Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Buletin Teknovasi: Apa Yang Menarik Minggu Ini

Getaran berkongsi perkembangan terkini dunia teknologi dan inovasi untuk minggu ini.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2022 6:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buletin teknovasi kali ini memaparkan fon telinga terbaharu daripada Honour iaitu Earbuds 3 pro dan sebuah berus gigi paling ringan Jordan Ultralite serta siri terbaharu pembesar suara  daripada SONOS bernama SONOS Ray. 

Turut dipaparkan adalah penggunaan penapis udara terkini daripada Coway iaitu Double HEPA diakhiri dengan sebuah jenama pertukangan tempatan yang dipanggil Balak’s.

Honour Earbuds 3 Pro

Pada 1 Jun 2022, Honour telah mengeluarkan siri terbaru fon telinga iaitu Earbuds 3 Pro dan kebanyakan pengguna memberikan maklum balas  yang luar biasa terhadap prestasi alat peranti ini. 

Mempunyai sistem pengawalan dan amaran suhu ketika menggunakannya, ia turut memiliki kualiti bunyi bass yang sangat hebat dengan pemasangan sistem pembatalan bunyi. 

Menariknya juga, fon telinga alat peranti ini hanyalah seberat  5.1g  sahaja dan ia disertakan dengan ciri pengecasan yang hanya mengambil masa lima minit untuk dipenuhkan khusus bagi  mendengar muzik dalam tempoh dua jam. 

Oleh itu harga yang ditawarkan bagi sebuah unit Honour Earbuds 3 Pro ini bernilai RM699 dengan varian dua pilihan warna iaitu putih dan hitam.

Berus Gigi Jordan Ultralite

Jordan Asia Pacific Sdn Bhd telah memperkenalkan rangkaian berus gigi Jordan Ultralite baharu di Malaysia. Ia adalah antara berus gigi paling ringan, berprestasi tinggi dan cukup mampan di dunia. 

Jenama Scandinavia ini memiliki lebih 50 pasaran global serta telah memelihara gigi ramai orang sejak 1927. Ia serba ringan dan diinspirasikan daripada  gaya hidup aktif rakyat Scandinavia. 

Mempunyai reka bentuk pemegang berus dengan corak heksagon, ia dihasilkan dengan penggunaan plastik sebanyak 50 peratus sahaja. Selain itu,  genggaman ergonomik pada berus itu memberikan keselesaan kepada pengguna. 

Malah, berus gigi ini juga menggunakan 100 peratus bahan tunggal yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung, ia  turut menjadikan ia,  alat yang mampu membantu memelihara alam sekitar. 

Jordan turut mengenakan ujian muktamad ke atas Ultralite dengan menjemput penerjun bebas terkenal di dunia, Jonas, untuk menguji berus gigi tersebut semasa membuat penerjunan di udara.

SONOS Ray

Pada 12 May, SONOS yang merupakan jenama alat pembesar suara daripada Amerika Syarikat telah mengumumkan keluaran siri terbaharu mereka yang dipanggil SONOS Ray. Keluaran siri terbaharu ini telah mengembangkan lagi  produk sistem pembesar suara rumah mudah alih jenama tersebut. 

Malah model ini memberikan pendengaran yang mantap dengan ciri serba mudah untuk menghubungkannya dengan alat elektronik yang lain. 

Kelebihannya adalah ia dapat mengeluarkan gelombang bunyi yang  mampu memenuhi ruang bilik bersaiz sederhana besar. Ruangan ini juga adalah saiz yang ideal untuk siri baharu ini. 

Tambahan pula, ia masih memberikan keseimbangan dan ketepatan bunyi yang dihasilkan walaupun ruangan tersebut padat dengan barangan hiasan dalaman rumah. 

Bahkan, kualiti bunyi yang terhasil daripada pembesar suaranya juga turut diberi penambahbaikan untuk memberikan kepuasan yang maksimum. Telinga anda langsung tidak bingit jika memasang muzik atau lagu dengan kuat.

Harga bagi sebuah unit SONOS Ray bernilai RM1,799. Dengan teknologi yang ditampilkan, ia amat berbaloi untuk dimiliki. 


 

Coway Double HEPA

Sudah semestinya jenama Coway amat sinonim dengan peralatan penapis air dan udara. Pada 13 Mei yang lalu, jenama ini memperkenalkan penapis udara Double HEPA yang baharu untuk memberikan perlindungan berganda serta ketenangan fikiran. 

Model baharu ini mempunyai lapisan anti bakteria tambahan dan antikulat yang memberikan perlindungan berganda di dalam rumah. Ia mampu menyingkirkan habuk ultra halus dengan saiz zarah sehingga 0.01μm sehingga 99.999 peratus. 

Jadi tentunya saat  anda melangkah masuk ke dalam rumah, nafas dan udara yang segar dapat dinikmati di setiap sudut ruang kediaman, sekaligus  meningkatkan lagi kualiti kehidupan anda.

Balak’s

Dalam menyokong industri pertukangan tempatan, Balak’s merupakan jenama terbaharu keluaran Malaysia yang menghasilkan pelbagai jenis rekaan perabot. 

Jenama yang sudah bertapak sejak tiga tahun lalu ini telah menjadi rakan kongsi kepada artis graffiti dan ilustrasi Malaysia iaitu 'Cloakwork' dalam menghasilkan rangkaian produk baharu. Mereka telah membina sebuah meja kayu yang eksklusif dan keluaran terhad bernama 'Cloak-ffee'. 

'Cloakwork' adalah antara kumpulan seni yang telah mengelilingi dunia dan mengadakan kolaborasi dengan jenama terkemuka lain seperti Nike, Samsung dan banyak lagi. Mereka kini berjaya menjadikan industri seni lukis tempatan lebih berkembang maju apabila cuba meluaskan pasaran dalam pembinaan perabot dengan kemahiran pertukangan yang ada pada rakyat Malaysia. - Getaran, 8 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

2

Teknovasi 2 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

3

Teknovasi 6 bulan yang lalu

Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC, SUV Futuristik Serba Mewah

4

Teknovasi 6 bulan yang lalu

Jurugambar Malaysia Menang Anugerah HONOR Magic Moments 2023

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia