Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anwar Pelawa Firma Perniagaan Jerman, Eropah Melabur Di Malaysia

Ekonomi Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Mar 2024 8:20AM

Anwar Ibrahim - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERLIN - Malaysia mempelawa kalangan firma Jerman serta perniagaan di serata Eropah untuk turut mengambil bahagian, melabur dan menjalin kerjasama dengan
Malaysia yang juga sebuah negara dinamik, strategik dan pesat berkembang.

Ketika membuat pelawaan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga menawarkan barisan tenaga kerja mahir, infrastruktur moden, persekitaran kawal selia yang jelas selain potensi pertumbuhan yang besar.

"Kami adalah sebuah ekonomi dinamik yang sesuai dan menepati abad ke-21, malah rakan kongsi yang sempurna untuk kalangan perniagaan Jerman," kata beliau ketika menyampaikan ucaptama pada acara SME Future Day 2024 (Mittelstand) khusus untuk kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di sini, hari ini.

Acara yang diadakan di Berlin Station dan dianjurkan oleh Persatuan PKS Jerman (BVMW), menghimpunkan kira-kira 5,000 usahawan PKS selain turut disertai oleh wakil kerajaan dan tokoh korporat terkemuka negara itu.

Anwar yang kini dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke negara ekonomi ketiga terbesar dunia itu, turut mengetengahkan kelebihan Malaysia sebagai pintu masuk strategik untuk Jerman ke pasaran Asean yang lebih besar.

"ASEAN dijangka muncul sebagai ekonomi kelima terbesar dunia menjelang 2030. Rantau ini turut menyediakan peluang bagi pertumbuhan yang eksponen," kata beliau.

Sejak sedekad lepas, Jerman kekal sebagai rakan dagang utama Malaysia di Kesatuan Eropah (EU) dan Malaysia merupakan rakan dagang terbesar negara itu di Asia Tenggara.

Perdagangan dua hala telah melonjak sebegitu ketara pada purata tahunan sebanyak 5.2 peratus manakala Malaysia terus menjadi destinasi menarik bagi pelaburan langsung asing (FDI) dengan syarikat Jerman melabur sebanyak 8.5 bilion euro pada 2023.

PKS Dan Ekonomi Digital 

Pada sesi pertemuan dengan perniagaan dan pelabur Jerman, Anwar memaklumkan mereka mengenai kedudukan Malaysia sebagai pintu masuk kepada ekosistem halal dan ekonomi digital.

Malah, sejajar usaha Jerman yang berhasrat untuk menembusi pasaran halal, beliau berkata Malaysia selaku peneraju dalam industri bernilai berbilion dolar, adalah rakan kongsi yang ideal dengan menawarkan kepakaran, infrastruktur dan rangka kerja kawal selia halal yang mantap.

Sewaktu berucap, Perdana Menteri berkata Malaysia dan Jerman serta ekonomi masing-masing dibangunkan pada asas yang sama iaitu bersandarkan PKS walaupun saiz sektor PKS Jerman jauh lebih besar.

Beliau juga menyifatkan Jerman sebagai sumber inspirasi kerana kejayaan negara itu untuk bangkit dengan lebih kukuh selepas mengalami kemusnahan dalam Perang Dunia Kedua.

Pada masa ini, kata Perdana Menteri, terdapat lebih daripada 700 syarikat-syarikat Jerman beroperasi di Malaysia, termasuk firma terkemuka seperti Siemens, Infineon serta Volkswagen.

Selain itu, Anwar berkata firma Jerman boleh bekerjasama dengan Malaysia dalam usaha yang berkaitan dengan membangunkan tenaga boleh baharu.

Beliau turut mengambil peluang dengan mempromosikan Malaysia sebagai hab pelancongan dan mengetengahkan keunikan negara ini yang kaya dengan hutan serta pantai yang boleh dikunjungi sepanjang tahun.

Selain menggalakkan PKS untuk menerima inisiatif hijau, termasuk amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), Anwar berkata kerajaan turut melonjakkan ekonomi digital dengan tumpuan khusus bagi menggalakkan teknologi digital kepada kalangan PKS bagi meningkatkan pertumbuhan eksport.

Sebanyak enam syarikat Malaysia menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, menyertai pameran dalam acara itu di sini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Kes Najib: Keputusan Lembaga Pengampunan Adalah Muktamad - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini

Ekonomi 5 jam yang lalu

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City