web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Proton Saga Versi Hotwheels Di AOS 23 Tawan Hati Pengunjung

Kerjasama pertamaa Hot Wheels X Proton menjadi kebanggaan dan mengujakan semua pencinta kereta mainan tersebut di Art Of Speed 2023

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2023 7:18PM

Hot Wheels edisi khas Proton Saga yang pasti menjadi buruan pengumpul

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini, penulis sebagai peminat dunia automotif telah hadir ke sebuah acara gaya hidup yang wajib dihadiri setiap tahun iaitu Art Of Speed Malaysia(AOS) 2023 yang berlangsung selama dua hari. Tahun ini pelbagai aktiviti dan acara dalaman diadakan dan mengejutkan ribuan pengunjung yang hadir.

Antara kawasan yang dikerumuni pengunjung di AOS adalah gerai kereta mainan terkenal dunia Hot Wheels. Hot Wheels di AOS tahun ini mengadakan beberapa aktiviti menarik dan pameran eksklusif hasil kolaborasi pertamanya bersama Proton. Begitu riuh kawasan tersebut apabila beberapa kejutan diadakan.

Karya rekaan kereta mainan (diecast) Hot Wheels Oleh Saw Jane Harn
Karya rekaan kereta mainan (diecast) Hot Wheels Oleh Saw Jane Harn

Sebagai pembukaan, Hotwheels dan Proton telah mengumumkan pemenang bagi pertandingan Rekaan Hot Wheels X PROTON Kanak-Kanak 2023 yang diadakan sebelum ini. Saw Jane Harn dari Pulau Pinang mencipta sejarah apabila rekaannya digunakan pada pek bungkusan model kereta permainan (diecast) Hot Wheels.

Saw Jane Harn bersama Ketua Reka Bentuk Lanjutan Proton (kiri) dan Matt Gabe Pereka Pembungkusan Utama, Mattel (kanan) 
Saw Jane Harn bersama Ketua Reka Bentuk Lanjutan Proton (kiri) dan Matt Gabe Pereka Pembungkusan Utama, Mattel (kanan) 

Bagaikan mimpi buat kanak-kanak cilik ini, rekaannya akan dicetak pada pek bungkusan Hot Wheels Proton Saga edisi istimewa yang bakal dipasarkan di seluruh negara tahun depan.

 Hot Wheels Proton Saga (prototaip)
Hot Wheels Proton Saga (prototaip)

Prototaip model Proton Saga edisi Hotwheels ini nyata memukau mata pengunjung sebaik sahaja ia dipamerkan. 

Walaupun prototaip, ada juga segelintir pengunjung yang sanggup untuk menawar harga tinggi untuk membeli model berkenaan. Sayangnya, ia bukan untuk dijual.

Model yang berskala 1:64 merupakan Proton Saga ikonik tahun 1985
Model yang berskala 1:64 merupakan Proton Saga ikonik tahun 1985

Model prototaip yang dilancarkan pada 2022 ini merupakan langkah kerjasama pertama kedua-dua syarikat. Ini satu perkara yang membanggakan dan pasti menjadi buruan pengumpul-pengumpul kereta mainan ini kerana model yang berskala 1:64 merupakan Proton Saga ikonik tahun 1985.

Wah, terharu rasanya apabila kereta nasional pertama Malaysia ini menjadi pilihan dan merupakan keluaran sempena sambutan ulang tahun ke-40 Mattel Malaysia seperti Proton yang menyambut ulang tahun yang sama pada 7 Mei lalu. 

Kolaborasi dan ulang tahun ini juga menandakan pelbagai permulaan serta peluang sulung membawa kereta nasional Malaysia di mata dunia bersama pek bungkusan karya rekaan Saw Jane Harn.

Hot Wheels Proton Saga akan dibawa ke pentas global selepas ia menjadi antara koleksi individual Hot Wheels dan dijangkan menjadi jualan terlaris di dunia. Bahkan, Mattel Malaysia secara rasmi diberi mandat sebagai pengeluar tunggal model ini.

Memandangkan Proton Saga menjadi model pertama versi Hotwheels, adakah kedua-dua pihak juga bercadang untuk mengeluarkan model Proton yang lain?

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah memaklumkan setakat ini Proton ingin fokus terlebih dahulu terhadap model Proton Saga memandangkan ia adalah kolaborasi pertama. Malah mereka juga mahu melihat aspek pemasaran terlebih dahulu berikutan Proton mempunyai pelbagai model kenderaan.

Jadi pada pendapat penulis, ada kemungkinan koleksi eksklusif edisi terhad akan dikeluarkan lagi dan diteruskan dengan model-model Proton yang ada. 

Buat peminat dan pengumpul koleksi kereta Hot Wheels di Malaysia, diingatkan bahawa seluruh dunia bakal menantikan keluaran Hot Wheels Proton Saga ini yang dijadualkan memasuki pasaran di lebih 150 negara bermula Disember 2023. 

Matt Gabe bersama model-model Hot Wheels lain keluaran Eksklusif.
Matt Gabe bersama model-model Hot Wheels lain keluaran Eksklusif.

Bagi edisi Hot Wheels Proton Saga edisi terhad dengan pek bungkusan rekaan eksklusif pula akan mula dipasarkan di Malaysia tahun depan, termasuklah model terhad yang lain. 

Model eksklusif Hot Wheels di AOS 23
Model eksklusif Hot Wheels di AOS 23

Oleh itu, sejurus sahaja tarikh tersebut sudah tiba, bukalah mata anda seluas-luasnya dan intai premis jualan Hot Wheels di butik permainan utama, gedung beli-belah, pasar raya besar, kiosk stesen minyak, pembelian talian, dan kedai serbaneka. Untuk informasi lanjut, layari laman facebook rasmi Hot Wheels X Proton. - Getaran, 6 Ogos 2023

Sumber Foto: AOS dan Izwan Ramlan

Isu Pada

Bicara Hati Halim Othman

12 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini