Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Buletin Teknovasi: Apa Yang Menarik Minggu Ini

Getaran berkongsi perkembangan terkini dunia teknologi dan inovasi untuk minggu ini.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 10:07AM

VoloConnect dari Volocopter dan Hyundai IONIQ 6

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buletin Teknovasi minggu ini dimulakan dengan ciri terbaharu aplikasi Boost yang bernama BoostBills dan perkhidmatan skim sewa milik peralatan rumah pertama di Malaysia dari KHIND. 

Ini diikuti dengan pendedahan kereta elektrik model IONIQ 6 dari Hyundai dan kenderaan udara Volocopter. Diakhiri dengan pelancaran Chicco Malaysia di Mid Valley Southkey, Johor Bahru.

BoostBills

Boost syarikat teknologi kewangan (fintech) milik Axiata yang bermula sebagai e-Dompet pada 2017 telah mengambil langkah inovatifi terhadap ciri pembayaran bil yang baharu dipanggil BoostBills.

Tiga ciri khusus tersebut meliputi ViewBills, yang membolehkan pengguna menyemak baki, bil tertunggak dan tarikh matang menerusi satu paparan utama pengurusan bil.

Kedua adalah, MultiBills (pembayaran bil pukal). Ini membantu pengguna membayar beberapa bil sekali gus hanya dengan menekan satu butang di aplikasi dan ketiga AutoBills iaitu menetapkan pembayaran bil bulanan berkala secara automatik mengikut kehendak pengguna.

Kini, Boost mempunyai lebih daripada 50 pembekal perkhidmatan bil dari sektor elektrik, air, internet, telco prabayar dan pascabayar, hiburan, majlis perbandaran dan sebagainya. 

Skim Sewa Milik Peralatan Rumah KHIND

Pengeluar perkakasan elektrik pengguna rumah tempatan KHIND telah memperkenalkan skim sewa milik peralatan rumah. 

Ia menawarkan perkhidmatan mampu milik untuk mendapatkan peralatan rumah berkualiti dan boleh dipercayai. Ini juga bertujuan membantu rakyat Malaysia yang masih terkesan dengan beban kewangan akibat pandemik.

Justeru itu pelanggan boleh membayar secara ansuran untuk mendapatkan produk idaman mereka menerusi pelan ansuran dan akan mendapat pemilikan penuh sejurus habis sahaja tempoh pembayaran ansuran.

Buat masa ini, tawaran tersebut hanya khusus di sekitar kawasan Lembah Klang dan akan meliputi kawasan lain pada masa hadapan.

IONIQ 6

Hyundai jenama kereta popular Korea telah memperkenalkan kereta elektrik terbaharu mereka,  IONIQ 6 baru-baru ini. 

Kali ini mereka telah menaikkan taraf kecanggihan dan fungsi kenderaan bagi meningkatkan lagi nilai model kereta elektrik ini.

Selain itu, ia menampilkan rupa bentuk yang lebih santai, dengan penggunaan sistem aerodinamik tulen. 

Seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pusat Reka Bentuk Hyundai, Sang Yap Lee, "IONIQ 6 menggabungkan fungsi, emosi dan estetika."

Model IONIQ 6 bakal diumum dan dilancarkan pada bulan Julai ini dengan spesifikasi penuh serta ciri-ciri pelarasan elektrik yang canggih.

VoloConnect dari Volocopter

Volocopter adalah sebuah syarikat yang membangunkan pembinaan teknologi teksi terbang dan berpusat di Bruchsal, Jerman. 

Terbaharu, mereka telah mencipta sebuah lagi kenderaan terbang bernama VoloConnect yang mempunyai empat tempat duduk penumpang dan memiliki teknologi gabungan kuasa elektrik bersama sistem pesawat udara. 

Ia boleh mencapai kemampuan jarak perjalanan lebih daripada 95 km dengan ketinggian mencecah 155 batu sejam semasa sesi penerbangan pertama.

Reka bentuknya seakan-akan peranti dron cuma saiznya mirip sebuah helikopter kecil. 

Namun ia dijangka akan menemui pasaran pada tahun 2026.

Produk kerusi bayi terbaharu Chicco 

Chicco Malaysia telah melancarkan produk kerusi kereta bayi terbaharu mereka di Mid Valley Southkey, Johor Bahru. 

Kerusi kereta bayi ini, menawarkan jaminan sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan kerosakan produk dalam tempoh 10 tahun, pelanggan akan mendapat jaminan pertukaran produk yang baharu secara terus.

Manakala kerusi kereta bayi yang terkesan akibat banjir akan mendapat 20 peratus diskaun untuk pembelian yang baharu. Ini adalah hasil usaha menerusi pelan perlindungan yang dicipta oleh Chicco Cares. - Getaran, 6 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Buletin Teknovasi: Apa Yang Menarik Minggu Ini

2

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Buletin Teknovasi: Apa Yang Menarik Minggu Ini

3

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Buletin Teknovasi: Apa Yang Menarik Minggu Ini?

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi