web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2026 11:03AM

Gambar Xinhua

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHANXI (China) - China digegarkan dengan tragedi lombong arang batu paling buruk dalam tempoh lebih sedekad selepas satu letupan gas melanda sebuah lombong di wilayah utara Shanxi. 

Insiden berkenaan mengorbankan sekurang-kurangnya 90 pekerja dan mencetuskan operasi menyelamat besar-besaran dalam keadaan bawah tanah yang berbahaya.

Menurut agensi berita rasmi Xinhua, letupan itu berlaku di di lombong arang batu Liushenyu di daerah Qinyuan lewat malam Jumaat ketika 247 pekerja sedang bertugas di bawah tanah.

Pihak berkuasa memaklumkan, operasi menyelamat masih giat dijalankan, manakala siasatan sedang diteruskan bagi mengenal pasti punca letupan di Shanxi, wilayah utama pengeluaran arang batu China.

Lombong berkenaan dikendalikan Shanxi Tongzhou Group Liushenyu Coal Industry, sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2010 dan berada di bawah kawalan Shanxi Tongzhou Coal Coking Group, menurut rekod korporat.

Reuters hari ini melaporkan, Presiden Xi Jinping mengarahkan pihak berkuasa supaya “tidak berputus asa” dalam usaha merawat mangsa yang cedera serta menjalankan operasi menyelamat, selain menuntut siasatan menyeluruh dan tindakan undang-undang tegas terhadap pihak bertanggungjawab.

Perdana Menteri Li Qiang turut menggesa agar maklumat berkaitan tragedi itu disalurkan secara tepat dan telus, di samping memastikan proses siasatan dilaksanakan dengan penuh akauntabiliti.

Media kerajaan China pula melaporkan, beberapa eksekutif syarikat yang mempunyai kaitan dengan lombong tersebut telah ditahan pihak berkuasa.

Insiden itu kembali mencetuskan kebimbangan terhadap tahap keselamatan industri perlombongan China, meskipun pelbagai reformasi dan langkah penguatkuasaan telah diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu bagi mengurangkan kadar kematian di sektor berkenaan.

China sebelum ini berjaya menurunkan jumlah kemalangan maut di lombong secara ketara sejak awal tahun 2000-an menerusi penguatkuasaan lebih ketat serta penambahbaikan prosedur keselamatan, khususnya selepas beberapa siri letupan dan banjir besar melibatkan lombong arang batu di seluruh negara.

Bagaimanapun, letupan gas masih kekal sebagai antara ancaman utama dalam operasi perlombongan bawah tanah.

Tragedi perlombongan terakhir yang menyamai jumlah korban berlaku pada 2009, apabila satu letusan arang batu dan gas di wilayah Heilongjiang mengorbankan 108 orang serta mencederakan 133 yang lain.

Susulan tragedi terbaharu itu, pihak berkuasa Shanxi telah menghantar tujuh pasukan penyelamat dan perubatan melibatkan 755 anggota ke lokasi kejadian, menurut pegawai pengurusan kecemasan di Qinyuan.

Imej yang disiarkan media China menunjukkan anggota penyelamat lengkap berpakaian perlindungan menjalankan operasi di tengah runtuhan dan kepulan asap di luar kompleks lombong, sementara ambulans serta pasukan kecemasan memenuhi kawasan tersebut.

Bencana itu dijangka meningkatkan tekanan terhadap pihak berkuasa wilayah dan pengendali lombong untuk memperkukuh pemantauan keselamatan dalam salah satu sektor industri paling berbahaya di dunia. - Getaran, 24 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Keamanan Sejati Hanya Boleh Dicapai Dengan Keberanian - PM

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerjasama Perdagangan M’sia-China Perlu Diperluas, Buka Peluang Baharu Dalam Pelbagai Sektor - PM

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

2 Lelaki Direman 7 Hari, Bantu Siasatan Kes Kematian Di Hotel

oleh Sophia Ahmad