Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Kalau Singgah Di Daerah Sepang, Boleh Jamu Selera Di 6 Restoran Ini

Daerah Sepang punya pelbagai tarikan yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga. Selain itu, banyak juga restoran dan kafe yang boleh dicuba.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 2:12PM

Makanan enak yang boleh anda cuba jika berkunjung ke daerah Sepang - Semua gambar ihsan Tourism Selangor

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peluang menikmati makanan halal yang menambat selera boleh membuatkan hati senang seharian. Sebab itulah setiap kali berpeluang berjalan, antara tarikan yang mesti diintai ialah lokasi untuk menjamu selera. 

Kali ini Getaran ingin berkongsi enam tempat makan yang boleh anda kunjungi seandainya anda bercuti di daerah Sepang. Restoran-restoran ini menyajikan makanan enak pada harga yang berpatutan.

 

1) SENANDUNG MALAM SEAFOOD, BAGAN LALANG

Terletak di Bagan Lalang dan hanya satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur, restoran ini menyajikan pelbagai jenis makanan laut yang segar seperti pelbagai jenis ikan, sotong, udang, dan kerang-kerangan. Setiap makanan laut dijual secara timbang dan anda boleh pilih cara masakan yang digemari. 

Senandung Malam Seafood ialah restoran ‘outdoor’ yang menghadap pantai dan dibuka bermula jam 5 petang. Jadi pelanggan boleh menikmati hidangan sambil menikmati angin bayu dan menyaksikan matahari terbenam.

 

2) THE TEPEN, CYBERJAYA

Anda ada masalah memilih antara masakan Itali dan Malaysia? Kenapa tidak pilih sahaja kedua-duanya? The Tepen di Tamarind Square, Cyberjaya menyajikan hidangan gabungan Asia yang terbaik. Dengan hidangan pasta Aglio Olio bersama bunga kantan ataupun salmon panggang dalam hidangan laksa, restoran ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba menu yang lain daripada yang lain. 

Selain itu, mereka turut menghidangkan nasi putih dalam buluh bersama pilihan lauk pauk dan pelbagai pencuci mulut yang unik. Jadi, jangan lupa untuk kunjungi restoran berinspirasi retro ini apabila anda pergi ke Cyberjaya.

 

3) PAK NGAH CYBER KOPITIAM, CYBERJAYA

Teringin menu yang lebih ringkas seperti telur separuh masak dan roti bakar? Pak Ngah Cyber Kopitiam yang terletak di Cyberjaya adalah jawapannya.  Kopitiam gaya moden ini menghidangkan hidangan klasik kegemaran rakyat Malaysia seperti nasi lemak, asam laksa, telur separuh masak, roti titab, dan roti bakar bersama kaya dan mentega. 

Padankan hidangan tersebut bersama kopi dan kuih tempatan untuk mulakan hari anda. Menu restoran ini juga termasuk hidangan barat seperti ‘chicken chop’, tortilla dan pasta untuk memuaskan selera dan citarasa anda. Satu lagi hidangan yang mesti anda cuba ialah nasi minyak ala kenduri kahwin.

 

4) THE BOTANIST, CYBERJAYA

Jika anda gemar merakam gambar untuk dikongsi ke akaun media sosial, The Botanist merupakan sebuah kafé wajib anda kunjungi. Menampilkan dekorasi yang cantik dengan suasana tropika, banyak sudut yang ‘instagrammable’.  

Café ini menyajikan ‘bao burger’ yang unik dan menjadi salah satu hidangan istimewa mereka. Lengkapkan minum petang anda dengan minuman kopi atau teh kegemaran. Jika anda seorang vegan, terdapat pilihan bukan tenusu. Terletak di Tamarind Square, kafé ini juga menjual produk mesra alam seperti berus gigi bukan plastik dan sabun bebas kimia sebagai salah satu inisiatif mereka untuk mempromosikan kesedaran bebas sisa di kafe ini. 

 

4) LUCK BROS KOPI, KLIA2

Luck Bros Kopi di KLIA2 menyajikan kopi, hidangan panas dan manisan yang beraneka. Selain hidangan sarapan, makan tengahari dan makan malam, kafe ini juga mempunyai pilihan ‘on-the-go’ untuk mereka yang inginkan hidangan yang mudah dan cepat, terutama sekali untuk para penumpang penerbangan.

Jika anda ingin berkongsi kenikmatan minuman di sini bersama rakan-rakan atau keluarga, kami cadangkan minuman 5 Street Coffee yang mempunyai lima jenis kopi dari negeri-negeri di Malaysia iaitu Johor, Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Kuala Lumpur. 

Konsep kafe yang moden ini dapat menarik pelanggan yang insta-aesthetic. Kalau anda berada di KLIA2 dan ingin mencari makanan-makanan yang sedap, Luck Bros Kopi adalah satu pilihan terbaik untuk anda.

 

5) RESTORAN UMMI AISYAH, KOTA WARISAN

Terletak di Pasar Perdagangan Warisan Central di Kota Warisan, Restoran Ummi Aisyah menyajikan hidangan makanan laut yang lazat, daripada ikan bakar, sotong ke sambal udang dan siput sedut masak lemak. Menu daging ayam, kambing dan lembu juga terdapat di restoran ini. 

Selain itu, terdapat juga pelbagai aneka ulam-ulaman dan sayur-sayuran. Makanan panas juga terus dihidang untuk menaikkan selera pelanggan. Jika anda merancang untuk makan di sini, kami cadangkan hidangan istimewa mereka iaitu siakap terbang yang digoreng dan dihidangkan bersama sambal tempoyak dan sambal belacan.

Jadi tunggu apa lagi? Jika anda tiada rancangan sempena cuti sekolah ini, bolehlah panjangkan langkah ke daerah Sepang. Ada banyak tempat untuk anda lawati, bermalam dan juga restoran yang terbaik di sini. Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan dan lawatan ke negeri Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel . - Getaran, 18 Disember 2022 

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

17 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Kesan Suspek Ketiga Lari Pemeriksaan Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 3 Lelaki Disyaki Pukul Pekerja Kedai Nasi Kandar

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Berat Sungguh Kaki Tinggalkan Emak Di Perkuburan Seorang Diri – Chef Wan 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kemalangan 3 Pekerja Mati Lemas Di Cyberjaya Bukan Di Lurang Pembetungan

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok