web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lionsgate Bakal Hasilkan Naruto Versi Nyata

Desas-desus bahawa Lionsgate bakal menghasilkan Naruto versi nyata hangat diperkatakan kebelakangan ini

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2023 5:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Animasi Naruto sememangnya menjadi kegilaan ramai tanpa mengira jantina atau usia. Impaknya begitu hebat, bahkan setiap watak memberi kesan yang amat mendalam kepada semua peminat.

Penangan animasi ini membuatkan ada saluran YouTube bertindak menghasilkan kisah Naruto versi nyata secara tidak rasmi.

Bagaimanapun, baru-baru ini timbul khabar angin bahawa produksi terkemuka, Lionsgate bakal mengadaptasi Naruto ke versi nyata.

Naruto asalnya ialah manga yang dihasilkan Masashi Kishimoto. Ia pantas menarik perhatian peminat dan laris bagaikan pisang goreng panas. Sambutan hangat itu membuatkan ia diadaptasi sebagai siri dan filem animasi.

Difahamkan, filem Naruto ini akan ditulis oleh Tasha Huo, iaitu penulis filem Red Sonja yang juga diadaptasi daripada komik Conan the Barbarian. Studio Lionsgate pastinya akan memaparkan kualiti grafik yang begitu hebat seperti filem-filem yang pernah ditayangkan sebelum ini seperti The Hunger Games

Buat masa ini, jalan cerita serta senarai pelakon masih belum diumumkan. Kaedah tayangan juga masih tidak diketahui, sama ada akan ditayangkan di pawagam atau di platform tertentu.

Jika anda mengikuti siri animasi hebat ini, pernahkah anda tertanya-tanya adakah penceritaan Naruto ini mempunyai pengakhiran? Ini kerana ramai yang menyangkakan kartun ini akan tamat selepas selesainya episod akhir, yang menyaksikan Naruto berlawan dengan rakannya, Sasuke selepas menewaskan musuh tradisinya iaitu Kaguya.

Animasi ini kini diteruskan dengan siri Boruto iaitu kisah anak Naruto. Ia masih sebuah siri yang mantap dan menarik. 

Sama-samalah kita nantikan pengumuman terkini berkenaan pembikinan filem animasi versi nyata ini yang pastinya akan menerima sambutan hangat daripada peminat. - Getaran, 3 Disember 2023

Sumber: Polygon.com

Isu Pada

Pesona Nana Mahazan 2 Disember

02 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas