Berita Terkini

7 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Buletin Teknovasi: Apa Yang Menarik Minggu Ini

Getaran berkongsi perkembangan terkini dunia teknologi dan inovasi untuk minggu ini.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 5:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buletin teknovasi minggu ini dimulakan dengan pengenalan kepada Phantom II Deep Blue, sebuah pembesar suara daripada jenama Devialet. 

Seterusnya dua peranti elektronik terbaharu jenama Realme iaitu telefon pintar GT Neo 3 dan fon telinga Buds Air 3 serta sebuah jam tangan pintar Bit 3 Pro jenama Amazfit. 

Ini diakhiri dengan pelancaran premis premium hasil kerjasama Samsung dan Senheng 

Phantom II Deep Blue

Devialet memperkenalkan Phantom II Deep Blue, koleksi kedua pembesar suara aktif ultra-kompak yang menghasilkan bunyi mantap dan berkualiti tinggi. 

Devialet adalah jenama alat elektronik yang berasal daripada sebuah syarikat audio terkenal di Perancis. 

Secara eksklusifnya, mereka mencipta pembesar suara ikonik ini dengan mengeluarkan hanya 1,000 unit diseluruh dunia dan 10 unit sahaja dibawa masuk ke dalam pasaran Malaysia. 

Pembesar suara ini juga menampilkan kepelbagaian penggunaan teknologi yang mempunyai kemampuan untuk menghasilkan bunyi sekuat orkestra simfoni. 

Tambahan lagi, sistem audionya memiliki infra-bass 18Hz yang mampu capai kuasa setinggi tiga gali ganda. 

Dengan harga runcit RM7,490, Phantom II Deep Blue sudah memulakan  penjualannya pada 15 Jun 2022 di seluruh dunia dengan pengedaran yang sangat terhad.

Realme GT Neo 3

Realme melancarkan sebuah lagi telefon pintar terbaharu iaitu model Gt Neo 3. 

Menariknya model ini dipasangkan dengan dwi-cip yang memberikan kemampuan kepada pengguna untuk menstrim permainan dalam talian menggunakan dua akaun dalam dalam satu peranti.

Dipasangkan dengan permukaan skrin bersaiz 6.7 inci, ia menggunakan chipset MediaTek Dimensity 8100 5G. 

Didatangkan dengan dua variasi pilihan warna iaitu biru dan putih berserta jalur garisan sebagai paparan hiasan reka bentuk, harga bagi sebuah unit bernilai RM RM2,099.00.

Realme Buds Air 3

Dalam masa yang sama, realme juga mengeluarkan sebuah lagi siri terbaharau fon telinganya iaitu Bud Air 3. Bagi model siri yang ketiga ini, ia ditampilkan sebagai kejutan khas buat peminat jenama tersebut dengan reka bentuk serta warna biru nitro eksklusif dengan pengeluaran 500 unit sahaja. 

Jangka hayat bateri bagi sekali penggunaan mampu bertahan selama empat jam setengah sebelum ia perlu dicas semula. Sistem audionya masih mengekalkan kualiti yang sedia ada dengan ciri-ciri luaran yang premium.

Ia menjadikan Buds Air 3 ini mendapat respon yang baik daripada pengguna dengan harga yang berbaloi dengan nilai RM279. 

Amazfit Bip 3 Pro

Jenama perkakasan premium Amazfit yang dimiliki oleh Zepp Health Corporation (Zepp), turut melancarkan model jam tangan pintar terbaharu iaitu Bip 3 Pro secara dalam talian pada 15 Jun 2022. 

Pengarah Asia Tenggara Amazfit, Jacob Jin menyatakan jam tangan pintar ini akan menjadi salah satu daripada jam tangan pintar terlaris dengan harga kurang daripada RM 200.

Antara ciri-ciri menariknya adalah binaan reka bentuk yang sangat nipis dan ringan. 

Ia juga menggunakan teknologi mengoptimumkan data yang besar dengan menyediakan keseluruhan rangkaian pengalaman sukan, kesihatan dan gaya hidup yang boleh ditetapkan mengikut kehendak pemakai. 

Pengguna juga boleh membuat aksesori dengan memilih daripada pelbagai muka jam tangan yang boleh dimuat turun daripada Aplikasi Zepp OS. 

Bip 3 didatangkan bersama tiga pilihan warna iaitu hitam, biru atau merah jambu dengan harga RM199 manakala Bip 3 Pro pula bernilai RM249.

Untuk memiliki dan mengetahui lebih lanjut mengenai jam tangan pintar siri Bip 3, layari laman sesawang rasmi Amazfit.

Premis Gabungan Samsung Dan Senheng

Samsung Malaysia Electronics bersama Senheng telah merasmikan kedai premis gabungan pertama mereka di Four Seasons Place, Kuala Lumpur. 

Premis ini menempatkan hampir seluruh jenis peralatan elektrik dan elektronik jenama Samsung yang pasti memberikan kepuasan kepada setiap pengunjung. 

Dengan keluasan kedai berukur 5,399 kaki persegi, pengunjung bukan sahaja dapat menyaksikan barisan produk Samsung, malah mereka juga berpeluang menikmati pengalaman suasana kehidupan bersama teknologi pintar.

Antara barangan yang terdapat dalam premis ini adalah termasuk barisan produk perdana Samsung seperti Galaxy Siri S, TV Pintar Neo QLED, peralatan BESPOKE dan banyak lagi. - Getaran, 22 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

2

TARA 7 bulan yang lalu

Son Dilantik Duta Terbaharu Jam Pintar Galaxy Watch 6 Keluaran Samsung 

3

TARA 11 bulan yang lalu

Tak Sesuai Untuk Bermain Permainan Dalam Talian, Namun Samsung Galaxy A54 Punya Spesifikasi Yang Mencukupi

4

TARA 1 tahun yang lalu

Samsung Odyssey Ark Skrin Seluas Mata Memandang

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Jelajah 21 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Jelajah 1 hari yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

Kempen ‘Kiriman Raya’ bersama Pos Malaysia itu mencipta ‘Malaysia Book of Records’

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya