web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


7 Pembuat Filem Pendek Terima Dana FINAS

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 7:14AM

Karyawan muda tempatan menerima Dana Khas Filem Pendek daripada FINAS bagi memperkasa kemahiran dalam menghasilkan karya berkualiti dan diterima di peringkat antarabangsa. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tujuh karyawan muda tempatan menerima Dana Khas Filem Pendek daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi memperkasa kemahiran dalam menghasilkan karya berkualiti dan diterima di peringkat antarabangsa.

Mereka ialah Mohd Hairi Safwan dengan karya bertajuk 'Qarin', Lim Han Loong (Family Gathering), Lee Shi Min (Dad's Suit), Syahnur Asyikin Kee Charles (Peace Land), Syazani Zikry Zainul Hakim (A Different View), Felix Elmer Peter John Remek (Pak, Aman Nak Pergi Sekolah) dan Lenathannimalai Srinivasan (Gogu and the Memories of 7 Trees).

Ketua Pegawai Eksekutif Finas Dr Md Nasir Ibrahim berkata dana di bawah Dana Kandungan Digital (DKD) (Sektor Filem) itu bertujuan merancakkan ekonomi industri kreatif dalam negara dengan meningkatkan peluang pekerjaan komuniti dan karyawan muda melalui karya kreatif, di samping merangsang kreativiti penggiat menerusi eksplorasi idea dan karya.

"DKD merupakan usaha berterusan daripada Finas dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dalam memajukan sektor perfileman dan industri kreatif negara melalui penawaran suntikan dana kepada penggiat seni tanah air," katanya kepada media selepas majlis penyerahan surat setuju terima dana tersebut di bangunan Finas di sini malam ini.

Beliau berkata DKD (Sektor Filem) disasarkan kepada karyawan muda bagi menggalakkan penerbitan filem pendek berkualiti dan terbuka kepada semua genre yang mempunyai nilai komersial bagi penyertaan pertandingan atau festival dalam dan luar negara.

"Kita berharap penyaluran dana di bawah DKD ini membantu membina semula industri kreatif serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada penggiat seni tanah air yang terkesan pandemik COVID-19," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN