Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Buletin Teknovasi: Apa Yang Menarik Minggu Ini?

Getaran berkongsi perkembangan terkini dunia teknologi dan inovasi minggu ini.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 8:43AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buletin Teknovasi hari ini menampilkan empat peranti terbaharu iaitu telefon pintar jenama Realme, serta tab terbaharu Samsung. Selain itu, ada juga fon telinga Dizo dan fon kepala Technics.

Akhir sekali, kita ‘jengah’ pembikinan sebuah filem pendek berdasarkan kisah benar yang dibuat hanya dengan menggunakan telefon pintar terbaharu Vivo.

Realme 9i

Realme telah melancarkan Realme 9i sebuah model telefon pintar terbaharu pada 19 Januari lalu. Model ini mempunyai prestasi yang telah dipertingkatkan dari segi kuasa bateri dan pemprosesan dalaman peranti dengan harga yang mampu dimiliki. 

Ia menggunakan teknologi Chipset Qualcomm Snapdragon 680 6nm yang sememangnya sesuai dengan pemprosesan data permainan dalam talian. Selain itu, model ini mempunyai kuasa bateri simpanan cas yang dipertingkatkan kepada 33W Dart dan memiliki 36 peratus pengecasan lebih laju. 

Malah kuasa bateri yang ditanamkan pada badan peranti adalah sebanyak 5000mAh. Ia sudah semestinya menghasilkan ketahanan bateri yang lebih lama. 

Didatangkan dalam pilihan warna biru prisma dan hitam prisma, anda boleh mendapatkan Realme 9i dengan harga RM869 bagi storan 128GB+6GB.

Samsung Galaxy Tab A8

Beralih kepada jenama Samsung pula, mereka telah melancarkan sebuah lagi peranti jenis tablet yang terbaharu iaitu Galaxy Tab A8. Tab yang dilancarkan pada 21 Januari 2022 ini menampilkan reka bentuk khas dengan saiz skrin 10.5 inci dan tampil lebih nipis serta ringan. 

Tambahan pula, sistem teknologi bunyi Dolby Atmos juga dipasangkan pada model ini bagi memberikan impak kepada pengguna terutamanya ketika mendengar lagu atau menonton filem. Selain mempunyai kuasa bateri sebanyak 7040mAh, model ini mempunyai storan 32GB 3GB RAM dan mempunyai ciri kad MicroSD tambahan yang mampu memberikan ruang storan sehingga 1TB. 

Jadi ia sesuai digunakan sebagai tempat penyimpanan dokumen pekerjaan atau pembentangan secara digital di mana sahaja anda berada. Di samping CPU dan GPU Galaxy Tab A8 yang dipertingkatkan sebanyak 10 peratus bagi memberi prestasi yang lebih pantas dan lancar, harga yang ditawarkan juga boleh dikatakan sangat berbaloi untuk dimiliki berdasarkan spesifikasi yang diberikan. 

Anda boleh mendapatkan tablet ini dengan harga RM999 seunit dan pembeli boleh menikmati hadiah percuma sempena promosi daripada Samsung sehingga 28 Februari 2022.

Dizo Buds Z 

Dizo yang merupakan sebuah jenama di bawah kendalian Realme Techlife telah melancarkan satu produk fon telinga pada 10 Januari yang lalu iaitu Dizo Buds Z. Ia merupakan tanda simbolik jenama Dizo yang telah menerima sokongan daripada jenamaRealme untuk menghasilkan produk yang mementingkan aspek reka bentuk perindustrian, rantaian bekalan dan pengalaman AIoT (Artificial Intelligence of Things). 

Fon telinga model ini menawarkan reka bentuk klasik natural light dan tiga pilihan warna yang mengagumkan iaitu Onyx, Dedaun dan Mutiara. Memiliki berat yang ideal sebanyak 3.7g, Dizo Buds Z menyediakan tiga saiz pengedap telinga untuk dipakai mengikut keselesaan pengguna. 

Anda boleh memilikinya dengan harga RM199 seunit di laman web rasmi Dizo Official Store atau melalui Shopee.

Technics EAH-A800

Panasonic sebuah jenama yang terkenal dengan alat elektrik dan elektronik akan mengeluarkan sebuah produk jenis fon kepala di bawah jenama peralatan audio Technics iaitu model EAH-A800. 

Saiz bahagian yang melekap pada telinga adalah 40mm dan dilengkapi bersama teknologi kawalan ruang akustik yang memberikan aliran udara pada bahagian dalam telinga. 

Selain itu, ia menggunakan teknologi tanpa wayar. Jangan risau, sistem bluetooth anda masih boleh dipasangkan bersama pelbagai peranti yang lain dan fon kepala ini masih mengekalkan audio yang berkualiti tinggi. 

Model ini mementingkan dua fungsi yang utama. Yang pertamanya membenarkan semua bunyi ambien atau persekitaran melalui fon kepala. Kedua, ia memiliki kebolehan mengawal bunyi untuk mendengar pengumuman atau perbualan tanpa menyakitkan telinga. 

Bagi jangka hayat baterinya pula, ia mampu bertahan sehingga 50 jam tanpa henti dengan fungsi ANC (Active Noise Cancellation) dihidupkan. Walau bagaimanapun, pelancaran model ini dijangka akan dilangsungkan pada Februari di Eropah dan Amerika Syarikat. 

Tiada info daripada Panasonic bahawa ia akan dilancarkan di Malaysia buat waktu ini. Maka dengan pilihan warna hitam dan putih, anda boleh membelinya secara dalam talian dengan anggaran harga RM1,467 seunit.

Para pelakon dan tetamu jemputan filem pendek 'Shout It Out'. Gambar: Izwan Ramlan
Para pelakon dan tetamu jemputan filem pendek 'Shout It Out'. Gambar: Izwan Ramlan

Shout It Out Vivo X70

Akhir sekali, baru-baru ini Vivo telah melancarkan sebuah lagi model telefon pintarnya iaitu Vivo X70 dan menariknya ia dilancarkan di Dadi Cinema, Pavilion Bukit Bintang bersama sebuah tayangan filem pendek bertajuk Shout It Out. Satu kejutan yang luar biasa apabila pihak Vivo mengumumkan bahawa tayangan filem yang berdurasi 45 minit ini adalah hasil rakaman menggunakan Vivo X70. 

Filem yang diinspirasi daripada kisah sebenar ini menceritakan tentang seorang jurulatih seni mempertahankan diri (karate) yang menerima seorang anak murid perempuan bernama Siti. Siti mempunyai kelainan fizikal dari segi pendengaran. 

Pada awalnya, jurulatih itu menyedari bahawa ia sesuatu yang agak sukar untuk melatih seseorang yang kurang upaya pendengaran, namun dia membuat keputusan untuk menerima pelajar itu dan mengambilnya sebagai satu cabaran.

Akhirnya, watak Siti yang dilakonkan oleh Nurizyan Hishammuddin membuahkan hasil apabila dia berjaya menjadi atlet negara dan menyertai pertandingan sehingga ke pentas dunia. 

Segala aksi dan penggambaran filem pendek ini dihasilkan dengan hanya menggunakan teknologi telefon pintar Vivo X70. Anda boleh menyaksikan kualiti rakaman dan jalan cerita filem pendek tersebut di saluran YouTube Vivo Malaysia. - Getaran, 26 Januari 2022


Gambar: Laman web rasmi setiap jenama kecuali tertera

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Filem Pendek 'Pewaris Harapan Negara' Papar Semangat Patriotik

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

7 Pembuat Filem Pendek Terima Dana FINAS

3

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Buletin Teknovasi: Apa Yang Menarik Minggu Ini

4

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Buletin Teknovasi: Apa Yang Menarik Minggu Ini

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY