Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Bunga Terbaik Untuk Dijadikan Pewangi

Penulis berkongsi lima bunga terbaik untuk dijadikan sebagai sebagai bahan minyak wangi.

TARA Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2023 12:19PM

Ada pelbagai jenis bunga sesuai dijadikan pati pewangi kerana bau yang harum dan memikat hati - gambar Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bunga adalah tumbuhan cantik ciptaan Allah SWT untuk menghiasi dunia. Bukan sekadar indah dipandang, terdapat beberapa jenis bunga diangkat sebagai simbolik dan sesuai dijadikan hadiah untuk insan tercinta, hiasan di rumah dan ada juga diproses menjadi produk wangian.

Hampir 400,000 ribu jenis bunga dikesan di muka bumi ini tetapi tahukah anda apakah jenis bunga paling harum dan menjadi antara yang terbaik untuk dijadikan pewangi?

Hari ini penulis berkongsi lima bunga terbaik untuk dijadikan sebagai sebagai bahan minyak wangi.

Jasmine (Melur)

Nama Jasmine berasal daripada perkataan Parsi 'Yasmine' - gambar Pexels
Nama Jasmine berasal daripada perkataan Parsi 'Yasmine' - gambar Pexels

'Jasmine' ini berasal daripada perkataan Parsi 'Yasmine' yang bermaksud 'wangian'. Lebih 200 spesies bunga ini dikesan namun hanya terdapat dua saja yang digunakan sebagai bahan pewangi  iaitu Jasmine sambac dan dan Jasmine grandiflorum.

Asal usul sambac sebenarnya berasal dari China dan India tetapi kini kebanyakannya ditanam di India, manakala Grandiflorum pula berasal dari Afghanistan dan Iran serta banyak ditanam di Perancis.

Jasmine telah lama dikenali sebagai raja bunga, manakala mawar digambarkan sebagai ratu. Bau bunga Jasmine digambarkan seperti mengkhayalkan, pedas, sedikit manis dan mengandungi bau nipis buah-buahan.

Pembuatan pewangi yang menggunakan bunga ini turut menjadikan patinya antara yang termahal kerana penghasilan bahan likat tersebut memerlukan kira-kira 750 kg bunga untuk mendapatkan hanya 1 kg ekstrak mutlak. Tidak hairanlah pewangi yang mengandungi bahan bunga ini mahal-mahal belaka.

Tuberose berasal dari Mexico - gambar herbalwise.com
Tuberose berasal dari Mexico - gambar herbalwise.com

Tuberose (Sedap  Malam)
Sedap Malam adalah antara bau bunga yang paling berkuasa dan berasal dari Mexico. Ini antara spesies bunga dengan haruman kuat dan menghairahkan namun hati-hati, Sedap Malam juga mengeluarkan bau yang sangat busuk apabila kelopak mula bertukar perang. Jadi jika anda bercadang untuk menjadikan ia perhiasan di rumah, pastikan bunga ini terus mekar mewangi.

Untuk makluman, bunga ini turut menerima gelaran ‘Ratu Malam’ dan terdapat sebuah kisah di Victoria, England, menceritakan bagaimana gadis di sana dilarang untuk mendekati bunga ini atau melawat pada waktu petang. Ini kerana takut mereka akan tergoda oleh baunya.

Uniknya bunga ini, kelopak bunganya akan mekar di waktu malam. Bunga ini menjadi ramuan di dalam pewangi yang memabukkan, pedas, berkrim dan eksotik. Patinya juga ia memiliki harga yang mewah kerana lebih kurang 3600 kg diperlukan untuk mengekstrak pati tersebut menjadi hanya seringab 0.5 kg!

Ylang-Ylang (Kenanga)

Walaupun tidak berwarna putih, ylang ylang adalah bunga indah yang berkongsi ciri umum denagn bau bunga putih lain iaitu memabukkan dan pedas, buah-buahan, eksotik dan manis.

Ylang ylang juga dirujuk sebagai 'bunga orang miskin' dan walaupun berasal dari ASEAN, bunga ini boleh ditemui di Afrika, Caribbean dan Amerika. Ylang ylang tumbuh dengan ciri-ciri kelopak kuning atau hijau yang mengembang besar serta panjang. Ia akan dipetik apabila kelopaknya menghasilkan warna kemerahan seterusnya menghasilkan bau wangi.

Pati bunga yang digunakan untuk minyak wangi ini menghasilkan ekstrak yang paling halus. Hanya memerlukan 400 kg bunga untuk mendapatkan 1 kg minyak. Bau balsamic yang dihasilkan lembut dan sedikit berkrim.

Frangipani (Kemboja)

Frangipani menghasilkan bau paling kuat pada waktu malam - gambar pexels
Frangipani menghasilkan bau paling kuat pada waktu malam - gambar pexels

Bunga Frangipani mempunyai tiga jenis warna iaitu putih, kuning atau merah jambu. Bauan dihasilkan selalunya mengingatkan kita kepada sesuatu yang eksotik dan tropika, memandangkan bunga ini berasal dari kawasan tropika ASEAN, Caribbean dan Brazil. Bahkan ia juga akan menghasilkan haruman yang paling kuat ketika waktu malam dan uniknya, bung ini tidak mempunyai sebarang nektar.

Selain itu, bunga ini digambarkan sebagai eksotik, tropika, memabukkan, laktonik, dan manis dengan sedikit bau lemon.

Penghasilan minyak wangi menggunakan bahan ini selalunya menggabungkan campuran orris dan pelbagai rempah ratus, termasuk wain untuk memperingatkan bau ‘Sarung tangan Frangipani’ yang dipakai semasa zaman penjajahan Perancis suatu ketika dahulu.

Narcissus (Daffodil)

Narcissus ditanam secara meluas di seluruh Asia dan Asia Barat - gambar Unsplash
Narcissus ditanam secara meluas di seluruh Asia dan Asia Barat - gambar Unsplash

Bunga narcissus mungkin merupakan satu-satunya bunga liar yang kini digunakan dalam wangian komersial. Bunga ini berasal dari padang rumput dan hutan di seluruh Eropah Selatan dan Afrika Utara, tetapi ditanam secara meluas di seluruh Asia serta Asia Barat.

Istilah narcissus sering dikaitkan dengan perkataan Yunani 'narke' yang bermaksud narkotik yang dikaitkan dengan bau bunga tersebut.

Narcissus kaya dengan bau yang harum, memabukkan, pedas dan agak keras bahkan ia lebih manis daripada bunga putih yang lain.

Bunga ini memerlukan hampir 500 kg untuk mendapatkan pati seberat 300g hingga 1 kg pati. Walaupun baunya boleh membuatkan si pemakai menjadi ketagih, mereka harus berhati-hati apabila menggunakannya kerana ia sangat kuat dan hanya sedikit cecair sahaja diperlukan untuk baunya meresap ke seluruh badan anda. - Getaran, 27 Julai 2023

Sumber: Experimentalperfumeclub.com

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand