekali ia tidak membingitkan telinga walaupun penulis meningkatkan tahap bunyi secara maksimum.

Menggunakan sistem pengecas segera yang mempunyai aliran elektrik sebanyak 66 Wat, model ini mampu mengecas sehingga 80 peratus dalam masa 30 minit. 

Kapasiti kuasa bateri yang dimiliki oleh model ini adalah sebanyak 4800 mAh dan menggunakan bateri jenis Li-Po. 

Bersangkutan dengan hal tersebut, penulis yakin bahawa model ini tidak akan mempunyai banyak masalah berkenaan jangka hayat bateri jika digunakan seharian namun ia tetap bergantung juga pada kekerapan penggunaannya.

Ditawarkan dalam tiga jenis varian warna iaitu perak titanium, biru laut dan gelap malam, harga bagi sebuah unit model ini bermula dari RM1,099 dan bergantung pada pemilihan warna yang dinginkan.

Kesimpulannya, model Honor X9 menampilkan prestasi yang sederhana dan boleh dikatakan tidak terlalu banyak aspek yang dinaik taraf dari siri sebelumnya. 

Walau bagaimanapun, dari segi ketahanan dan sistem yang dipasangkan ia amat sesuai buat golongan pemula seperti kanak-kanak atau pelajar sekolah selain harganya yang berbaloi untuk dimiliki. - Getaran, 20 April 2022

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 3 minggu yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

3

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN