web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemalangan 3 Pekerja Mati Lemas Di Cyberjaya Bukan Di Lurang Pembetungan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 8:21PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes pekerja mati lemas ketika melakukan kerja pemasangan kabel di Cyberjaya, Selangor yang dilaporkan media semalam, bukan berlaku di lurang pembetungan, tegas Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd.

IWK menerusi kenyataan berkata, kemalangan itu berlaku ketika kerja penyelenggaraan dilakukan kontraktor bagi sistem perpaipan telekomunikasi bawah tanah di Taman Sains 2, Cyberjaya.

“IWK Sdn Bhd ingin membetulkan fakta laporan media semalam yang mengaitkan pekerja mati lemas dalam saluran pembetungan, (ia) adalah tidak benar kerana kejadian malang berkenaan bukan berlaku di lurang pembetungan.

“Sebaliknya, kemalangan maut berkenaan berlaku ketika kerja penyelenggaraan dilakukan kontraktor bagi sistem perpaipan telekomunikasi bawah tanah di Taman Sains 2, Cyberjaya, Selangor,” menurut kenyataan itu hari ini.

Semalam, media melaporkan tiga pekerja warga Indonesia maut akibat lemas semasa memasang kabel di dalam lubang pembetung.

Malah, media memaklumkan, laporan awal memberitahu, tiga lelaki yang juga pekerja kontrak pemasangan kabel syarikat telekomunikasi itu, ditemui pengsan pada kedalaman lima meter di lubang pembetung terbabit.

Selain itu, IWK berkata, pihaknya sentiasa memberi perhatian utama terhadap aspek keselamatan pekerja dan kontraktor, memandangkan kerja penyelenggaraan yang membabitkan persekitaran bahaya, kotor serta sukar, memerlukan kemahiran khusus.

“Sehubungan itu, setiap kakitangan operasi IWK dan pihak kontraktor lantikan IWK perlu menjalani latihan terperinci membabitkan persekitaran berkenaan.

“IWK mempunyai Pusat Latihan, Penyelidikan dan Innovasi Asia (ASTRICE) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dalam melatih kakitangan operasi, sebelum mendapat pengesahan sijil kecekapan bekerja di ruang terkurung, seperti lurang pembetungan,” katanya. - Getaran, 20 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Kenal Pasti Identiti 5 Sekeluarga Dihanyutkan Arus Deras Ketika Menjala

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad