Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


7 Destinasi Eropah Terbaik Untuk Percutian Musim Luruh

Percutian pada musim luruh menjanjikan harga yang lebih menjimatkan serta membolehkan anda menikmati keindahan dedaunan yang bertukar warna oren kemerah-merahan

TARA Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2023 12:31PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila merancang percutian ke luar negara, selalunya faktor cuaca akan mempengaruhi perancangan atau keputusan yang dibuat, terutamanya apabila ia melibatkan negara empat musim. 

Tidak dinafikan, musim panas sering menjadi pilihan ramai kerana ia menjanjikan sebuah perjalanan menyeronokkan, lancar, dan yang paling penting boleh mengembara secara ‘ringan’. Tak perlu bawa baju panas dan jaket tebal. Bagaimanapun, bersedialah untuk membayar segala-galanya pada harga yang lebih mahal.

Namun, jika anda memilih bercuti atau mengembara di luar waktu puncak, anda sebenarnya seorang yang bijak. Banyak tawaran dan promosi yang menanti, termasuklah tambang perjalanan dan juga penginapan. Jadi untuk musim luruh kali ini, destinasi yang mana menjadi pilihan hati? 

Jika ingin ke Eropah, berikut adalah tujuh destinasi eropah yang terbaik  untuk dilawati pada musim luruh

1. Itali

Foto : Unsplash / @italia_with_grecia

Musim luruh adalah permulaan musim kurang sibuk di Itali. Majoriti pelancong telah tiada pada penghujung Ogos, menjadikan musim luruh masa yang sesuai untuk dikunjungi oleh mereka yang ingin berjimat untuk penginapan dan pengangkutan.

Ketika ini destinasi pantai seperti Amalfi dan Sardinia masih menjanjikan cuaca yang ‘cukup panas’ untuk berenang di laut dan bersantai di tepi pantai sambil menikmati keindahan matahari terbenam.

Pantai Almafi
Pantai Almafi

Bandar popular seperti Rom sudah mula sejuk, begitu juga dengan Venice dan Tasik Como yang terletak di utara Itali. Jaket tebal bagaimanapun masih tidak diperlukan. Cukuplah membawa pakaian luar yang nipis. 

2. Greece

Foto : Unsplash

Sama seperti Itali, aktiviti pelancongan di Greece juga mula ‘perlahan’ apabila September bermula.  Pulau-pulau Greek yang popular dan dibanjiri oleh pencipta kandungan seperti Santorini dan Mykonos lebih tenang dan senyap, tetapi semuanya masih dibuka untuk kunjungan pelancong.

Namun perlu diingatkan pada musim luruh, banyak hotel, restoran dan kedai di pulau ini akan ditutup. Jadi, rancang perjalanan anda dengan teliti supaya tidak bertukar menjadi mimpi ngeri.  Tempah hotel lebih awal dan cari maklumat di mana anda boleh menjamu selera. 

Selain itu, sematkan dalam fikiran anda boleh menikmati Santorini sepuas-puasnya tanpa perlu berebut-rebut. Boleh bergambar selama mana yang anda mahukan! Athens juga lebih menyenangkan untuk dilawati semasa musim luruh kerana anda boleh meneroka tinggalan sejarah tanpa perlu berpanas dan berpeluh-peluh. 

3. Perancis

Foto : Unsplash

Perancis adalah destinasi lain yang paling baik dikunjungi semasa musim gugur.

Walaupun ramai pengembara yang pergi ke Paris pada musim panas, tetapi mereka akhirnya melalui pengalaman yang tidak menyenangkan. Mereka juga akan mendapati bandar itu dipandang terlalu hebat, namun hakikatnya berlainan. Lebih menjengkelkan hotel-hotel yang terletak di tengah bandar mula melambung tinggi.

Pada musim luruh, ceritanya berbeza. Pengangkutan awam tidak sesak, hotel harganya lebih masuk akal dan tarikan seperti muzium dan Menara Eiffel, serta restoran popular juga tidak memerlukan anda beratur panjang. Cuaca ketika ini menjadi sangat nyaman dan menyenangkan.

Selain Paris, anda juga boleh panjangkan langkah ke Nice di Côte D'Azur. Terletak di French Riviera, bandar ini terkenal dengan kepelbagaian budaya dan suasana yang santai. Daripada galeri seni bertaraf dunia seperti Musée d'Art Moderne et d'Art Contemporain kepada restoran berbintang Michelin yang luar biasa.

4. Sepanyol

Foto : Unsplash

Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Barcelona, Madrid dan Seville pada musim panas, pasti anda maklum dengan keadaannya. Kiri, kanan, depan, belakang penuh dengan pelancong. Hendak bergambar pun susah. Cuaca pula panas terik sehingga boleh mencecah sehingga 43˚  selsius. 

Oleh itu, bawalah diri ke sini pada musim luruh kerana ia adalah masa yang lebih baik untuk melawat negara ini dalam suasana santai. Anda masih boleh menikmati melawat pantai Sepanyol dan berenang di laut sepanjang bulan September.

Bandar pinggiran laut yang mesti anda lawati pada musim ini ialah Costa del Sol. Cuaca cerah pada Oktober dan angin tenang memberikan masa yang sesuai untuk berenang, berehat dan berjemur. Pantai Costa del Sol adalah tenang pada waktu ini sehingga membolehkan pengembara menikmati pantai itu sendiri sepuas-puasnya. 

5. Portugal

Foto : Unsplash

Negara Eropah yang satu ini menjanjikan landskap alam mempesona, harga berpatutan dan tarikan yang bukan sedikit untuk diterokai. Bandar-bandar seperti Porto, Lisbon, Madeira, Faro dan Lagos sentiasa sesak dengan pelancong ketika musim panas.  Dengan populariti yang semakin meningkat, percayalah anda tidak mahu ke sini pada waktu puncak, iaitu musim panas.  Semuanya menjadi mahal dan membebankan poket. 

November ialah bulan yang hebat untuk percutian untuk mengunjungi tarikan yang terletak di selatan Portugal. Boleh bermain satu pusingan golf di Vilamoura, mendaki di sepanjang denai pantai Rota Vicentina, berbasikal di timur Algarve atau meluncur di Sagres. 

November juga salah satu masa terbaik dalam setahun untuk percutian pelancongan atau campervan di selatan dan timur Portugal. Kadar sewaan kenderaan pada waktu ini  adalah paling murah, jalan raya akan kosong, dan terdapat banyak ruang kosong di tapak perkhemahan. Bilik-bilik hotel juga lebih banyak tersedia.

6. Croatia

Foto :@bestcitiesofeurope

Selepas Croatia secara rasmi memasuki Zon Schengen pada awal tahun ini dan menerima pakai Euro sebagai mata wangnya, segalanya menjadi mahal di sini. Sebagai contoh, aktiviti berjalan di tembok bandar Dubrovnik yang dulunya berharga 150 kuna (kira-kira AS$24) kini berharga €35 (kira-kira AS$38). 

Walaupun beberapa kenaikan harga ini tidak dapat dielakkan, anda masih boleh menjimatkan wang dengan mengembara semasa musim gugur apabila musim panas telah berakhir.

Dubrovnik, mutiara pantai Adriatik. Bandar ini menawarkan pemandangan laut yang menakjubkan dan bumbung berjubin merah
Dubrovnik, mutiara pantai Adriatik. Bandar ini menawarkan pemandangan laut yang menakjubkan dan bumbung berjubin merah

Pada awal musim luruh (akhir September hingga Oktober), suhu berjulat dari sekitar 15°selsius hingga 25° selsius dan beransur-ansur menurun apabila musim luruh berlangsung.

Kawasan pantai Croatia cenderung untuk kekal lebih panas untuk lebih lama semasa musim luruh. Laut Adriatik diketahui mengekalkan haba musim panasnya sehingga Oktober. Jadi pengembara boleh menikmati aktiviti berenang yang menyenangkan tanpa perlu bersesak dengan pelancong lain. 

Lebih jauh ke pedalaman, di sekitar Taman Negara Zagreb dan Plitvice Lakes, pengembara boleh menikmati suhu yang lebih sejuk dan hujan sekali-sekala, yang boleh menambahkan suasana romantik kepada suasana percutian. 

7. United Kingdom

Foto : @londoncity.best

Destinasi buruan rakyat Malaysia. September dan Oktober juga merupakan masa yang sesuai untuk mengalami dedaunan musim luruh di UK. Destinasi seperti Cotswolds sememangnya menakjubkan semasa bulan-bulan musim luruh ini.

Ketika ini  juga London kurang sesak, dan anda boleh menikmati cuaca yang nyaman  sambil menerokai bandar popular ini. Boleh juga habiskan masa dengan membeli-belah di Oxford Street. 

Selain itu, inilah masanya untuk anda mengikuti  beberapa perayaan menuai (harvest festivals). Acara tradisi ini akan berjalan di banyak bandar dan kampung. Malah London meraikan musim menuai dengan Pertunjukan Festival Penuaian London RHS yang menawarkan pertandingan labu gergasi, makanan bermusim, muzik secara langsung dan aktiviti untuk kanak-kanak seperti bobbing epal. - Getaran, 8 Oktober 2023

Isu Pada

Jadi Diriku - Tunku Rania 7 Oktober

07 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Anwar Pelawa Firma Perniagaan Jerman, Eropah Melabur Di Malaysia

2

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

4

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City