web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Elfira Loy Terbang Ke Paris Demi Emily In Paris 

Duta Buttonscarves yang pertama di Malaysia, Elfira Loy menjadi wajah The Parisian Series, koleksi eksklusif jalinan kejasama dengan siri TV popular Netflix, Emily In Paris.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 8:00PM

Buttonscarves hadir dengan koleksi cukup istimewa iaitu The Parisian Series digayakan dutanya sendiri, Elfira Loy. - Gambar oleh Buttonscarves

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Populariti siri Netflix, Emily In Paris membuatkan banyak mata berminat untuk berkolaborasi demi sebuah penjenamaan dan juga keuntungan. 

Selepas jenama kopi Starbucks membawakan koleksi Emily in Paris kepada peminat kopi, kini jenama fesyen dari Indonesia, Buttonscarves pula mengorak langkah dengan menjalinkan kerjasama dengan siri popular ini. 

Sempena musim ketiga Emily In Paris bermula Disember lalu, Buttonscarves hadir dengan koleksi yang cukup istimewa iaitu The Parisian Series yang digayakan oleh duta Buttonscarves sendiri, Elfira Loy.  

Gambar oleh Buttonscarves
Gambar oleh Buttonscarves

Diinspirasikan oleh keindahan kota cahaya, Paris, di mana impian, cinta dan keajaiban tercipta, The Parisian Paris ini pasti menarik minat pengikut setia Buttonscarves, atau BS Ladies untuk mengembara ke kota cinta itu, bahkan ke mana-mana dengan rangkaian tudung, beg dan aksesori menawan. 

"Tidak pernah terlintas di fikiran ini yang saya boleh menjalinkan kerjasama dengan jenama hebat.  Apatah lagi untuk Emily In Paris! Saya sememangnya menggemari siri ini dan mengikuti perjalanan Emily untuk memulakan kehidupan baru di Paris.”

“Keceriaan, keperibadian dan semangat yang ada pada Emily sesungguhnya memberi inspirasi kepada saya. Bersama Buttonscarves, kami bekerjasama untuk pergi lebih jauh dan diharapkan The Parisian Series ini juga boleh mencipta sesuatu yang indah untuk penggemar fesyen,” ulas Elfira teruja.

Bagi Pengasas Buttonscarves, Linda Anggrea, kerjasama antarabangsa ini adalah sesuatu yang diimpikan dan percaya setiap individu boleh mendapatkan sesuatu daripada koleksi eksklusif ini.

Gambar oleh Buttonscarves
Gambar oleh Buttonscarves

"Apabila dapat menjalinkan kerjasama dengan jenama antarabangsa, Netflix, ia adalah impian yang menjadi kenyataan! Sejak penampilan sulungnya, Emily In Paris bukan sahaja menjadi bualan ramai tetapi juga telah memberi impak yang besar kepada industri fesyen. Emily yang berani dalam berfesyen telah memberi inspirasi kepada kami untuk pergi lebih jauh dan melangkaui kebiasaan.”

“Daripada rona pastel sehinggalah rona terang, kami memastikan setiap orang mempunyai sesuatu untuk dibawa pulang. Kami juga berbesar hati melantik teman baik saya, Elfira Loy sebagai duta jenama Buttonscarves Malaysia, sekaligus menjadi wajah kempen ini untuk memenuhi keperluan komuniti BS Ladies Malaysia," ulas Linda.

Sama seperti siri TV popular itu sendiri, koleksi The Parisian Series ini dihidupkan di tengah-tengah kota Paris dengan membawa Elfira melawat beberapa lokasi ikonik Emily In Paris iaitu Place de l'Estrapade, yang menempatkan watak utama, pangsapuri Emily, dan Cafe Terra Nera; Place de Valois, yang menempatkan pejabat Emily; Savoir; Jardin du Palais Royal; dan banyak lagi.

Sempena meraikan pelancaran koleksi ini, baru-baru ini Elfira mengejutkan peminat dengan pengambilalihan dua hari di Instagram rasmi Buttonscarves Malaysia, @thebslady_my, di mana dia berkongsi rakaman eksklusif di belakang tabir Emily in Paris x Buttonscarves The Parisian Series.

Gambar oleh Buttonscarves
Gambar oleh Buttonscarves

The Parisian Series menampilkan 15 warna tudung yang terdiri daripada saiz kecil (S) hinggalah yang paling besar (XL). Setiap satu akan dijual pada harga di antara RM135 hingga RM155.

Aksesori kegemaran hijabista, kerongsang turut tersenarai dalam koleksi ini. Anda boleh dapatkan Kerongsang Petite Pakej Emily dan Kerongsang Emily yang dijual pada harga serendah RM150 setiap satu. Tidak ketinggalan, Beg Flap Emily Alma dalam bentuk kecil dan sederhana, yang masing-masing dijual dengan harga RM585 dan RM655.

Untuk melihat dan membeli koleksi ini, anda boleh singgah di salah satu butik Buttonscarves yang terletak di Avenue K, Setia City Mall dan 1 Utama Shopping Centre. - Getaran, 7 Januari 2023 

Isu Pada

'Kebangkitan' Farid Kamil

07 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh